Kuih Raya 2011
Tarikh Bulan Puasa Ramadhan Malaysia 2012
46Tarikh Bulan Puasa Ramadhan Malaysia 2012. Layan layan twitter tadi tetiba ada somebody tweet mengatakan yang bulan puasa akan hadir didalam beberapa hari lagi. Terkejut aku! Aku tahu yang bulan puasa untuk tahun ni semakin awal berbanding tahun lepas akan tetapi tak tahulah bilakah tarikh tepat bulan puasa untuk tahun 2012 ini. Dengan tiba tiba somebody tweet mengatakan yang bulan puasa akan tiba beberapa hari lagi membuat aku terus mencari maklumat sahih didalam internet dan seterusnya memberikan idea untuk entry pada pagi ini.
Kalau berdasarkan pada gambar dibawah iaitu data yang diambil dari pihak jabatan islam, jadual dibawah menunjukkan yang bulan puasa bagi tahun 2012 di Malaysia ini akan bermula pada 21 Julai 2012 iaitu jatuh pada hari sabtu dan sebarang perubahan pula tertakluk pada pengumuman akan datang. Nampaknya sedar dan tidak sedar yang bulan puasa 2012 hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi. Ada tak puasa puasa yang lepas yang masih lagi tidak digantikan wahai anak ADAM…

Tarikh Bulan Puasa Ramadhan Malaysia 2012
Terasa cepat masa berlalu yer. Rasanya macam baru lagi aku balik kampung, memakan juadah kuih raya, pulut rendang dan bermaaf maafan dipagi raya. Tetiba bulan puasa datang lagi. Benar akan apa yang diberitakan, bahawa akan sampai suatu masa nanti akan tiba dimana waktu atau masa berputar dengan laju dan sepertinya masa bergerak dengan pantas. Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian dan kelalaian. Ingat mengingati sesama kita.
Tarikh Bulan Puasa Ramadhan Malaysia 2012 dah pun disiarkan, maka kepada mak mak orang dan bapak bapak orang, korang pandai pandailah kena budget dari sekarang untuk persediaan rohani untuk amalan bulan puasa, baju raya, kuih raya, servis kereta dan macam macam lagi. Kalau tengok pada jadual diatas, hari raya haji pon macam dekat sangat. Memang banyak lah persediaan tu nanti. Apa apa pun bersederhanalah didalam apa jua urusan. Assalamualaikum.
Kuih Raya 2011 dan Hadiah Dari Google
41
Kuih Raya 2011
Warna warni sungguh kuih raya ni. Masa sahur tadi layan jap makan kuih raya. Kuih raya ni dari seorang kawan yang sedang nak promote untuk menjual kuih raya. Sedap jugak. Ape ker hal aku layan kuih raya sebelum raya nih? Fail betullah, ehhe, tapi sedap jugak, simpan sikit nak buat berbuka nanti. Zaman sekarang aku tengok tak ramai yang buat kuih raya. Lagi lagi yang duduk bandar. Alasan sibuk dan mahal nak beli oven. Padahal tak pandai dan tak reti nak buat kuih raya..:). Mak aku pon buat kuih sikit jer semenjak 2-3 tahun nih. Kebanyakkan buat masak masak makanan berat sepert Nasi Hujan Panas, Mee, Bihun, dan ketupat. Maklumlah buat kuih raya banyak banyak pon buat apa, sekarang budaya kunjung mengunjung oleh budak budak dah sangat kurang dah. Habis kuat, kuih semua tu aku yang makan… ![]()

wanwidget sitelink
Semasa berblogwalking ader nampak blog yang menceritakan yang mereka telah dapat sitelink. Dan sitelink dari google ni telah berubah dan berbeza dari sebelum. Bila aku check, tadaaa… aku pon dapat sitelink la bro, hehe. Siap ader 12 link lagi tuh. Sukernyerrr boboy. Cam budak budak betul lah aku nih. Sebenarnya aku ader target iaitu nak dapatkan rangking alexa dibawah 1000, ingin tingkat kan visitor ker blog ni, kualiti content aku masih kurang dan sedang memperbaiki lagi dan hujung hujung nanti buat duit secara online dan offline. Nantikan berita “buat duit offline” dalam beberapa bulan akan datang …
