Pengalaman Berada di Zaman Peralihan Teknologi
38Zaman Peralihan Teknologi – Teringat aku suatu masa dulu. Kenapa aku ceritakan benda ni sebab aku tengok budak budak sekarang yang bawah aku semuanya sudah merasai teknologi seperti teknologi smartphone. Aku percaya mereka senua tahu tetapi tidak pernah merasai satu perasaan dimana kita sendiri melalui fasa fasa perubahan teknologi disekitar kita. Aku sebagai seorang yang melalui zaman tersebut memang teruja dan berasa lebih menghargai teknologi tersebut.
Bagaimana Zaman Peralihan Teknologi itu Berlaku
Telefon Pertama/Monophonic – Telefon bimbit aku pertama kali dahulu adalah dari jenis model Nokia 3310. Korang bayangkan perasaan teruja diwaktu itu memiliki phone sendiri. Dengan bernada deringkan monophonic dan kendian disetkan dengan lagu lagu dari artis yang disukai untuk menjadi nada panggilan. Korang kena faham, diwaktu itulah zaman telefon bimbit yang mudah dipegang ditangan mula meningkat nak.

Zaman Peralihan Teknologi – image credit to http://kissingsuzykolber.uproxx.com/
Infrared Features – Hasilnya ketika itu, nokia telah mengeluarkan model baru dan terus aku mendapatkannya iaitu model Nokia Butterfly. Memang best habislah Nokia Butterfly ketika itu. Mana tidaknya, model nokia didatangkan dengan lampu skrin berwarna biru dan diintegrasikan dengan “infra-red”. Kalau korang dengar mesti kelakar kan. Tetapi pada waktu itu, infra red ini sangat membanggakan. Aku boleh bermain game “snake” dan berlawan dengan kawan lain melalui sistem “infra-red” inilah. Dah macam main permainan cyber-pet digimon plak ketika itu. (more…)
Ubat Resdung Al-Taqwa – Penawar Syifa
32Ubat Resdung – Tengah bermain main dan membuang masa di Facebook, aku terlihat akan iklan ataupun posting mengenai ubat resdung. Dah lama sangat dah aku tengok sana sini pasal penyakit dan ubat untuk resdung ini. Ada yang berbentuk kapsul, tablet, pil ataupun dengan cara “berasap”. Aku tidak faham bagaimana fungsi dan bagaimana rawatan resdung dilakukan malah aku sendiri kurang arif dan jelas mengenai resdung ini. Dari apa yang aku faham mengikut dengar dengar adalah resdung menyebabkan kegatalan pada kulit wajah, jerawat dan juga sensitiviti pada hidung iaitu bersin. Itu apa yang aku dengar dan bukan dari ilmu dan bacaan aku sendiri.
Apa Itu Resdung
Dari maklumat diinternet terdapat penerangan yang pelbagai dari penerangan samada dari penerangan tradisional mahupun dari saintifik. Akan tetapi secara ringkasnya ianya membawa maksud begini iaitu “Resdung” adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya. Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan. Dengan bahasa mudah Resdung adalah kombinasi perkataan dari “resah” + “hidung” yang membentuk perkataan Resdung.

Ubat Resdung Al-Taqwa
Secara jujurnya aku sendiri tidak tahu samada aku mempunyai resdung. Tetapi menurut fakta fakta yang aku dengar, semua orang ada resdung cumanya samada minimum, biasa, sederhana ataupun berat. Bila membaca tanda tanda pengidap resdung didapati mereka ini mempunyai tanda seperti sakit kepala, rambut gugur, hidung berair, bersin selalu, mulut berbau, muka berbintik hitam, jerawat, pendengaran yang kurang jelas, hidung berdarah, penglihatan kabur, gatal gatal dikawasan muda, telinga, hidung mata dan diseluruh badan. (more…)
Restoran Qasar Hadramawt Perda Penang – Chicken Mandy
36Restoran Qasar Hadramawt Perda Penang – Dah dua kali aku pekena makanan arab iaitu dari yemeni. Ntah kenapa semalam rasa macam nak sangat sangat pekena masakkan aran tu dekat Restoran Qasar Hadramawt di bandar perda pulau pinang. Sebab sebab aku nak mengisi perut kosong disana adalah sebab ingin mencuba menu yang lain yang belum pernah lagi dicuba. Maklumlah aku baru dia kali sahaja pekena makanan arab ni dan semalam adalah kali yang ketiga.
Datang awal, pukul 6.30 petang dah sampai. Alhamdulillah tidak ramai orang. Terus order menu. Dan menu yang aku order semalam adalah Chicken Mandy. Menu ni aku belum pernah rasa lagi tetapi mengikut kawan kawan aku kata sedap. So semalam aku orderlah Chicken Mandy. Semasa nak order itu aku menjadi blur samada nak makan sorang satu pinggan atau mengorder secara 1/2 kilo. Maklumlah nak makan hanya untuk dua orang. Restoran arab ni memang macam ni, nasinya banyak penuh sepinggan.

Chicken Mandy
Aku pun bertanyalah kepada pelayan. Bertanya kepastian mana yang lebih banyak. Samada mengorder makanan seorang satu pinggan atau 1/2 kilo. Pelayan menjawab yang seorang satu pinggan lebih baik sebab 1/2 kilo lebih banyak sedikit berbanding dua pinggan dicampurkan sekali. Jadi aku membuat keputusan mengorder Chicken Mandy seorang satu pinggan. (more…)
