Meal

Munchy's Oat Krunch

Munchy’s Oat Krunch – Bukan Biskut Biasa

19

Munchy’s Oat Krunch – Best sangat ker biskut ni. Aku ni kalau malam malam suka mengunyah benda benda ringan sambil melayari internet. Memang ini suatu kebiasaan. Pada yang mengikuti blog aku ini, pasti pernah terbaca yang aku mengamalkan pengambilan makanan ataupun minuman Oat. Dulu Oat ni bagi aku suatu benda asing didalam hidup. Maklumlah ianya bukan makanan ruji rakyat Malaysia tetapi ianya memang mudah didapati di kedai kedai. Cuma nak dengan tak nak jer.

Aku selalu nampak iklan di TV berkenaan Oat ini. Selalu sangat. Antara yang menarik perhatian aku adalah Oat mampu menurunkan kadar kolestrol didalam badan dan seterusnyan merendahkan risiko darah tinggi dan penyakit jantung. Benda inilah yang buat aku terfikir. Korang pun sebenarnya tahu yang 3 penyakit utama rakyat Malaysia adalah Darah Tinggi, Penyakit Jantung dan juga Kencing Manis. Kenapa penyakit ini tinggi dikalangan Malaysia? Ini kerana dua bahan yang terdapat di Malaysia dan digunakan dengan kerap dan besar didalam menu harian rakyat Malaysia iaitu Minyak dan Gula.

Munchy's Oat Krunch

Munchy’s Oat Krunch

Pasal gula ni aku kurang pasti sebab aku rasanya memang kurang didalam minuman manis ini. Tetapi aku tidak dapat mengelak dari pengambilan makanan berasaskan minyak. Seperti Nasi Kandar, Nasi Goreng, makanan gorengan, mee goreng dan pelbagai banyak lagi memang berasaskan dan menggunakan minyak. Ya minyak masak kita memang telah di-”improve” untuk mengurangkan kadar kolestrol TETAPI satu hidangan makanan seharian kita tidak boleh lari dari MINYAK. Dengan kata lain, hari hari makan minyak. (more…)

Rare, Medium Rare and Well Done

Memasak Steak Secara : Rare, Medium Rare and Well Done

36

Rare, Medium Rare and Well Done Steak - Korang pun sedia maklum yang aku memang suka menonton rancangan memasak seperti MasterChef Malaysia 2013 ni. Format rancangan memasak sebegini memang aku suka berbanding rancangan memasak seperti musim bulan puasa tu aku memang kurang berminat. Walaupun aku boleh dikira jarang sekali memasak tetapi program masterchef memang aku tidak ketinggalan menonton apatah lagi MasterChef Indonesia juga turut aku tonton. Sampai begitu sekali kan, hehe. Apa apa pun masterchef selebriti malaysia musim ke-2 ni tetap menarik walaupun bagi aku musim pertama adalah yang paling baik bagi program selebriti memasak.

Apabila melihat rancangan memasak di MasterChef ini, aku perhatikan ada satu “scene” atau “part” yang aku suka dan perlu diketahui oleh penonton. Kita akan melihat rancangan ini akan memaparkan satu program yang memaksa peserta rancangan masterchef ini untuk tahu dan pandai memasak pelbagai masakkan tempatan dan juga luar negara. Apa yang aku nak tekankan adalah masakkan luar negara iaitu masakkan “western”. Ada pelbagai masakkan western tetapi part yang menarik adalah apabila memasak daging yang lebih kepada “Steak”.

Rare, Medium Rare and Well Done

Rare, Medium Rare and Well Done – image credit to http://www.colinmcnulty.com/

Steak Daging : Rare, Medium Rare and Well Done

Salah satu masakkan terkenal western terhadap daging adalah “Steak”. Orang Malaysia juga memakan daging dan hidangan daging juga adalah makanan utama di Malaysia tetapi cara hidangan daging bagi orang Malaysa tidak seperti makanan barat. Kita memakan daging dengan cara memotong kecil kecilan tetapi orang barat memakan daging dengan cara membelah kedalam bentuk kepingan tebal dan besar yang dipanggil “Steak”. (more…)

Chicken Mandy

Restoran Qasar Hadramawt Perda Penang – Chicken Mandy

36

Restoran Qasar Hadramawt Perda Penang – Dah dua kali aku pekena makanan arab iaitu dari yemeni. Ntah kenapa semalam rasa macam nak sangat sangat pekena masakkan aran tu dekat Restoran Qasar Hadramawt di bandar perda pulau pinang. Sebab sebab aku nak mengisi perut kosong disana adalah sebab ingin mencuba menu yang lain yang belum pernah lagi dicuba. Maklumlah aku baru dia kali sahaja pekena makanan arab ni dan semalam adalah kali yang ketiga.

Datang awal, pukul 6.30 petang dah sampai. Alhamdulillah tidak ramai orang. Terus order menu. Dan menu yang aku order semalam adalah Chicken Mandy. Menu ni aku belum pernah rasa lagi tetapi mengikut kawan kawan aku kata sedap. So semalam aku orderlah Chicken Mandy. Semasa nak order itu aku menjadi blur samada nak makan sorang satu pinggan atau mengorder secara 1/2 kilo. Maklumlah nak makan hanya untuk dua orang. Restoran arab ni memang macam ni, nasinya banyak penuh sepinggan.

Chicken Mandy

Chicken Mandy

Aku pun bertanyalah kepada pelayan. Bertanya kepastian mana yang lebih banyak. Samada mengorder makanan seorang satu pinggan atau 1/2 kilo. Pelayan menjawab yang seorang satu pinggan lebih baik sebab 1/2 kilo lebih banyak sedikit berbanding dua pinggan dicampurkan sekali. Jadi aku membuat keputusan mengorder Chicken Mandy seorang satu pinggan. (more…)

Go to Top