Posts tagged branding my blog
Kepentingan Penjenamaan Blog dan Subdomain
46Kepentingan Penjenamaan Blog dan Subdomain. Apakah tujuan kita membuat blog? Kerana duit, hobi, sharing, bisnes atau apa apa. Pada aku, permulaan blog yang aku bina pada mulanya ianya sebuah hobi. Dah lama sangat nak buat blog sendiri. Masa dahulu tak tahu macam mana nak “online” kan blog. Yang aku tahu hanya membuat blog sendiri “full customize” yang berbentuk OFFLINE. Blog lama ini yang berbentuk offline inilah salah satu blog yang aku buat dahulu sejak maza zaman universiti lagi. Aku langsung tak faham macam mana nak onlinekan blog, kelakar pula masa tu.
Aku masih lagi teringat sewaktu aku tergesa gesa nak letak nama domain blog aku ni. Korang boleh baca kisah asal usul nama blog ini terjadi link diatas. Setelah selesai nama blog dipilih, bermulalah era untuk menulis artikel dan post/entry diblog ini. Benar seperti yang dikata, apabila kita masih baru didalam dunia blog, kita akan menghadapi fenomena TAK TAHU NAK TULIS APA. Nak copy paste rasa malas. Nak menaip lagi lah malas. Bila dah menaip entry, pendek pula idea dan pendek pula karangannya. Macam macam masalah..

branding my blog
Walaupun penuh dengan dugaan, aku teruskan juga menulis blog, lama kelamaan aku mula mendapat rentak didalam menulis. Penulisan aku mula tersusun dan susun atur blog mula aku ambil berat. Image dan gambar gambar didalam blog aku ini mula aku buat piawaian sendiri iaitu bersaiz 550x??? untuk menjadikannya lebih seragam dan cantik. (more…)
