buat duit dengan Amazon

Buat Duit Dengan Laman Web Khas Amazon

20

Buat Duit Dengan Affiliate Amazon - Alhamdulillah, hari ni aku telah berjaya dan telah faham akan bagaimana untuk membina blog atau website khas untuk Amazon (Amazon Affiliate Websites). Pada korang yang kurang jelas. Amazon adalah satu website jual beli yang terkenal dan terbesar selepas eBay. Cumanya eBay lebih popular berbanding Amazon, itu sahaja atau maybe aku silap. Iyalah, ianya sebuah website jual beli dalam talian yang sangat sangat digunakan dinegara barat dan mungkin kita hanya selesa dengan eBay sahaja. Ok kita kembali kepada tajuk iaitu Buat Duit dengan Amazon dengan menggunakan laman web sendiri.

Semalam atau artikel sebelum ini aku dah mengupas sedikit dan mengajak kawan kawan untuk join didalam affiliate samada didalam Malaysia atau luar negara. Pada yang dah baca dan dah apply pasti tahu lah selok belok akan proses affiliate itu sendiri. So mudah aku nak cerita bab ni. Ok macam ni, aku nak cerita dan nak bagitahu kawan kawan yang sebenarnya kita boleh dan mampu untuk membuat affiliate dengan eBay mahupun Amazon. Pasti korang ingat yang kedua dua laman web jual beli itu tidak ada kaitan dengan affiliate kan. Ke korang tahu dah?

buat duit dengan Amazon

buat duit dengan Amazon

Aku apply affiliate kedua duanya iaitu eBay dan Amazon (Become an Amazon Affiliate) sekaligus. Tetapi aku hanya berjaya untuk mendapatkan affiliate dari pihak Amazon sahaja kerana affiliate kedua dua belah pihak ini kena mendapat kelulusan terlebih dahulu baru korang boleh diterima dan join. Diringkaskan cerita, aku rasa untuk mendapatkan affiliate dengan pihak eBay agak susah dan payah, tetapi Amazon agak ringan sedikit dan kalau korang ada kriteria yang dikehendakki selalunya lepas dan kriteria tu pun tak berat sangat. (more…)

Affiliate Luar Negara

Duit Lebih Dengan Affiliate Luar Negara

45

Affiliate Luar Negara – Sejak berakhirnya Seminar Buat Duit Dengan Blog dari team Denaihati untuk para blogger Malaysia, aku lihat semakin banyak dan ramai yang ingin terlibat didalam affilate dan ianya tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Aku sendiri melalui zaman zaman itu sebelum ini. Sebelum ini aku langsung tak faham apa itu affiliate. Dah la tak faham, nak tertarik pun kurang. Bila ada sedikit tarikkan pada affiliate pun aku rasa ianya susah dan berat. Begitulah pandangan aku ketika dulu.

Sebab kenapa aku tidak pandang affiliate sebagai salah satu jalan buat duit online kerana TIDAK FAHAM. Bila dah faham, dah melalui sendiri, dan merasai sendiri barulah aku tahu akan apa itu affiliate. Malah aku boleh katakan yang ianya sangat sangat mudah, hahaha. Cumanya samada kita boleh dapat duit atau tidak itu bergantung kepada promosi dan nasib kita. Itu sahaja. Akan tetapi untuk terlibat dan buat duit dengan affiliate memang mudah. Korang kena cuba baru tahu.

Affiliate Luar Negara

Affiliate Luar Negara – image credit to http://lerablog.org/

Kali ini aku bukan nak cerita pasal affiliate yang korang dah faham tu. Apa kata kita naikkan sedikit level kita. Aku anggap korang dah faham akan sistem dan bagaimana affiliate ini berfungsi dan sudah tahu apa yang perlu dibuat untuk menarik orang membeli product yang korang targetkan ya. Ok macam ni. Korang dah pun buat dan merasa sediri hasil dari affiliate kan. Apa kata korang tambahkan kepakaran korang dengan melangkah lebih jauh dengan affiliate luar negara. Iaitu memasarkan product affiliate luar negara. (more…)

Zaman Peralihan Teknologi

Pengalaman Berada di Zaman Peralihan Teknologi

38

Zaman Peralihan Teknologi – Teringat aku suatu masa dulu. Kenapa aku ceritakan benda ni sebab aku tengok budak budak sekarang yang bawah aku semuanya sudah merasai teknologi seperti teknologi smartphone. Aku percaya mereka senua tahu tetapi tidak pernah merasai satu perasaan dimana kita sendiri melalui fasa fasa perubahan teknologi disekitar kita. Aku sebagai seorang yang melalui zaman tersebut memang teruja dan berasa lebih menghargai teknologi tersebut.

Bagaimana Zaman Peralihan Teknologi itu Berlaku

Telefon Pertama/Monophonic – Telefon bimbit aku pertama kali dahulu adalah dari jenis model Nokia 3310. Korang bayangkan perasaan teruja diwaktu itu memiliki phone sendiri. Dengan bernada deringkan monophonic dan kendian disetkan dengan lagu lagu dari artis yang disukai untuk menjadi nada panggilan. Korang kena faham, diwaktu itulah zaman telefon bimbit yang mudah dipegang ditangan mula meningkat nak.

Zaman Peralihan Teknologi

Zaman Peralihan Teknologi – image credit to http://kissingsuzykolber.uproxx.com/

Infrared Features – Hasilnya ketika itu, nokia telah mengeluarkan model baru dan terus aku mendapatkannya iaitu model Nokia Butterfly. Memang best habislah Nokia Butterfly ketika itu. Mana tidaknya, model nokia didatangkan dengan lampu skrin berwarna biru dan diintegrasikan dengan “infra-red”. Kalau korang dengar mesti kelakar kan. Tetapi pada waktu itu, infra red ini sangat membanggakan. Aku boleh bermain game “snake” dan berlawan dengan kawan lain melalui sistem “infra-red” inilah. Dah macam main permainan cyber-pet digimon plak ketika itu. (more…)

Go to Top