Posts tagged ANNOUNCEMENT
Kempen Hias Laman Web Dan Blog Sempena Merdeka ke 54
41Assalamualaikum dan selamat pagi. Kawan kawan ader pernah dengar tak pasal kempen sempena bulan kemerdekaan ni. Kempen hias laman web/blog ini dianjurkan oleh utusan. Kempen ini adalah kempen menghias web/blog “Jalur Gemilang dengan cara paling kreatif bagi menggambarkan kemeriahan sambutan Bulan Kemerdekaan Ogos dan September ini“.
Hiasi laman web/blog anda dan menangi hadiah wang tunai berjumlah RM7,500.
Setiap laman web/blog yang mahu dipertandingkan mesti dihiasi dengan logo rasmi kempen dan bendera Jalur Gemilang.
Rakam foto laman web/blog anda dengan menggunakan kaedah “screenshot” dan hantar kepada kami untuk dinilai.
Laman web/blog yang paling kreatif serta menarik akan memenangi hadiah berupa:
Hadiah pertama: Wang tunai sebanyak RM3,000
Hadiah kedua: Wang tunai sebanyak RM2,000
Hadiah ketiga; Wang tunai sebanyak RM1,000
Hadiah saguhati: Wang tunai sebanyak RM300 untuk tiga pemenang
- Untuk maklumat lanjut boleh lah melayari
- . Aku join dah, korang bila lagi….
- Kalau nak tahu samada kita telah berjaya hantar permohonan atau tidak boleh
Israk Mikraj 2011
19Salam semua. Hari ni saya akan menulis artikel akan peristiwa Israk Mikraj sempena jatuhnya peristiwa itu pada 29 Jun 2011 iaitu 27 Rejab 1432H. Bulan rejab akan menutup tirai tidak lama lagi. Hatta kita sebagai manusia kekadang lupa akan sesuatu peristiwa. Sama sama la kita mengingati satu sama lain.

Hari ni saya tidak akan menulis panjang, cukup setakat poin poin yang perlu kita ketahui selaku umat islam iaitu apa itu Isra’ Mikraj. Dibawah ini saya akan meletakkan poin poin pengertian Isra’ Mikraj :
1. Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis Palestin. Peristiwa ini ada terakam di dalam Al-Quran.
Firman Allah Taala bermaksud:
Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah al-Israa: ayat 1)
2. Sementara itu Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Aqsa ke Sidrat al-Muntaha di langit ketujuh dekat singgahsana Allah Taala sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar. (Surah an-Najm: ayat 13-18)
Ada banyak peristiwa yang belaku disebalik peristiwa isra mikraj ini dan yang paling utama peristiwa di “Fardukan Solat Lima Waktu” terhadap kaum muslimin. Jadi kepada yang tidak tahu bila solat difardukan maka Isra Mikraj lah yang membawa kepada fardunya solat lima waktu.
Selamat Membaca
First Time Ever – Visitor Gila Gila
41
Salam semua. Hari wan nak strory pasal “First Time Ever – Visitor Gila Gila”. Hehe. Pada pukul 4 pagi 17/6/2011, wan ada membuka akaun nuffnang untuk tengok visitor statistik. Serius terkejut bila tengok pertama kali sejak berblogging statistik visitor memcecah 3511 unic viewer. Sebelum ni selalunyer dalam 50 – 150 jer, maklum lah blog picisan biasa jer hehe. Pelik jugak kenapa tetiba dia naik mendadak macam ni. Check punya check baru wan tau yang visitor reramai ni datang nyer dari entry wan yang bertajuk Lunar Eclipse – Gerhana Bulan 2011. Lihat gambarajah dibawah ni untuk lihat entry wan yg telah hit 3511 hits,
Lihat, untuk entry gerhana bulan 2011 sahaja sudah mampu tarik traffic sebanyak itu. Wan pon ader rasa pelik, sebab tak kan tajuk seperti ini ramai yang click dan tentunya ramai lagi blogger yang buat tajuk yang sama dan ternyata entry ni datangnyer dari google search engine. Lihat gambar dibawah.
Nah, ternyata apabila orang luar sana menaip perkataan “gerhana bulan 2011″ google telah meletakkan laman web wan diatas sekali dalam engine carian, ni la sebab utama tetiba visitor statistik tiba tiba jadi gila gila naik, hehe. Dan pengajaran yang wan ambil dari kes ini adalah, kita atau sesiapa saja mampu menarik visitor kedalam blog kita kalau kita pandai menggunakan ” isu berita berita semasa, penggunakan keyword yang betul, penggunaan meta keyword yg baik, SEO setting yang baik, dan ntah aper erk”, hehe. Rasanya dia lebih kepada mesra SEO untuk berada dalam senarai page google yang pertama. Selamat Membaca ……
Psst : Pukul 7 pagi tadi check dah jatuh no 2 kat page google, hehe




