Palestine Loss of Land

Isu Israel dan Palestin

61

Kali ni aku nak berceritakan sedikit akan isu dunia iaitu isu Israel dan Palestine. Isu antara negara Israel dan negara Palestine bagaikan tidak pernah berakhir. Aku tidak mahu mengulas dengan panjang lebar, tapi cukup dengan poin-poin penting yang akan aku ketengahkan.

Perlu diingat bahawa Israel telah masuk ke negara Palestine secara haram sejak 1946. Kemasukkan Israel ke tanah Palestine di persetujui oleh “Barat”. Secara tidak langsung Israel telah menukar negara Palestine kepada negara mereka sendiri. Pelik tetapi benar, sudah lah masuk secara haram lepas tu buat negara orang islam seperti negara mereka sendiri. Mari kita lihat peta Palestin sejak tahun 1946 sehinggah sekarang. Korang boleh lihat apa yang terjadi kepada negara Palestine sekarang.

Palestine Loss of Land

Palestine Loss of Land

Palestine (1946) sangat besar dan majoriti, sekarang palestine menjadi minoriti. Berita yang dimainkan oleh CNN, ABC, REUTER atau mana mana dari “western” sangat berat sebelah atau “double standard”. Mereka mengatakan Islam itu jahat. Sekarang aku nak tanya, siapa yang rampas tanah siapa? Siapa yang jahat sebenarnya?. Inilah rupa sebenar barat dan Israel dalam isu ini.

Mungkin ramai yang tidak tahu dunia kita sekarang dkuasai oleh Yahudi aka Jewish aka Israel. Aku tidak mahu bercerita tentang ini. Mungkin dilain masa. Ramai juga yahudi yang baik tetapi kebanyakkan dari mereka memang mahu merosakkan orang islam. Rakyat Palestine hidup seperti merempat dinegara sendiri. Terpenjara dinegara sendiri. Aku rasa pada sesiapa yang minat menonton berita dunia aku galakkan korang menonton berita disini. Rasanya berita dari situ tidak berat sebelah atau double standard. 

Setiap hari ada sahaja rakyat palestine yang diculik. Tidak buat salah apa pon kena tangkap. Inilah rupa sebenar Israel. Didalam penjara Israel akan menyiksa tahanan Palestine. Kita semua tahu umat Islam sekarang memang amat lemah. Lemah dari segi perpaduan, ekonomi, pendidikkan, pertahanan dan lain lain. Apa yang penting marilah kita bersama sama mendoakan yang tebaik bagi umat seagama kita iaitu Islam. Kita berkeyakinan bahawa Islam itu akan menang suatu hari nanti. Allahu Akbar…

JOM SAKSIKAN BAGAIMANA ISRAEL MENCULIK RAKYAT PALESTINE (2011). APA SALAH MEREKA?

.

Matahari Disebalik Awan

Cerpen – Matahari Disebalik Awan

50

Inilah cerpen ku yang kedua selepas cerpenku akan Hujan Renyai, Kulihat jam ditanganku sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Aku tahu yang malam akan kunjung tiba. Kulihat sekelilingku yang hujan renyai baru sahaja membasah bumi. Seperti yang sebelum ini.

Oh hujan, hadirmu membawa rahmat pada sekelian alam, sejuk dingin seperti selalu. Angin bayu segar menyapa pipiku. Pelan pelan sebelum malam menjelma, ku lihat Matahari Disebalik Awan. Sangat indah, Cahaya fatamorgananya menyinar disebalik awan, jarang jarang dapat dilihat.

Matahari Disebalik Awan

Matahari Disebalik Awan

Aku mendongak ker langit, melihat cahaya cahaya yang berselerakkan. Baru aku sedar, yang selama ini aku hanya mendongak kehadapan dan mendongak kebawah. Amat dan sangat jarang untuk aku mendongak ker langit, memerhati ciptaan Allah yang maha esa.

Kulihat dikiri ku, pelangi sama sama muncul untuk memberi seri pada matahari disebalik awan. Sempat juga dua fenomena ini menyentap jiwa dan mindaku. Aku seorang yang puitis dan beginilah aku melihat dunia iaitu dari kaca mata seorang berjiwa puitis. Adakalanya sahabatku menegurku yang mengatakan melihat sinar matahari dikala petang sangat tidak baik. Benarkah? Aku tidak tahu akan hal itu. Yang aku tahu ia sangat cantik sebab ia ciptaan Allah yang maha esa.

Aku tersedar, kadangkala tidak semua manusia sama dan mampu melihat dari sisi apa yang kita lihat. Mereka melihat A dan aku melihatnya B. Tapi tidak kisahlah, asalkan apa yang aku suka itu tidak merosak dan membebankan manusia lainnya. Aku bersyukur pada Allah kerana menyinari hidup aku dikala ini dengan sinaran hangat Matahari Disebalik Awan….

Buku-Buku Dr Danial Zainal Abidin

Buku-Buku Dr Danial Zainal Abidin

65

Seperti yang aku lakukan terhadap blog ini iaitu kempen sebulan sebuah buku (untuk diri sendiri). Kali ini aku terlambat sedikit untuk me “review” buku untuk bulan ini. Buku yang akan aku tunjukkan ialah buku yang ke-7 untuk kempen kali ini. Tujuan kali ini bukanlah untuk me-review buku yang akan dipamer kan akan tetapi lebih kepada penceritaan mendatar dan sedikit pandangan terhadap buku ini.

Buku yang di maksudkan adalah buku tulisan dari Dr Danial Zainal Abidin. Secara asasnya untuk kepada sesiapa yang tidak kenal akan ustaz ini, aku galakkan korang untuk menonton ceramah agama beliau di youtube untuk mengenali peribadi dan cara beliau berhujah dahulu. Ini bagi memberi kesan imej “jatuh hati” dengan cara pandang, pandangan beliau terhadap sesuatu isu dan korang akan langsung akan jatuh cinta juga dengan buku buku beliau.

Buku-Buku Dr Danial Zainal Abidin

Buku-Buku Dr Danial Zainal Abidin

Buku-buku diatas adalah antara buku yang aku ada dalam simpanan. Setakat ini belum habis membaca. Insyaallah kalau aku habis membaca mungkin aku akan membuat review khas yang kritis terhadap buku buku ini. 

Apa yang aku suka terhadap ceramah dan buku beliau ialah bagaimana beliau cuba menerangkan sesuatu isu atau persoalan dalam kehidupan kita dengan memberikan jawapan secara jelas dan terang. Isu remeh temeh, isu khurafat, isu lemahnya pemikiran umat kita, isu jumud dalam pemikiran kita, isu bagaimana kita melihat sesuatu isu, isu sains dalam islam dan berbagai lagi.

Setakat ini kupasan Quran Saintifik dalam bahasa melayu sangat menarik. Kita akan melihat bagaimana Al-Quran itu mengatasi sains. Buku Minda Muslim Super, Buku Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden dan Buku Quran Saintifik mampu memberikan kebanggan pada kita sebagai orang Islam. Membaca mampu meningkatkan prestasi otak sambil menghilangkan pemikiran jumud di minda kita. Jom baca beramai ramai :)

Antara Buku Yang Telah Di Review :

1. Nota Jutawan Nota Motivasi – Irfan Khairi , 2. Yakjuj & Makjuj – Bencana Disebalik Gunung

3. Travelog Turki Bumi Khalifah , 4. Mengemudi Bahtera Perubahan Minda

5. Biar Orang Cina Pimpin Islam , 6. Millionaires are from a different planet

Go to Top