Sejak saya mula perkenalkan pakej online store Malaysia yang murah dan bagus, saya dapat melihat data statistik saya iaitu tentang maklumat pendaftaran menunjukkan ramai orang berminat untuk memiliki kedai online sendiri. Bayangkan seramai hampir 100 orang telah mendaftar sejak 3 bulan saya perkenalkan pakej online store tersebut dan sudah 10 orang yang telah benar benar melanggan pakej berbayar tersebut untuk serius menjalankan bisnes secara online. Dan dari data tersebut, majoriti 100% telah melanggan pelan pakej online store yang paling murah sekali.
Ini menunjukkan ramai rakyat Malaysia mula berminat untuk berniaga di internet. Tetapi buat masa sekarang, mereka berminat untuk mencuba dahulu untuk membina kedai online dengan langganan bulanan yang rendah. Dan selepas menggunakannya, kalau perniagaan online berkembang maju, maka peniaga online ini sanggup untuk melanggan pakej yang lebih tinggi untuk mendapatkan fungsi yang lebih dan setting perniagaan yang tidak terhad.
Pakej Online Store Malaysia Murah Dan Terbaik
Untuk pengetahuan anda, walaupun anda kini melanggan pakej online store Malaysia yang paling murah sekalipun, anda tetap akan mendapat 3 perkara iaitu kedai online (online store) yang utama, memiliki kedai online di media sosial seperti Facebook Store dan juga kedai online di website eCommerce seperti Lazada dan juga 11street jika anda melanggan pakej online store dari Malaysia. Yang luar negara pun ada 3 in 1 juga cumanya akses kedai online eCommerce mereka sedikit berbeza. Itu sahaja.
- Pelan harga pakej online store Malaysia dari Easystore
- Pelan harga pakej online store Malaysia dari Shopify
2 Penyedia Servis eCommerce Store Terbaik Malaysia
- Shopify – Pakej luar negara yang popular juga di Malaysia
- Easystore – Pakej dari Malaysia yang popular dengan tawaran murah
Di atas ini saya kongsikan dengan anda akan 2 sahaja pakej online store yang sesuai kepada anda orang Malaysia. Satu pakej eCommerce store yang memang betul betul dari Malaysia dan satu lagi pakej eCommerce store yang dari luar negara tetapi sudah membuka pejabat mereka di Malaysia untuk peniaga online Malaysia menggunakan servis perkhidmatan pakej online store mereka yang terbaik. Terpulang kepada anda mahu membina kedai online anda dari penyedia pakej eCommerce yang mana. Dua duanya bagus. Klik link di atas, daftar dan kemudian buat bayaran untuk anda memiliki pakej online store Malaysia yang murah dan terbaik ini. Selamat mencuba.
Leave a Reply