Servis produk review – Salam kepada pembaca. Anda mempunyai produk untuk diniagakan secara online? Tetapi tidak tahu cara untuk mempromosikan produk anda melalui blog atau website? Atau anda tidak pandai dan mempunyai masa untuk teknik promosi sebegini? Jika ya, saya dapat membantu anda. Jika anda lihat blog ini, anda akan dapat lihat yang saya hanya menulis dan mempromosikan produk sahaja dan selalu membuat review berkenaan produk. Jadi blog ini memang sesuai dan kena dengan apa yang anda mahukan iaitu pendedahan mengenai produk anda di internet.
Bagaimana produk review dapat membantu mendedahkan produk anda kepada bakal pembeli dan meningkatkan jualan. Sebenarnya tiada janji “pasti” yang produk anda akan ada yang membeli. Perkara ini adalah subjektif. Tetapi melalui teknik produk review di blog ini, kebarangkalian produk anda untuk terpapar dan dijumpai bakal pembeli yang mencari adalah tinggi. Jika mereka mencari apa yang mereka mahukan, dan jumpa produk anda, maka kebarangkalian mereka membeli juga adalah tinggi.

Servis produk review untuk bisnes online anda
Perkhidmatan Menulis Produk Review Malaysia
Katakan produk anda adalah tentang telekung sulam. Saya pun menulis artikel berkenaan kain telekung tersebut. Jika ada pengguna internet yang mencari dan berminat membeli telekung sulam “MUNGKIN” akan menemui artikel yang saya tuliskan. Dan setelah membaca dan memahami, kemungkinan pembaca tersebut berminat atau tidak. Dan jika berminat, mereka akan menghubungi anda untuk pertanyaan lanjut atau terus ingin membeli telekung tersebut. Anda jelas?
Begitulah caranya bagaimana produk review dapat sedikit sebanyak membantu meningkatkan bisnes anda. TETAPI anda kena maklum yang produk review tidak menjanjikan yang bisnes anda pasti meningkat. Ianya adalah termasuk dalam kos dan usaha untuk mempromosikan bisnes sahaja. Soal berjaya atau tidak adalah soal yang berbeza. Harap anda makluam. Di bawah ini adalah kriteria sekiranya anda mahu saya tulis artikel berkenaan bisnes anda iaitu
- Produk anda bukan produk MLM
- Mesti bisnes perniagaan yang sebenar
- Mesti berikan info lengkap yang diperlukan termasuk gambar
- Hanya yang saya “setuju” sahaja yang akan saya terima (bukan semua)
- Kos bayaran menulis artikel produk review di blog ini minima RM200 untuk 1 artikel
Secara asasnya, jika anda mahu saya menulis artikel produk review tentang bisnes perniagaan anda, maka itulah kriteria yang perlu anda fahamkan. Anda perlulah membuat bayaran terlebih dahulu. Dan kemudian barulah saya akan memulakan kerja saya. Dan selepas siap saya akan beritahu anda. Itulah proses prosesnya. Mudah sahaja. Kalau anda berminat mendapatkan khidmat saya, sila hubungi saya melalui info di bawah ini. Selamat bekerjasama.
Leave a Reply