Hot Ticket Maxis

Maxis Hot Ticket

45

Sebelum ni aku pernah cerita pasal Hot Ticket nih. Tapi aku tak pernah ler pakai. Aku sekarang sejak dah ber”umur” ni malas la nak ambil tahu pasal pakej “plan” terbaik ker aper ntah. Aku kalau pakai phone mesti top up macam biasa. Masa balik kampung tetiba bapa aku tanya aku “Along kau tak pakai hot ticket ker, kan murah sikit, jimat pun jimat?”. Errrr…. bapa aku pon tahu mana pakej plan yang murah sedangkan aku malas nak ambil tahu tu semua.

Pastu bapa aku tanya lagi, “Kau makan KFC McD tak?”, aku tanya balik “Makan, kenapa?”, pastu bapa aku bagi beberapa keping bekas topup maxis hot ticket.

Hot Ticket Maxis

Hot Ticket Maxis

Kekadang aku rasa syarikat telekomunikasi terlalu bersaing sana sini dan itu baik bagi kita sebagai pengguna perkhidmatan telekomunikasi sebab kita dapat sesuatu perkhidmatan yang murah akibat dari persaingan yang sihat. Tetapi masalahnya bila dah banyak sangat promosi sana sini dan aku mula jemu nak ambil tahu semua tuh. Dan akibat dari tu aku hanya topup kredit phone secara biasa. Benda benda alah hot ticket ni pening la pulak aku nak pikir, hehehe. Walaubagaimanapon ader juga kebaikkan hot ticket nih. Bekas topup hot ticket yang korang dah guna korang boleh gunakan untuk mendapatkan KFC dan McD dengan harga yang murah. Nyum nyum…. Asik pasal makanan jer…. :)

Maxis Hot Ticket, perkhidmatan telekomunikasi, pengguna perkhidmatan telekomunikasi, syarikat telekomunikasi, kereta proton exora tersasar, hotlink hot ticket plan, hotlink advertisement, kemalangan jalan raya di penang, video kemalangan jalan raya

Sebelum nak mengundurkan diri, pada sesiap yang baca entry atau post pasal kemalangan sebelum ni aku letakkan video kemalangan atau sebuah kereta proton exora tersasar dari laluan dan melanggar tiang lampu jalan semasa selepas hujan.

Nasihat dari wanwidget.com, hati hati lah memandu dan ingatlah orang yang tersayang

Nasi Goreng USA

Nasi Goreng USA

38

Ada apa dengan Nasi Goreng USA. Sebelum ni aku tak pernah makan nasi goreng usa ni. Makanan yang pelik pelik namanya selalunya aku tak ambil port atau peduli sebab aku tak tau sama ada nasi goreng yang “pelik” itu sedap atau tidak. Aku kalau makan kalau tak nasi goreng ayam, nasi goreng ayam kunyit, nasi goreng kampung atau nasi goreng paprik. Tu jer menu yang selalu aku pesan.

Selepas pekena Nasi Goreng USA di restoran pantai robina penang terus aku jatuh hati. Sedap la pulak. Pastu aku try pekena Nasi Goreng USA di tempat yang lain. Aiseh tak sama la… Nasi Goreng USA di pantai robina juga sedap. Nak tahu kenapa sedap? Sebab Nasi Goreng USA dimasak dengan kaedah U=Udang, S=Sotong dan A=Ayam, ditambah lagi dengan telor, fun fries dan nugget ketam.

Nasi Goreng USA

Nasi Goreng USA

Memang sedap la. Aku rasa tempat ni jer kot yang ikut bebetul nama “USA” tuh. Kalau tempat lain Nasi Goreng USA ni cuma nasi letak telur dan letak daging masak merah. Pada sesapa yang dok penang tau kot kedai ni kat mana. Senang pi jer Pantai Robina confrim jumpa kedai ni.

 Nasi Goreng USA, Resepi Nasi Goreng USA, Images for Nasi Goreng USA, Gambar nasi goreng usa, masak nasi goreng usa, pesan nasi goreng usa

Ermmm, macam manalah aku nak kurus kalau kedai makan sedap sedap merata rata tempat nih. Lepas tu dihidang plak atas meja dengan menu kek aiskrim yang sangat sedap lagi lazatttt. Adehhhhhh.. Bersederhanalah dan nikmati hidup anda…. :)

Jam Tangan Casio 2

Jam Tangan Casio | Nostalgia

71

Hari ni aku nak bercerita sedikit akan pengalaman dahulu aka nostalgia zaman zaman dahulu. Hari ni aku ingin bercerita akan barang barang milik peribadi. Korang mesti ada barang barang peribadi kan. Bagaimana dengan barang peribadi korang yang telah lama, sama ada korang masih simpan sebagai kenangan atau masih pakai ke hari ini atau korang telah lama membuangnya. Persoalannya barang manakah yang paling lama bersama korang sehingga hari ini dan dianggap kenangan bagi korang?

Apa yang aku nak tunjuk atau cerita kali ini adalah berkenaan Jam Tangan Casio milik aku yang masih aku simpan sehingga kini kerana mempunyai value atau nilai kenangan sangat mahal dan mendalam bagi diri aku. Dibawah ni aku sertakan gambar jam tangan casio milik aku.

Jam Tangan Casio

Jam Tangan Casio

 Gambar diatas adalah gambar sebenar jam tangan casio yang masih bersama dengan aku sehingga sekarang. Sedikit berhabuk dan mempunyai ciri ciri nostalgia bagi diri aku.

Jam Tangan Casio 2

Jam Tangan Casio 2

 Semasa dalam tempoh pemakaian jam tangan ni sudah beberapa kali aku tukar bateri. Tokey kedai tu walau dah bertahun tak jumpa aku masih lagi ingat akan aku dan masih lagi kenal akan jam ni. Yang pelik nya dia boleh agak jam tangan aku ni sudah berapa lama dan “respek” dengan aku sebab berjaya pakai jam tangan ni dalam tempoh yang lama.

Jam Tangan Casio, Gambar jam tangan casio, harga jam tangan casio, beli jam tangan casio, jam tangan casio dikedai, tokei jam tangan casio, nostalgia jam tangan casio

Cerita panjang tak guna. Korang mesti nak tahu kan berapa lama “sangat” jam tangan ni bersama dengan aku kan. Semasa beli jam tangan ni dan sehingga umur aku sekarang, Jam Tangan Casio ni telah berumur 12 Tahun dari tarikh dibeli sehingga kini.

Kenapa aku katakan jam tangan ini nostalgia sebab Original + Jam Tangan Casio ni telah berumur 12 Tahun + Hadiah dari Ayah Aku…..

PSSSSTTT…..PANDAI TAK AKU SIMPAN…..LAMA TUHH :)




Go to Top