Personal
Daftar dan Promosikan Malaysia Online Micro Jobs – assignworks.com
18Malaysia Online Micro Jobs – Assalamualaikum! Alhamdulillah, hari ini secara rasminya aku melancarkan dan memperkenalkan salah satu website aku yang terbaru iaitu “assignworks.com“. Website ini ber-niche-kan online micro jobs dan juga freelancers yang aku bina khasnya untuk pasaran Malaysia. Mungkin juga aku akan convertkan ianya untuk menjadi pasaran dunia mengikut situasi dan keadaan semasa nanti. Korang dah daftar? Jom daftar sekarang!
Dan dengan ini, rasmilah yang website ini telah berfungsi. Cumanya mungkin secara dalaman masih lagi aku didalam keadaan cuba memahami, mempelajari dan juga menyesuaikan diri dengan fungsi fungsi yang terdapat didalam framework theme website ini. Terlalu banyak fungsinya dan aku kena belajar semua itu agar segala proses jual beli berjalan dengan lancar. Dan kemungkinan juga aku akan mencari “partner” atau “admin kedua” yang boleh membantu aku melancarkan proses didalam website ini nanti.

assignworks
Kepada pembaca. Aku mengharapkan kepada yang berminat atau kepada korang yang ada bakat seperti menulis didalam bahasa pelbagai bahasa, ada servis yang boleh korang tawarkan seperti servis like, servis buat website, software terbaik, SEO advice, ebook, tips, online marketing, advertising, bisnes, panduan, programming atau apa apa sahaja yang boleh dijual didalam bentuk digital mahupun yang lain bolehlah ikut serta. (more…)
Senarai Portfolio di Bawah Wanwidget Group Sdn Bhd
36Mungkin idea ini agak keterlaluan atau berlebihan tetapi inilah yang aku sedang fikirkan. Setelah memahami sana sini akan lubuk lubuk buat duit online. Aku telah mengambil pendekatan yang agak agresif untuk mencuba semua peluang buat duit online. Mungkin aku tersasar jauh, mungkin aku telah membazir samada waktu mahupun wang dan sebagainya. Tetapi rasanya aku telah cuba pergi ketahap yang maksimum yang boleh aku cuba setakat ini. Alhasilnya, aku telah menghasilkan sesuatu banyak cita cita tetapi aku tidak mampu untuk melakukan hal yang banyak didalam satu satu masa.
Aku bermula dengan blog ini sebagai blog utama. Dan didalam tempoh 2 tahun lebih aku berblogging, aku telah menerbitkan beberapa blog yang lain yang kurang diketahui oleh pembaca blog ini. Ada yang mampu berterusan hingga kini dan ada yang tenggelam dimakan masa dan akhirnya terpaksa di-”delete” oleh kerana tidak mempunyai hala tuju dan kurang perhatian yang dapat aku berikan kepada blog blog tersebut. Akan tetapi ada juga yang bertahan hingga kini dan aku masih lagi memberikan perhatian yang sewajarnya sama seperi blog ini cumanya aku tidak pernah memperkenalkan kepada pembaca.

portfolio – image credit to http://www.isabellgrothe.de/
Aku sebenarnya bercita dan bertujuan untuk mempunyai pelbagai blog atau website yang mempunyai tujuan tujuan yang berbeza mengikut apa yang aku rancangkan. Setiap blog/website itu nanti akan membawa konsep masing masing. Tetapi yang menjadi masalahnya adalah, aku seorang sahaja yang menguruskan semua itu dan disitulah ianya menjadi tergendala sedikit. Aku tidak katakan ianya berhenti tetapi ianya perlu masa untuk aku manage dan jalankan semuanya. Senang cerita aku perlu masa untuk aku siapkan hala tuju blog/website yang aku rancangkan. (more…)
Panduan Untuk Membuka Perniagaan Bisnes Cyber Cafe
54Perniagaan Cyber Cafe – Untuk permulaan, disini aku jelaskan yang aku bukan akan menceritakan secara lengkap akan panduan membuka cyber cafe ini tetapi hanyalah sebuah artikel yang menceritakan akan pengalaman kecil aku didalam membuka bisnes cyber cafe ini dan untuk pengetahuan pembaca aku telah pun berjaya membuka cyber cafe siap sepenuhnya dan insyaallah cyber cafe tersebut akan beroperasi secara penuh 100% bermula minggu depan.
Sebenarnya sudah lama sangat aku ingin membuka cyber cafe ini. Kalau diikutkan aku sepatutnya membuka kedai cyber cafe ini sejak 2 tahun lepas. Tetapi apakan daya, aku hanya merancang dan tuhan yang menentukan. Masa hendak membuka kedai ini, aku didalam dilemma kerana masa itu juga aku sedang membuat keputusan untuk membeli rumah. Jadi target aku untuk membeli rumah diutamakan sebab untuk membeli rumah lebih penting dari membuka kedai ini. Sebab apa? korang sendiri faham kan bagaimana proses membeli rumah ni. Kalau ada peluang lebih baik cepat dari lewat didalam membeli rumah lagi lagi urusan membeli rumah semakin tahun semakin rumit.

Bisnes Cyber Cafe
Antara Rumah dan Perniagaan Cyber Cafe
Alhamdulillah rumah telah berjaya didapatkan dan tentulah banyak wang habis untuk membayar “downpayment” serta kos guaman. Duit telah habis, maka peruntukkan untuk kedai cyber cafe terpaksa ditunda. Aku ingin membuka kedai ditaman ibu bapaku tetapi persaingan mula tinggi apabila telah terdapat 3 kedai cyber cafe telah dibuka dan belum termasuk aku lagi. Ini menjadikan bisnes cyber cafe ditaman rumah ibubapa ku kurang releven untuk direalisasikan walaupun mempunyai duit. (more…)
