Makanan

Sole Fish

Sole Fish – Ikan Sebelah, Ikan Lidah, Ikan Sisa Nabi

26

Sole Fish – Semalam menonton rancangan MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua secara online dan kebetulan pula episode kedua ini jatuh pada pusingan penyingkiran. Maka para peserta yang masuk dipusingan penyingkiran ini diwajibkan untuk memasak menu ikan. Dan menu ikan yang dipilih inilah menyebabkan aku mengambil keputusan untuk membuat entry ini. Ikan apa? Iaitu ikan yang bernama Sole Fish. Didalam bahasa melayu tempatan ini, ikan ini diberi nama seperti Ikan Sebelah, Ikan Lidah atau pun Ikan Sisa Nabi. Dan secara jujurnya disini aku tidak pernah memakan ikan ini. Korang pernah makan?

Aku ingatkan ikan ini tiada di Malaysia. Maklumlah bila mendengar sahaja Ikan Sisa Nabi ini terus sahaja mengganggap ikan ini hanya terdapat di lautan Arab sahaja. Tidak tahu pula yang ikan ini juga terdapat di asia iaitu di Malaysia. Cumanya jarang sekali orang membeli dan memasaknya dan kemungkinan kerana kurangnya popular ikan ini didalam masakkan orang Malaysia terutamanya masyarakat melayu. Dan dalam rancangan masterchef semalamlah baru aku tahu rupa sebenar ikan Sole Fish ini.

Sole Fish

Sole Fish – image credit to telegraph.co.uk

Sole Fish – Ikan Sebelah

Kenapa dipanggil ikan sebelah adalah kerana ikan ini mempunyai dua sisi yang berbeza. Satu sisi mempunyai bahagian daging yang tebal dan satu sisi lainnya mempunyai sisi daging yang tipis. Ikan ini hanya mempunyai satu mata sahaja iaitu dibahagian yang bersisi tebal. Oleh kerana perbezaan inilah ikan lidah ini berenang dengan cara “terlentang” iaitu sisi tebal mengadap atas dan sisi tipis mengadap bawah dan bukannya dengan cara kebiasaan ikan berenang. Pelik bukan. (more…)

Food At Malaysia - Roti Canai

Food At Malaysia – Roti Canai

24

Cuisine of Malaysia - Roti Canai adalah salah satu best Food at Malaysia. Ianya adalah salah satu jenis makanan yang sangat digemari oleh penduduk tempatan. Boleh dikatakan ianya adalah makanan popular di Malaysia. Siapa yang tidak pernah dengar akan perkataan atau tidak pernah makan Roti Canai dan sedangkan dia adalah rakyat Malaysia, beliau adalah seorang penipu. Bagi aku bila disebut roti canai ianya sangat sinonim dan dekat dihati penduduk Malaysia. Warga melayu, cina, india atau bumiputra lainnya tidak terkecuali menikmati hidangan ini walaupun berlainan bangsa dan ianya boleh dikatakan makanan satu Malaysia.

Kepada warga asing iaitu pelancong terutamanya yang singgah di Malaysia pasti akan mencuba walaupun sekali. Manakan tidak, setiap negara itu pasti ada lambang makanan yang menjadi “trademark” bagi sesuatu negara. Sepertinya makanan seperi Roti Canai, Nasi Lemak, Durian dan juga Nasi Campur telah menjadi makanan satu malaysia iaitu makanan yang dinikmati oleh semua kaum dimalaysia malah tidak pelik atau janggal. Mungkin kita boleh katakan yang Malaysia Traditional Food ini berasal dari masakan india tetapi telah berkembang sebati kepada bangsa melayu. Tiada perbezaan ketara kecuali kuah dhal nya sahaja.

Food At Malaysia - Roti Canai

Food At Malaysia – Roti Canai

About Malaysian Food - Malaysian Foods Dishes

Sebenarnya aku dah agak lama tidak makan roti canai. Ini kerana nasi kandar mamak pun dah lama tidak makan kecuali baru baru ini di Restoran Nasi Kandar Line Clear. Kalau dah lama tidak ke nasi kandar so dah lama jugalah tidak pekena roti canai. Tiba tiba teringat nak pekena roti canai melayu. Di Penang ni kebiasaannya memang roti canai banyak di kedai mamak. Kalau nak kena rati canai melayu kena tahu tempatlah. Tidak semua kedai makanan melayu ada roti canai. (more…)

Nasi Kandar Line Clear

Nasi Kandar Line Clear Pulau Pinang

36

Aku bukan anak utara atau orang kelahiran Pulau Pinang. Tetapi kalau dihitung tempoh berada di Pulau Pinang sejak menamatkan pengajian diuniversiti sudah 5 tahun aku disini. Dan dalam hampir 5 tahun tidak pernah sekali aku menjejakkan kaki ke Nasi Kandar Line Clear di Pulau Pinang ini. Boleh hampir dikatakan kesemua tempat Nasi Kandar telah aku pergi. Dari Nasi kandar Kayu, Nasi Kandar Zubaidah/Subaidah, Nasi Kandar Cergas dan pelbagai lagi sudah aku singgah. Tetapi tidak tahu kenapa Nasi Kandar Line Clear ni susah betul aku nak pergi.

Dari dulu lagi perkataan Nasi Kandar Line Clear ni aku dengar. Ada kawan yang ajak tetapi aku sambut dengan hangat hangat sahaja. Ramai yang kata sedap. Malah kalau diwaktu kerja pun, pada waktu tengah hari ada kawan yang sanggup memandu jauh ke “town” semata mata nak “pekena” nasi kandar yang dikatakan paling sedap dipenang. Sampai macam tu sekali. Serius aku langsung tidak tahu bagaimana rupa makanan ataupun kedai tersebut. Tetapi kalau dah asyik semua kata sedap dan hinggakan kalau kita tidak pernah makan disana boleh dianggap belum sempurna “ke-penang-an-nya”, sesiapa pun tiba tiba terasa ianya sesuatu yang wajib dilakukan.

Nasi Kandar Line Clear

Nasi Kandar Line Clear

Minggu lalu adik lelaki aku singgah ke Penang dan kebetulan aku tiada dirumah. Beliau dengan rakan rakan berjalan jalan ke Penang dan kebetulan singgah ke Nasi Kandar Line Clear. Seminggu selepas itu beliau datang lagi ke rumah aku dan menceritakan pengalaman pertama kali beliau menikmati Nasi Kandar yang sangat sangat sedap. Malah disebakan itu beliau mengajak aku sekali lagi dan kebetulan aku pertama kali untuk merasa sendiri keenakkan Nasi Kandar Pulau Pinang yang popular itu. (more…)

Go to Top