Side Income 2012 | Passive Income – Perlu atau Tidak
75Side Income. Ada dua jenis side income yang perlu kita ketahui. Aktif income dan passive income. Hari ini aku ingin berceloteh pendek mengenai side income yang berbentuk passive income. Baru sahaja tadi aku mendengarkan ceramah atau talk berkenaan side income. Peluang untuk menambah pendapatan sampingan. Akan tetapi jika kena caranya pendapatan sampingan tadi mampu menjadi pendapatan utama kita. Seperti yang kita ketahui, diabad yang serba mencabar ini, antara dari kita ada yang berkerja kerajaan mahupun swasta, makan gaji atau kerja sendiri. Nak tak tak kita terpaksa akur yang pendapatan kita untuk menjadi selesa diMalaysia tidaklah cukup mana kalau tidak berjawatan tinggi.
Hakikat ini telah menyebakan ada diantara kita yang cuba mengorak langkah untuk mendapatakan side income yang mempu untuk menampung kehidupan seharian kita. Aku sendiri walaupun masih bujang sudah terasa akan bahang tekanan kewangan semasa. Keperluan penting untuk hidup sekarang bagi aku ada tiga komponen utama iaitu Rumah (tempat tinggal), Kereta (untuk bergerak) dan Makanan (untuk hidup). Dapat gaji sahaja RM600 telah habis untuk membayar rumah, RM400 telah habis untuk membayar kereta. Untuk rumah dan kenderaan sahaja RM1000 telah dihabiskan dalam masa sehari? Itu belum termasuk makan dan minum, internet, bil api air dan kos kos tambahan jika sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Side Income 2012
Aku sangat bersetuju dengan laporan yang menyatakan RM1500 untuk hidup diMalaysia dikira miskin (bukan miskin tegar). Berkerja dari muda dengan basic salary RM1500 hingga 20-30 tahun lamanya. Apakah dalam tempoh berkerja dari mudah hingga bersara kita telah mencapai sasaran iaitu financial freedom? Tidak? Sangat mendukacitakan sekiranya sehingga bersara kita hanya mampu hidup dengan simpanan kewangan kwsp yang terhad dan dalam zaman kos kehidupan yang telah meninggkat berkali ganda.
Adakah tedapatnya disana sini sebuah instrument yang baik bagi membantu dan menjamin kelangsungan hidup kita selepas bersara. Apakah selepas bersara nanti kita perlu untuk berkerja lagi dan terus berkerja. Adakah kita sendiri atau telah ditakdirkan hanya berkerja sepanjang hidup. Atau adakah itu pilihan kita dan kita menerimanya. Sedar atau tidak, pasti atau tidak, kenyataan sebuah masa 30 tahun akan datang dimanakah kita?
Tiadalah aku mengungkitkan akal hal ini kerana kesusahan kita, akan tetapi realiti kehidupan kita dimasa akan datang. Sebenarnya peluang telah datang dan pergi begitu sahaja. Kita terlalu selesa sebenarnya. Apa yang aku ingin katakan adalah, marilah kita bermula dari sekarang untuk berfikir apa yang kita harus lakukan dari sekarang. Apa yang aku mesti lakukan untuk membina sebuah pendapatan sampingan? Adakah aku harus jadi peniaga, pelabur, atau apa apa.
Marilah kita melangkah kaki hari ini untuk melabur wang pada ilmu. Ilmu berniaga, ilmu memasak, ilmu presentation, ilmu mencuci, ilmu blogging, ilmu melabur, ilmu kewangan, ilmu hartanah dan sebagainya.. Jom..
Insyaallah, aku nak ajak kawan kawan menyertai aku dalam ilmu menjana pendapatan side income!


