Phone

Latest news about phone

Sony Xperia Z

Latest Gadget – Sony Xperia Z

16

Dah lama betul aku tak menulis perihal akan teknology gadget nih. Maklumlah sejak dah ada blog baru berbahasa english, so semua artikel berkenaan gadget ataupun teknology beralih ke sana. Kali ini aku ingin berkongsikan akan fenomena smartphone pada diri aku sendiri. Dah lama betul pakai handphone. Sedar tak sedar, kalau dihitung semula, agak agaknya aku dah lupa berapa mobile phone yang telah aku pakai selama ini. Dari yang murah hingga yang mahal. Yang mahal sangat aku tak beli lah, janji sesuai dengan keperluan. Pada yang layak menerima rebat rm200 dari government tu gunalah dengan baik.

Kali terakhir aku pakai smartphone dari sony adalah Xperia X10. Dan disebabkan rosak aku telah bertukar kepada Galaxy S Advance. Walaupun begitu aku memang meminati sangat phone keluar sony cumanya dalam tempoh setahun lepas sony seperti tidak berkembang akan innovasi mereka. Maka tiadalah pilihan phone dari sony yang boleh aku pilih selain dari samsung. Jarang sekali aku bertukar tukar phone ni melainkan kerana mahu sesangat ataupun sudah rosak atau ketinggalan zaman yang sangat lama. Selalunya apa yang aku pakai biasanya dapat bertahan dalam tempoh yang lama dibawah jagaan aku.

Sony Xperia Z

Sony Xperia Z – image credit to http://www.sonymobile.com

Tahun 2013 bakal mempertontonkan smartphone keluaran dari pihak Sony yang menarik. Mungkin tahun kebangkitan sony. Apa apa pun kita lihat nanti. Smartphone yang bakal keluar dan mengujakan akan datang tentulah Sony Xperia Z. Wow, sebuah nama yang mengancam dan spesifikasi yang hebat. Sama hebat dan bakal menyayingi Samsung Galaxy Note 2 dan juga Samsung Galaxy S3. Manakan tidak, dengan skrin 5 inch, pemproses Quad Core, RAM 2Gb dan juga talaan Kamera sebanyak 13MP sudah cukup hebat nanti walaupun agak sedikit lambat penjenamaannya berbanding dari jenama yang lain. (more…)

PricePanda Malaysia

Cara Menentukan Harga iPhone 5 Malaysia Murah Dengan Mudah

22

Hari ini saya ingin menceritakan mengenai sebuah website perbandingan harga secara online untuk gadget gadget ternama di laman web Pricepanda. Perkhidmatan dari Rocket Internet ini baru sahaja melancarkan Pricepanda di Malaysia. Sejak iPhone generasi baru dikeluarkan iaitu iPhone 5, ternyata banyak sekali permintaan yang diterima dari pelanggan yang menunjukkan peminat dan minat terhadap iPhone 5 masih lagi stabil. Kebiasaannya apabila hendak membeli sesebuah gadget, pembeli smartphone akan membuat perbandingan dikedai telekominikasi satu demi satu bagi mencari penjual gadget yang mampu menjual iPhone 5 ataupun smartphone yang lain dengan harga yang lebih murah dari kedai lain.

Kini masalah untuk membuat perbandingan smartphone dari kedai ke kedai dapat dijimatkan dengan adanya sebuah webite online seperti Pricepanda Malaysia yang mampu memberi gambaran dan jawapan kedai online manakah yang memberikan harga tawaran yang lebih rendah dengan membuat beberapa perbandingan diantara kedai-kedai online terkenal seperti shashinki, Challenger, Fotokem, Mobile Megamall, Youbeli, Mobile88, Lazada dan Cresdo.

PricePanda Malaysia

PricePanda Malaysia

Tidak perlu membuang masa dikedai. Dengan hanya melawat website Pricepanda.com.my, harga terkini iPhone 5 yang  menjadi keutamaan kepada penggemar gadjet apple ini dapat membuat perbandingan untuk mendapatkan harga iPhone 5 yang paling murah dan seterusnya mendapatkan gadjet idaman anda. Perkhidmatan yang di tawarkan di Pricepanda adalah percuma dan sesuai untuk semua pengguna.

iPhone 5 prices here in Malaysia

iPhone 5 prices here in Malaysia

Laman web Pricepanda bukan sahaja boleh membuat perbandingan harga iPhone5, akan tetapi gadget lain dan terkini juga boleh dibuat perbandingan harga bagi lebih 2000 jenis barangan elektronik dan  barangan digital seperti Samsung, Nokia, Apple, Blackberry, Sony, Philips, Canon, Nikon dan lain lain. Sehingga setakat ini ianya difokuskan untuk produk produk seperti handphone, kamera, komputer, software, tv, video dan juga audio.

Anda juga boleh follow harga terbaik dari Pricepanda.com.my melalui :

  • Facebook   = https://www.facebook.com/PricePandaMalaysia
  • Twitterhttps://twitter.com/PricePanda_MY
  • Google + = https://plus.google.com/113721087729106483429/posts?hl=en
Samsung Galaxy Note II

Sponsored Video:Introducing GALAXY Note II – Samsung Best Smartphone

26

Nampaknya, kali ini persaingan peperangan smartphone dari pelbagai pengeluar telefon memang sangat sangat hebat. Hinggakan smartphone yang dikeluarkan terlalu pantas. Spesifikasi yang dibeli beberapa bulan lalu selalunya bakal menjadi out of date jika tidak mengikuti trend terkini. Walaupun spesifikasi phone terbaru pantas berubah, akan tetapi cara penggunaannya dan juga aplikasinya tetap sama. Oleh itu rasanya tidak perlulah pemilik smartphone terburu buru untuk menukar phone kepada yang baru kecuali jika benar benar memerlukannya dan phone terbaru menawarkan sistem yang lebih baik dari sebelumnya.

Berita terbaru, Samsung bakal melancarkan telefon pintar mereka dari generasi Galaxy note iaitu Samsung Galaxy Note 2 dan telah disahkan bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada bulan 11 Oktober 2012 ini. Harga jualannya dijangka akan turut dikongsikan bersama pada acara tersebut kelak. Galaxy Note 2 kali ini bakal membawakan kemaskini skrin bersaiz 5.5-inci, dilengkapi S-Pen, serta dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean padanya. Samsung Galaxy Note 2 juga membawakan cip pemprosessan Quad Core 1.6Ghz, 2GB of RAM dan juga 8MP kamera belakang, 1.9MP kamera hadapan.

Samsung Galaxy Note II

Samsung Galaxy Note II

Untuk melihat dan menyaksikan sendiri bagaimana Samsung Galaxy Note 2 berfungsi dan apa yang dibawakannya berbanding Galaxy note sebelumnya, anda bolehlah melihat video yang telah disedikan dibawah ini. Untuk maklumat lanjut, boleh lah melayari link website dari Samsung yang telah disediakan ini {http://unr.ly/SQCwGR}. Selamat menonton. Happy and Cheer.

Go to Top