Muammar-Gaddafi

Death of Gaddafi | Kematian Gaddafi

55

Kematian Gaddafi telah memenuhi ruang akhbar tempatan mahupun luar negara. Kematian sang “diktator” yang dijaja disana sini untuk menggambarkan bahawa gaddafi seorang yang jahat. Kadangkala aku keliru, bahawa kita mudah sangat mengingati kejahatan seseorang berbanding kebaikkan yang dibawa oleh seseorang.

Pernahkah kita terfikir, perbuatan “seseorang” kadangkala disebabkan sesuatu. Mudah bagi kita untuk mengutuk sesuatu berbanding memberikan jawapan penyelesaian sesuatu masalah. Tidaklah mulia perbuatan kita untuk menghentam seseorang tatkala kita tidak mengetahui dahulu akan sebab perbuatan mereka.

Gaddafi before his death video

Cukup menyayat hati tatkala tawanan perang diperlakuan sebegitu. Mangsa telah pun meninggal dunia. Sejahat mana pun seseorang itu dimata kita, tidak sepatutnya mengambil nyawa seseorang tanpa kita berikan dahulu keadilan dan pengadilan yang baik bagi mangsa.

Kadangkala aku terfikir, apakah kita menghukum seseorang itu membuktikan kita lebih baik dari orang yang dihukum. Kemungkinan besar orang yang dihukum telah insaf berbanding kita yang menghukum. Revolusi kadangkala mendatangkan kebaikkan, kadangkala memberi impak yang buruk seperti berlakunya perang saudara. Berbunuhan sesama sendiri.

Masyarakat “luar” bertepuk tangan secara “tersirat” menyaksikan “program” yang mereka inginkan telah dijalankan oleh tangan rakyat revolusi itu sendiri dan menangis berpura pura seakan tidak menyetujui apa yang berlaku, Sedarlah musuh kita yang sebenar ialah kita sendiri.

Apa yang aku ingin sampaikan adalah, kita sepatutnya berfikir diluar kotak keselesaan kita. Bacalah dengan mata hati bukan kanta mata

Muxlim Profile

Muxlim | Enhancing the Muslim Lifestyle

46

Salam to all reader. Hari ni aku nak cerita mengenai social networking. Sejak dari dulu kawan kawan remaja dan tak beberapa nak remaja telah didedahkan dengan social networking seperti friendster, myspace dan yang terkini adalah Facebook dan Google Plus. Semua orang pernah mencuba dan merasainya. Boleh dikatakan kalau tak ada atau tak kenal Facebook tak logik diakal.

Dalam pada ramai kawan kita yang ghairah bermain social networking seperti Facebook, kadang kala kita tak sedar yang hampir semua social networking itu hampir sama sahaja konsepnya. Upload gambar, update status dan chat sambil komen. 

Aku nak memperkenalkan satu social networking yang dah bertapak lama dan bercirikan “Islamik”. Social networking tapi Islamik iaitu Muxlim. Korang pernah dengar tak. Kalau tak korang boleh tengok gambar dibawah ni.

muxlim

Muxlin ni sebenarnya sudah agak lama. Malah aku menggunakan Muxlim terlebih dahulu daripada Facebook. Gambar diatas adalah antara muka “Home” muxlim. Sentiasa memaparkan info info terbaru.

Muxlim Profile

Muxlim Profile

Gambar diatas adalah contoh profil pengguna muxlim. Kalau korang dah sign up korang boleh lah add aku yer, hehe. Aku da bertahun dah guna Muxlim nih. Mesti korang nak tahu kan kelebihan dan “apa yang best” Muxlim nih. Best atau tak best itu sebenarnya bergantung pada apa yang korang minat atau nak. 

Dibawah ni aku senaraikan kenapa aku suka Muxlim:

  • Islamic, upload audio, upload image, upload video, poll, chatting, dan boleh buat blog

Perkara terpenting yang aku suka sangat pada Muxlim ni adalah aku dapat mengenali muslim diserata dunia dia Asia, Afrika, Arab, US, Eropah, mengenali “revert muslim” baru, dan of course penulisan, chatting dalam bahasa english. Boleh improve bahasa English disamping mengenali budaya dan cara hidup muslim diserata dunia.

Psssttttt : Daripada korang buang masa ber-chatting yang tak berfaedah di Facebook, apa kata korang chatting dengan “orang baru” di Muxlim, bestttttt. Dapat pengalaman baru dari Owner tuan punya storyyy…. :)

Himpunan Sejuta Umat logo

HIMPUN | Selamatkan Akidah Umat

38

HIMPUN | Selamatkan Akidah Umat diadakan pada hari ini iaitu 22/10/2011 di Stadium Shah Alam. Himpun yang diadakan pada hari ini bertajuk “Himpunan Sejuta Umat” dan bertemakan “Selamatkan Akidah Umat” pada pukul 2 petang hingga 6 petang.

Himpunan Sejuta Umat logo

Himpunan Sejuta Umat logo

Himpunan Sejuta Umat adalah program untuk mengumpulkan seramai umat islam yang boleh bagi memberi penerangan yang jelas untuk mencerahkan persoalan akidah dan persoalan yang melanda umat islam khususnya di Malaysia.

Bagi aku kita tolak ketepi perbezaan fahaman, parti atau politik dan kita bersatu dibawah payung Islam demi merungkaikan masalah yang melanda Islam di Malaysia. Kita tidak mahu ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil peluang diatas kelalaian kita sendiri. Politik kepartian kita tolak tepi bagi laluan kepada agama Islam yang kita cintai. (more…)

Go to Top