Movie

MasterChef Indonesia Season 3

Tonton MasterChef Indonesia Season 3

16

MasterChef Indonesia Season 3 – Aku memang suka menonton rancangan memasak dari rancangan MasterChef. Dari sejak MasterChef Malaysia musim pertama hingga ke selebriti musim kedua semuanya aku ikuti tanpa gagal. Tidak tahu kenapa, aku jarang memasak, bukan jenis ke dapur tetapi rancangan memasak seperti ini memang aku minat. Bukan rancangan memasak bersama minyak masak seri murni atau saji tetapi minat kerana “format” rancangan memasak yang dipertandingkan dengan kebolehan individu didalam memasak samada sedap, pantas, pandai, kreatif dan pintar itulah menjadi inti pati kenapa aku suka rancangan masterchef ini.

Kalau korang tahu, oleh kerana faktor bahasa juga menyebabkan aku juga menonton dan mengikuti rancangan Masterchef Indonesia. Aku tidak sempat untuk mengikuti musim pertama tetapi sempat untuk mengikuti sampai habis musim kedua. Kali ini MasterChef Indonesia telah bermula bersiaran untuk musim ketiga iaitu season 3. Tidak sangka ianya secepat ini. Jadi bolehlah aku luangkan masa menonton MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke-2 dan juga MasterChef Indonesia Season 3 dengan sekaligus, hehe.

MasterChef Indonesia Season 3

MasterChef Indonesia Season 3 – image credit to http://www.masterchefindonesia.com/

MasterChef Indonesia Season 3

Ketika artikel ini ditulis, belum ada lagi senarai calon yang berjaya untuk memasuki MasterChef Indonesia ini kerana sekarang baru sahaja bermulanya proses audisi/uji bakat untuk memilih siapakah yang benar benar layak dan berkebolehan didalam memasak dan seterusnya terpilih didalam top 20 nanti. Pada yang mempunyai atau mempu melihat siaran Indonesia bolehlah menonton secara langsung pada Setiap SABTU & MINGGU, Pukul 16.15 WIB di RCTI. (more…)

The Following TV Series

The Following TV Series – The Best Thriller Drama

24

Selamat semua, hari ini aku ingin menceritakan topik yang berkisar tentang sebuah drama televisyen iaitu TV Series. Sebuah drama dari US (Amerika). Kebiasaan masa lapang aku diwaktu malam terutamanya kadang kala diisi dengan menonton drama drama dari “omputih” selalunya. Sebenarnya aku ni sangat jarang untuk menonton filem dan lebih gemarkan drama TV Series Online berbanding filem. Ini kerana drama dapat membawa kita didalam dimensi buaian sebuah metafora skrip penceritaan yang meruntun masa kalau kena dengan caranya.

Salah satu jenis genre atau skop drama yang aku suka adalah “Drama Thriller” yang bersifat saspen, panik, tertanya tanya, kreatif, memerlukan tenaga fikir dan juga aksi. Jenis yang sebegini memerlukan kita untuk lebih peka dengan jalan cerita berbanding yang santai. Untuk tahun 2013 ini sebuah drama thriller yang bagi aku menarik untuk ditonton adalah The Following TV Series. Kepada yang kerap menonton drama dari US (America) pasti perasan yang hampir kebanyakkan drama drama sangat bergantung kepada episode 1 iaitu “pilot”. Kalau bagus “pilot” episode pertama maka kita boleh agak yang ceritanya bakal menarik selepas itu, kalau tidak maka sebaliknya. Jom ikuti kisah The Following TV Show ini.

The Following TV Series

The Following TV Series – image credit to http://www.scifinow.co.uk

Sejak episode 1 “pilot” dikeluarkan aku sudah memberikan maklum balas yang drama ini pasti menarik. Dengan idea awal yang membuat kita dapat mengagak penceritaan yang bakal disajikan nanti didalam episode seterusnya membuat aku senantiasa menunggu nunggu kedatangan episode seterusnya. Sejak artikel ini dituliskan, The Following telah menayangkan episode 7 sudah. (more…)

Mee Maggie Asam Laksa at Film Istanbul Aku Datang

Film Movie Istanbul Aku Datang dan Mee Maggie Asam Laksa

29

Hampir kesemua perasa dan keluaran makanan mee segera dari Maggie telah aku rasa sejak dari dulu lagi. Satu satunya perasa yang aku tidak pernah rasa dan tidak pula rasa teringin nak rasa adalah Mee Maggie Asam Laksa. Satu satunya sebab kenapa aku tidak mahu rasa adalah kerana terdapatnya perkataan “LAKSA”. Aku memang anti dengan laksa. Tidak tahu kenapa. Tahukah korang aku adalah seorang yang tidak gemar dengan makanan yang bernama laksa. Bukanlah tak pernah makan, cuma tidak boleh masuk dek lidahku ini.

Baru baru ini aku menonton filem movie “Istanbul Aku Datang“. Pada aku ianya sebuah filem yang menarik lagi lagi dengan corak genre yang agak berlainan dan diluar dari kebiasaan filem Malaysia. Bagi aku ianya sebuah filem romantik komedi dengan jalan cerita yang santai dan tidak berat. Cumanya secara peribadi konteks filem ini dari segi skripnya agak longgar. Mungkin kerana skrip ataupun para pelakon yang kurang tepat pemilihannya. Apa apa pun ianya sebuah filem yang berjaya untuk tahun ini. Aku bagi markah 3.5/5 secara peribadi. Ada banyak ruang yang boleh diperbaiki lagi.

Mee Maggie Asam Laksa at Film Istanbul Aku Datang

Mee Maggie Asam Laksa at Film Istanbul Aku Datang

Semasa menonton filem ini, ada satu babak yang agak kelakar berkenaan Mi Maggie. Iaitu babak Lisa Surihani yang berasa lapar telah secara tidak sengaja melihat sebungkus Mee Maggie Asam Laksa didapur milik Beto Kusyairy. Perbuatan Lisa Surihani yang mengambil, memasak dan memakan maggie asam laksa milik Beto tanpa kebenaran telah membuat Beto marah lagi lagi Mee Maggie Asam Laksa itu telah dibawa khas dari Malaysia dan ianya tidak terdapat di Turki dimana mereka duduk sekarang. Kalau aku pun tension kalau makanan “Limited Edition” telah disambar orang, hehehe. (more…)

Go to Top