Harun Yahya Homepage

Download Harun Yahya Pdf Book – Suatu Perkongsian Pembacaan Ilmiah (Khas Maulidur Rasul 2012)

30

Download Harun Yahya Pdf Book – Suatu Perkongsian Pembacaan Ilmiah (Khas Maulidur Rasul 2012)

Selamat malam semua. Sebelum masuk tidur, aku ingin berkongsikan satu hadiah bagi peminat peminat pembaca buku. Mungkin ramai diantara kita yang berminat membaca buku jenis buku sebenar yang menggunakan media kertas. Jika ada yang berminat membaca menggunakan pc atau pun laptop maka entry kali ini sangat berguna. Mungkin ramai sudah tahu atau biasa menggunakan atau membaca apa apa bahan di internet yang menggunakan “media pdf”. Kali ini aku ingin menyebarkan pembacaan yang menggunakan media pdf. Apa itu pdf? Ala yang selalu guna acrobat reader tu la, faham kan? Kalau tak faham boleh google sekarang… :)

Korang pernah dengar Harun Yahya? Kalau tak pernah boleh buka link ini sekarang http://www.harunyahya.com/HarunYahya adalah nama pena dan nama bagi pemilik website tersebut ialah  Adnan Oktar. Beliau seorang berbangsa dan berkenegaraan Turki. Beliau seorang penulis buku yang mengeluarkan banyak bahan bahan bacaan ilmiah. Dari bahan bacaan kanak kanak, bahan bacaan kajian sains, bahan bacaan kajian teori teori hingga kepada bahan bacaan Islamik.

Di laman web beliau terdapat banyak sekali ilmu ilmu kajian yang sangat baik dan menarik untuk kita baca. Apa lagi jom kita melawat website http://www.harunyahya.com/ sekarang juga.

Harun Yahya Homepage

Harun Yahya Homepage

Rasanya sangat perlu bagi kita untuk mengisi minda kita yang kosong sejak meninggalkan bangku sekolah ini dengan ilmu ilmu yang sangat berguna supaya kita menjadi manusia yang bukan “tin kosong”. Penuhkan ilmu didada kita agar kita mampu menyampaikan pada orang lain dan tidak mudah untuk orang lain menipu kita disebabkan ilmu yang kita ada. (more…)

Mee Bandung

Mee Bandung

46

Mee Bandung? Apa yang special? Adakah aku ingin menceritakan tentang resepi mee bandung? Bagaimana pula dengan resepi mee bandung muar? Tidak sama sekali. Atau adakah aku hanya ingin membuat entry yang bersifat seo? Aku hanya ingin mengepos gambar mee bandung sahaja. Tidak lebih dari itu. Tak kan lah mee bandung pon entry seo. Lainlah isu semasa tajuknya Seorang Menteri Tercekik Mee Bandung, kompem SEO lah tuh, hehe.

Sebenarnya aku peminat makanan Mee Bandung. Bukan Bandung Jakarta ok. Ni pasal mee bandung. Aku bukanlah peminat tegar mee bandung, akan tetapi ada sedikit kekecewaan terhadap mee bandung. Bukan tidak bersyukur, akan tetapi selera yang aku idam idamkan nampaknya sedikit tercalar oleh kerana tempat. Bak kata pepatah, Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri, Lebih Baik di Negeri Sendiri.

Mee Bandung

Mee Bandung

Aku orang selatan tetapi berkerja di utara. Mee bandung belah utara ni iaitu lebih tepat lagi di Penang ni kurang meng”awesome” kan diri aku. Hampir empat restoran kedai makan yang aku pergi dan hampir kebanyakkan sama seperti mee bandung seperti gambar diatas. Rasa “mee bandung” memang ada akan tetapi kurang “kick” la.

Nampaknya, bila aku dah rasa dikesemua tempat di penang ni, aku dapati mee bandung di penang ni memang begitu iaitu cair. Kenapa aku katakan cair, lihat sahaja gambar diatas. Kuah mee bandung sangat cair. Mungkin ini cara orang penang. Tetapi tidak seperti di selatan atau lebih tepat lagi di johor. Mee Bandung di johor memang sedap. Bukanlah aku memuji mee bandung selatan lebih sedap akan tetapi bila kita sebut mee bandung sahaja kita akan terbayang “kuahnya yang pekat” hasil dari “kacang tanah”. Memang kuah mee bandung johor diletakkan kacang tanah. Itu sinonim. 

Sebenarnya banyak lagi makanan yang menarik di penang ni malah di penang ni pelbagai aneka makanan dan restoran yang banyak disana sini dengan style yang sangat menarik. Malah boleh dikatakan makanan di penang ni antara yang terbaik walaupun tak best dalam hal “mee bandung” nih, hehehe. Akhir kata dari saya, makanlah makanan yang halal dan terbaik dan bersederhanalah dalam setiap aspek kehidupan.. peace no war…

Penceramah Penceramah Agama di Malaysia

Penceramah Penceramah Agama di Malaysia

59

Hampir kebanyakkan melayu atau orang menganut agama islam di Malaysia pernah mendengarkan ceramah ceramah agama. Kita kalau mendengarkan ceramah selalunya kita akan menggunakan media seperti tv, radio, surau, masjid, kaset, cd dan dvd untuk mendengarkan ceramah. Dan yang terkini media paling aktif dan cepat dalam menyampaikan ceramah adalah melalui youtube. Memang tidak dapat dinafikan youtube memainkan peranan yang sangat aktif dalam memperkenalkan kepada kita penceramah penceramah baru, lama, jauh dan dekat kepada kita.

Secara jujur melalui medium youtube lah aku kenal akan tokoh tokoh penceramah di Malaysia yang begitu ramai sekali. Tanpa youtube aku hanya mengenali penceramah agama melalui televisyen sahaja. Baiklah kita tamat disini sahaja buat pengenalan ….

Sebenarnya aku suka mempelajari sesuatu yang baru dalam agama. Bukan membawa sesuatu yang baru dalam agama, akan tetapi mempelajari agama dari satu tahap ke tahap yang lain. Aku jadi jemu kerana kebanyakkan penceramah hanya menyampaikan benda yang sama berulang ulang. Pemikiran kita hanya ditahap itu sahaja. Tidak dapat dinafikan bahawa ramai orang yang tidak tahu walaupun perkara asas dan aku juga begitu. Akan tetapi menyampaikan ceramah agama dalam “tajuk yang sama” dan berulang ulang hanya menampakkan agama itu pendek sahaja sedangkan agama islam itu luas.

Penceramah Penceramah Agama di Malaysia

Penceramah Penceramah Agama di Malaysia

Keempat empat penceramah mesti korang kenal kan. Dari kiri adalah Ustaz Azhar Idrus, Dr Maza, Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Fathul Bari. Keempat penceramah agama ini semuanya aku dengar akan ceramah mereka. Pendekatan ceramah mereka sangat aku sukai. Pendekatan mereka mampu mengubah minda kita dalam melihat dan memahami agama. Menghilangkan khurafat dan kejumudan dalam pemikiran orang Islam. (more…)

Go to Top