Murahnya.my

Dapatkan Pelbagai Servis Untuk Rakyat Malaysia di Murahnya.my

46

Murahnya.my – Ya, semasa aku membuat blogwalking sana sini, aku telah terbaca artikel yang berkaitan dengan produk dari Malaysia iaitu murahnya.my. Aku sepertinya pernah melawat akan website ini tetapi tidak pernah memandang serius akan website ini. So malam tadi apabila bertemu lagi dengan artikel berkenaan ini, aku cuba membaca, melihat, menyelidik, mengkaji dan juga memahami. Barulah aku sedar yang website murahnya.my ini sangat sangat bagus dan bermanfaat samada untuk pemberi servis, pembeli servis dan juga untuk blogger yang mencari pendapatan online.

Ok aku ringkaskan begini. Cuba korang melawat website Fiverr.com ini dahulu dan dengan trademark iaitu “The World’s Largest Marketplace for small services, starting at $5. Murahnya.my ini sama sebiji dengan Fiverr ini tadi TETAPI ianya dibina khas untuk rakyat Malaysia. Biarkan aku jelas kan dengan lebih mudah dan ringkas agar korang faham apa yang ingin aku sampaikan kepada korang. Baca dibawah ini.

Murahnya.my

Murahnya.my

Apakah Servis Yang di Tawarkan di Murahnya.my

Murahnya.my adalah sebuah pusat yang menyediakan pelbagai service yang dimahukan oleh khususnya pengguna internet seperti servis pemasangan wordpress, servis like, pengiklanan di fanpage yang ratusan ribu, servis tarik traffic, pemasangan contact form, servis ebook, design blog, email marketing, kerja kerja tugasan seperti microsoft, software dan pelbagai lagi keperluan yang diperlukan oleh pengguna komputer mahupun pengguna internet. Tidak kisahlah korang orang awam, student, internet marketer dan sebagainya. Selagi ada servis yang ditawarkan di Murahnya.my, maka korang bolehlah membeli servis yang ditawarkan. Menarik kan. (more…)

Yahama Nouvo S 110

Minta Pandangan – Bisnes Sewa Motosikal

50

Bisnes Sewa Motosikal – Mungkin idea ni nampak gila dan diluar normal. Buat pengetahuan korang aku mempunyai 3 buah motosikal iaitu Yamaha 135LC dan juga 2 buah Yamaha Nouvo S, satu berwarna merah dan satu lagi berwarna hitam. Aku bercadang untuk menggunakan Yamaha 135 LC untuk kegunaan peribadi dan dua buah motosikal Yamaha Nouvo S yang berkapasiti engine 115cc itu untuk disewakan sahaja kepada orang luar ataupun kepada sesiapa yang berminat.

Kenapa aku terfikir idea ini? Tujuan aku adalah, daripada aku membazir dan membiarkan motosikal aku itu buruk dan dimamah usia siang dan malam, ada baiknya untuk aku membuat untung. Ada ker yang ingin meminjam motosikal untuk dibuat sewa? Bagi aku kalau tidak cuba mana tahu kan. Ada yang mencadangkan aku supaya menjual sahaja motosikal tersebut dari semak kerana banyak motosikal. Aku tidak sependapat dengan beliau, aku lebih memilih kepada memiliki aset bersih (tiada hutang) daripada menjual motosikal tersebut. Duit hasil dari jual motosikal kita akan habiskan tidak sampai sebulan tetapi aset tetap akan berguna sampai bila bila. Itulah pegangan aku.

Yahama Nouvo S

Yamaha Nouvo S

Tidak, aku tidak akan sesekali menjual. Maka kalau ada yang bersetuju aku menyewakan sahaja motosikal tersebut pasti ada yang bertanya. Apakah pasaran dan kehendak kawasan sekitar bukan. Ok begini, kalau korang nak tahu, kawasan yang aku tinggal adalah berdekatakan dengan Politeknik dan juga Universiti UiTM. Dan kawasan rumah pangsapuri aku juga diduduki ramai oleh pelajar samada dari politeknik mahupun uitm dan juga orang awam. Mungkin ramai yang kata ramai anak muda sekarang yang ada motosikal, tetapi bagi aku, masih ramai juga yang tidak bermotosikal. (more…)

MasterChef Indonesia Season 3

Tonton MasterChef Indonesia Season 3

16

MasterChef Indonesia Season 3 – Aku memang suka menonton rancangan memasak dari rancangan MasterChef. Dari sejak MasterChef Malaysia musim pertama hingga ke selebriti musim kedua semuanya aku ikuti tanpa gagal. Tidak tahu kenapa, aku jarang memasak, bukan jenis ke dapur tetapi rancangan memasak seperti ini memang aku minat. Bukan rancangan memasak bersama minyak masak seri murni atau saji tetapi minat kerana “format” rancangan memasak yang dipertandingkan dengan kebolehan individu didalam memasak samada sedap, pantas, pandai, kreatif dan pintar itulah menjadi inti pati kenapa aku suka rancangan masterchef ini.

Kalau korang tahu, oleh kerana faktor bahasa juga menyebabkan aku juga menonton dan mengikuti rancangan Masterchef Indonesia. Aku tidak sempat untuk mengikuti musim pertama tetapi sempat untuk mengikuti sampai habis musim kedua. Kali ini MasterChef Indonesia telah bermula bersiaran untuk musim ketiga iaitu season 3. Tidak sangka ianya secepat ini. Jadi bolehlah aku luangkan masa menonton MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke-2 dan juga MasterChef Indonesia Season 3 dengan sekaligus, hehe.

MasterChef Indonesia Season 3

MasterChef Indonesia Season 3 – image credit to http://www.masterchefindonesia.com/

MasterChef Indonesia Season 3

Ketika artikel ini ditulis, belum ada lagi senarai calon yang berjaya untuk memasuki MasterChef Indonesia ini kerana sekarang baru sahaja bermulanya proses audisi/uji bakat untuk memilih siapakah yang benar benar layak dan berkebolehan didalam memasak dan seterusnya terpilih didalam top 20 nanti. Pada yang mempunyai atau mempu melihat siaran Indonesia bolehlah menonton secara langsung pada Setiap SABTU & MINGGU, Pukul 16.15 WIB di RCTI. (more…)

Go to Top