Personal
Perancangan dan Impian Dalam Berblogging
53
Didalam dunia blog, ada yang menarik dan ada yang tidak. Ada yang melalui zaman kegemilangan dan ada juga yang terpaksa melalui liku liku sukarnya ingin mengembangkan blog sendiri terutamanya ketika blog masih tidak dikenali dan hampir tiada siapa yang meninggalkan komen walau satu komen. Aku ketika semasa bermula berblog dan itulah kali pertama aku tahu dan kenal akan dunia blog. Masih lagi tercari cari rentak untuk mula dikenali dan kalau boleh biarlah paling kurang ada yang sedar yang aku juga wujud dalam arena blog.
Kayu ukur akan kewujudan blog aku ketika itu tidak lain tidak bukan adalah “rangking Alexa”. Mas itu, itulah sahaja panduan dan kayu ukur aku bagi menentukan adakah aku sudah buat yang terbaik? Manakan tidak, kalaulah rangking aku berada pada kedudukan ratusan ribu, siapa yang pandang? Nak turunkan komen pon orang rasa malas apabila mengetahui yang komennya “mungkin” akan jadi sia sia sahaja. Kenapa begitu, ini kerana sumber “backlink” sangat penting bagi blogger yang serius didalam berblogging.

graf statistik visitor
Apabila telah sampai tempoh yang boleh dikatakan mula “matang” didalam berblog, aku rasanya alexa tidak perlulah terlalu cantik, cukup setakat berada diparas rangking 2000 dan kebawah kerana ianya menunjukan blogger tersebut masih lagi aktif dan tidak terlalu radikal didalam berblogging. Kenapa “radikal”? Kerana ada sesetengah blogger mungkin mengambil teknik dan kaedah “aktif blogwalking” setiap hari dan waktu. Apabila kita telah lama berblogging, kita akan sedar yang kita sebenarnya tidaklah perlu “terlalu” didalam ber blogwalking. Cukup hanya sekadar beberapa blog setiap hari dan semestinya “maintain” itu perlu. Artikel pun rasanya tidak perlu terlalu kerap diupdate asalkan ianya berkala. (more…)
Memilih Kerja
30Memilih kerja?. Pendapat aku kebanyakkan orang ramai memang memilih kerja. Memilih kerja bagi aku bukanlah sesuatu yang sangat negatif akan tetapi disebabkan faktor faktor tertentu lah yang menyebabkan sebilangan memilih kerja. Aku sendiri tergolong didalam orang yang memilih kerja akan tetapi ianya bukanlah sesuatu yang teruk dan aku sendiri mempunyai sebab sebab tertentu kenapa aku memilih kerja.
Ingat! memilih kerja dan terlalu memilih kerja adalah dua hal yang sangat berbeza. Aku memilih kerja akan tetapi bukanlah seseorang yang terlalu memilih kerja. Pengalaman aku kerja boleh dikatakan sangat banyak. Antara kerja yang aku pernah kerja dan buat adalah bekerja di kedai runcit kecil, kedai runcit besar, kilang tisu, kilang buat skrew, kilang mozek dan juga kerjaya sebagai promoter dan juga designer.
Contoh Resume dan Cara menghadapi Interview Kerja
Memilih Kerja – source google
Ramai yang memilih kerja kerana takut dengan suasana dan tidak bersedia dengan pekerjaan yang diberikan. Mencuba sesuatu yang baru bagi aku adalah faktor utama kenapa ramai yang sangat memilih kerja. Tidak yakin dengan diri sendiri. Apabila tamat pembelajaran diperingkat universiti, alam pekerjaan tidak semanis dan secerah yang disangka. Banyak kerja yang perlu dibuat sana sini. Masa semakin kecil. Balik rumah tidur. Jika dapat kerja yang lebih baik apa salahnya.
Alhamdulillah, sejak aku mencuba sana sini peluang pekerjaan yang terbuka, aku telah mendapat kerja yang aku suka dengan jiwa. Bukan lah memilih atau pun terlalu memilih, akan tetapi mencari keserasian yang mana dapat meningkatkan prestasi dan daya saing apabila bekerja. Kita bekerja bukan sehari dua. Bekerja seperti alam perkahwinan, bila kita sudah ada komitment, maka peluang dan pilihan yang terbaik jika ada pasti kita rebut. Pilih kerja yang sesuai untuk masa depan pasti memerlukan kita untuk memilih. Memilih yang terbaik adalah satu perkara yang terbaik dan bukannya menjadi seorang yang terlalu memilih.


