Malaysia
Semak Online SPR Daftar Pemilih Pengundi PRU-13 di www.pru13.gov.my
32Seriously bahang Pilihanraya PRU-13 semakin hampir. Tanda tanda hampirnya pilihanraya kali ini adalah dengan pelancaran Laman Portal PRU13 iaitu disini - www.pru13.gov.my. Aku sendiri telah mengunjungi laman portal ini dan mencuba sendiri untuk semak daftar pemilih diri aku sendiri dan ternyata semua maklumat benar dan telah di updatekan. Rasanya perlancaran daftar pemilih secara online ini untuk memudahkan pengundi untuk membuat semakkan dilaman web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia iaitu SPR dengan kata kunci PRU-13 dienjin carian. Umum mengetahui yang kita akan mengundi pada tahun ini juga.
Untuk melihat samada daftar pemilih telah disahkan atau tidak hanya dengan melawat laman portal yang telah dinyatakan dan masukkan No Kad Pengelanan untuk membuat semakkan secara online. Korang boleh baca pengalaman aku Cara Mendaftar Sebagai Pengundi disini. Alhamdulillah aku telah mendaftar pada bulan 3 tahun lepas. Dan kali ini jika aku mengundi ianya menjadi pengalaman pertama aku untuk mengundi bagi memilih kerajaan yang diingini. Nafi ataupun tidak, percayalah pilihanraya kali ini iaitu PRU13 adalah pilihanraya paling sengit yang bakal dialami oleh bumi bertuah kita Malaysia.

Pilihan Raya PRU Malaysia Ke-13
Pilihanraya ke-13 kali ini menyaksikan persaingan yang sengit dari UMNO, PAS, PKR dan juga DAP. Keempat empat parti yang dinyatakan diatas ini boleh dikatakan antara yang dominan setakat ini di Malaysia. Tidak kisah siapa yang menang akan tetapi matlamat perjuangan parti itu yang rakyat mahu lihat iaitu membawa kebaikkan dan kesejahteraan kepada rakyat. Malaysia sebuah negara yang unik dengan pelbagai kaum dan komposisi dialek yang pelbagai. Alhamdulillah setakat ini Malaysia mampu hidup aman damai diantara kaum. Bekerjasama antara satu sama lain. Ini yang kita mahukan. (more…)
Live Streaming AFF Suzuki Cup Malaysia vs Thailand 13 December 2012
28Tamat Sudah perlawanan antara Malaysia menentang Thailand semi final “first-leg” yang diadakan di Stadium Bukit Jalil tempoh hari dengan terikat sama 1-1. Keterikatan sama ini bakal memberi kelebihan pada pihak Thailand. Bagi semi final “second-leg” pula AFF Suzuki Cup Malaysia vs Thailand bakal diadakan pada 13 December ini di Supachalasai Stadium, Bangkok. Bermain ditempat lawan pasti memberikan tekanan yang tertentu kepada pasukan Harimau Malaya lagi lagi dengan sorakkan penonton dari pasukan tuan rumah Thailand sendiri. Diharap pemain Malaysia dapat mengharungi cabaran disana nanti.
Aku secara asanya sangat kurang membuat entry akan perihal sepak bola oleh kerana minat yang kurang akan tetapi semangat nasionalisma dan kenegaraan telah menarik minat untuk menonton dan mengharapkan Malaysia menang dipersada dunia. Minat anak muda terhadap sukan sepak bola terhadap Harimau Malaya sangat sangat berkait rapat dengan kemenangan dan keberhasilan pasukan Malaysia yang menang beberapa kali dengan pihak luar. Tanpa kemenangan, pasti jumlah sokongan tidak sebesar sekarang ini. Cuma yang diharap, biarlah kemenangan itu kekal dengan sewajarnya dan bukannya turun naik.

Malaysia vs Thailand 13 December 2012
Insyaallah pada perlawanan Malaysia menentang Thailand aku akan update link “live streaming” untuk yang memerlukan dan suka untuk menonton melalui online. Nampaknya 13 December 2012 ini adalah penentu samada kita akan ke final atau pun tidak. Hanya tinggal satu langkah sahaja lagi. Ada sesiapa yang sanggup ke Stadium di Thailand untuk menonton perlawanan disana? Hehhe. (more…)
AFF Suzuki Cup Malaysia vs Thailand 9 December 2012
32Malam tadi adalah perlawanan yang sebegitu dinanti dan paling sengit iaitu antara Malaysia (Harimau Malaya) menentang Indonesia (Garuda) didalam perlawanan AFF Suzuki Cup di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumper Malaysia. Aku sendiri berdebar debar menanti didalam laptop bagi menikmati perlawan melalui live online streaming permainan oleh kerana hujan lebat diluar yang tidak menggalakkan menonton perlawanan di kedai mamak secara kebiasaannya. Tahniah buat Harimau Malaya Malaysia kerana menang dengan 2-0 terhadap Indonesia.
Dengan kemenangan itu telah melayakkan pasukan Malaysia dan melangkah setapak lagi bagi sesi semi finals nanti. Disebakan kemenangan Malaysia vs Indonesia malam tadi iaitu 2-0, Malaysia bakal menentang pasukan Thailand pada semi final iaitu first leg nanti pada 9 December 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil dan second leg pada 13 December 2012 di Stadium Suphachalasai Bangkok. Rasanya semangat penyokong Harimau Malaya dan sokongan berkobar kobar meningkat naik sejak Malaysia mula menang dan menghasilkan gol pada perlawanan menetang Laos tempoh hari. Tahniah.

Malaysia vs Indonesia AFF Suzuki Cup
Tamat sudah kerisauan yang melanda apabila menentang pasukan Indonesia malam tadi dan kini pasukan Malaysia perlu bersedia lebih awal dan memastikan kecergasan pada tahap yang baik bagi memastikan perlawanan Malaysia vs Thailand pada 9 December 2012 ini berjalan dengan baik. Kerisauan yang mungkin adalah kerana pasukan Thailand adalah yang terbaik diantara semua pasukan yang bertanding dan mengingatkan perihal ini Malaysia jangan ambil mudah akan pihak Thailand. Silap langkah, cita cita menuju final pasti kecundang.
Harap harap jurulatih kebangsaan Malaysia iaitu K. Rajagopal dapat membuat telahan dan strategi yang pintar bagi memastikan pasukan jentera Harimau Malaya bermain dengan baik dan mantap. Sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan Malaysia tetap berada dibelakang. Ramai yang berharap kita menjadi juara. Walauapapun cemuhan, kita akan memastikan mereka tidak lagi memandang randah akan keupayaan pasukan Malaysia. Go go Malaysia. Semalam kita sudah menang. Kini menanti semi final pula. Apakah kita akan menjadi juara. Apakah Harimau Malaya Malaysia dapat mengalahkan Thailand pada 9 December 2012 ini? Sama sama kita nantikan. Majulah Sukan Untuk Negara…
