Malaysia

Keputusan PRU 13 Malaysia

Analisa Keputusan PRU 13 Malaysia – Barisan Nasional Menang

52

Serius aku menjadi fanatik dengan men-follow keputusan pilihanraya umum PRU 13 ini sejak dari pukul 7 hinggalah pengumuman pemenangnya disiarkan. Aku follow dari website spr, facebook, twitter dan siaran televisyen. Semua aku follow. Macam macam kes berlaku dan boleh dikatakan inilah pilihanraya yang paling dinantikan dan paling diikuti oleh semua rakyat Malaysia hinggakan jumlah peratusan keluar mengundi sangat sangatlah tinggi dan terbaik setakat ini. Tahniah kejadian kejadian yang “extrem” tidak berlaku seperti gaduh, bakar, pecah dan sebagainya sehingga keputusan diumumkan oleh SPR.

Dakwat Kekal

Tetapi banyak kata kata sinis dan negatif yang dilemparkan kepada SPR dengan mengatakan pilihanraya ini adalah pilihanraya yang paling kotor. Aku sebagai pihak yang cuba bersikap adil dan tidak menyebelahi mana mana rasanya cenderung kepada mengatakan pilihanraya kali ini bersih. Aku tidak mengatakan “perfect” 100% tetapi cukup aku katakan yang ianya bersih. Kenapa nak pertikai dakwat tidak kekal? Adakah ada yang akan mengundi dua kali? Kalau adapun ianya hanyalah kecil dan malah boleh dikatakan hampir tiada kerana bukankah pihak SPR menanda nama kita sebagai sudah mengundi?

Keputusan PRU 13 Malaysia

Keputusan PRU 13 Malaysia setakat jam 3.00 am

Analisa Keputusan PRU 13 Malaysia

Pengundi Hantu

Aku percaya dan melihat sendiri trending di Facebook tentang bagaimana adanya cubaan dari pihak “pengundi hantu” terutamanya dari Bangladesh, Myanmar, Nepal dan sebagainya untuk mengundi dan turut mempunyai IC yang sah. TETAPI bukankah ianya dihalang oleh orang awam sendiri dari membenarkan mereka mengundi. Bukankah terdapat calon dan pihak polis disana bagi memantau perkara ini. Jika ini sudah disediakan adakah mereka “pengundi hantu” ini berjaya untuk mengundi? Rasanya tidak. Jadi apa masalahnya? (more…)

Malaysia Loan Calculation Tools

LoanStreet – Malaysia Home Loan Comparison Tool

30

LoanStreet.com.my is a Malaysia Home Loan Comparison Tool website. Assalamualaikum semua. Semalam aku menerima sebuah email dari Jared Lim Chu Ern. Bila dilihat kembali rasanya seperti pernah berbalas email dengan Jared Lim. Bila aku baca keseluruhan email yang dihantar kepada aku, aku perasan dan sedar yang ianya email dari pihak LoanStreet. Didalam email tersebut mengatakan yang mereka (dua rakan) telah “featured” didalam akhbar dari akhbar TheStar untuk mempromosikan service yang mereka tawarkan. Dan didalam email tersebut yang mereka hantarkan untuk menyatakan tanda terima kasih diatas bantuan dan sokongan yang mereka terima sepanjang mereka mula membangunkan syarikat mereka dan aku salah seorang yang terlibat.

Terlibat? Hehe. Begini, aku ada sebuah website yang berbahasa english. Dan kebetulan artikel yang aku tuliskan adalah perihal tentang “Loan Comparisons” ataupun “Loan Calculation Tools” dan lebih kearah pinjaman kenderaan (auto loan) iaitu bagaimana mengurangkan baki pinjaman. Dan Jared Lim Chu Ern telah membaca artikel tersebut dan menghantar email kepada aku dan memberikan pendapat dan cadangan beliau. Dan oleh kerana itu, aku telah mengambil maklumat dari website LoanStreet dan meng-update semula artikel aku itu dengan kebenaran beliau. Oleh kerana itulah aku mendapat email (update) ini.

LoanStreet - Malaysia Home Loan Comparison Tool

LoanStreet – Malaysia Home Loan Comparison Tool

LoanStreet - Mortgage Loan | Home Loan | Housing Loan | Refinance – Obtain the best rates in Malaysia

Apa itu LoanStreet. Loanstreet adalah sebuah lamanweb yang membuat perbandingan pinjaman di Malaysia dengan percuma. Ia membantu pelanggan untuk membandingkan semua pilihan yang ada sebelum memohon untuk pinjaman. Pakej pinjaman akan senantiasa dikemas kini secara berkala untuk memastikan maklumat yang dipaparkan adalah yang terbaru dan terkini. (more…)

Parlimen Bubar

Parlimen Malaysia Bubar 3 April 2013 oleh PM Najib Razak

14

Pengisytiharan pembubaran dewan rakyat (Dewan Rakyat Live) Parlimen Malaysia oleh Perdana Menteri kita Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada hari ini iaitu 3 April 2013. Dengan ini secara jelas dan sahih lah yang parlimen malaysia telahpun bubar secara rasmi pada hari ini. Dan dengan ini juga jabatan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mula menjalankan kerja kerja pilihanraya untuk menghadapi Pilihan Raya Ke-13 ini. Percaya atau tidak adalah hari ini adalah hari genapnya 4 tahun Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib bergelar Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam. Tahniah buat dato seri dan selamat datang pula pilihanraya ke-13 (PRU-13).

Parlimen Bubar – Gambar dibawah adalah gambar terakhir kenang kenangan antara dato Seri Najib Razak bersama barisan kabinet. Seperti yang Dato Seri najib kita katakan tadi secara langsung di kaca TV, yang kita sangat sangat mengharapkan yang pilihanraya malaysia ke-13 ini biarlah berlangsung secara aman. Setuju dengan kata kata ini. Kita mengharapkan sebuah pilihanraya yang matang.

“Jika berlaku peralihan kuasa ia perlu berlangsung secara aman & tertib. Inilah iltizam kita menjunjung prinsip demokrasi.” – Twitter Mohd Najib Tun Razak ‏@NajibRazak

Parlimen Bubar

Parlimen Bubar – image credit to http://beritasemasa.com/

Parlimen Malaysia Bubar 3 April 2013

Anda sudah mendaftar sebagai pengundi. Kepada yang belum ketika ini, anda telah terlewat dan lambat untuk menjadi pengundi. Ini kerana proses pendaftaran pengundi sangat mengambil masa untuk diluluskan. Kepada yang sudah mendaftar, tahniah kepada anda kerana anda bakal mengundi pada pilihanraya ke-13 pada kali ini. Jom ramai ramai turun mengundi untuk menentkan nasib dan masa depan negara. Siapa pun pilihannya, buanglah undi dengan jujur dan kita berharap Parlimen Malaysia yang terbentuk nanti selepas general election 13 adalah barisan yang menepati aspirasi rakyat malaysia. (more…)

Go to Top