Posts tagged Campaign
Kempen Hias Laman Web Dan Blog Sempena Merdeka ke 54
41Assalamualaikum dan selamat pagi. Kawan kawan ader pernah dengar tak pasal kempen sempena bulan kemerdekaan ni. Kempen hias laman web/blog ini dianjurkan oleh utusan. Kempen ini adalah kempen menghias web/blog “Jalur Gemilang dengan cara paling kreatif bagi menggambarkan kemeriahan sambutan Bulan Kemerdekaan Ogos dan September ini“.
Hiasi laman web/blog anda dan menangi hadiah wang tunai berjumlah RM7,500.
Setiap laman web/blog yang mahu dipertandingkan mesti dihiasi dengan logo rasmi kempen dan bendera Jalur Gemilang.
Rakam foto laman web/blog anda dengan menggunakan kaedah “screenshot” dan hantar kepada kami untuk dinilai.
Laman web/blog yang paling kreatif serta menarik akan memenangi hadiah berupa:
Hadiah pertama: Wang tunai sebanyak RM3,000
Hadiah kedua: Wang tunai sebanyak RM2,000
Hadiah ketiga; Wang tunai sebanyak RM1,000
Hadiah saguhati: Wang tunai sebanyak RM300 untuk tiga pemenang
- Untuk maklumat lanjut boleh lah melayari
- . Aku join dah, korang bila lagi….
- Kalau nak tahu samada kita telah berjaya hantar permohonan atau tidak boleh
Biar Orang Cina Pimpin Islam
39Sempena kempen Sebulan Sebuah Buku yang saya jalan kan sebelum ini akan diteruskan lebih lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Buku yang saya pilih untuk bulan Ramadhan tahun ini adalah buku Tulisan Ann Wan Seng. Beliau seorang mualaf dan seorang yang terpelajar telah menghasilkan sebuah buku bertajuk “Biar Orang Cina Pimpin Islam”. Beliau telah mengeluarkan banyak buku buku yang bermutu. Kalau untuk mengenali beliau secara terperinci boleh jer pergi melayan video di youtube. Buku ni saya pilih berdasarkan corak ilmiah yang berlainan daripada apa yang kita selalu baca. Buku ini mempunyai kritik dan kritis yang amat baik. Secara jujurnya setelah membaca buku ini kita akan melihat bangsa cina dari prospek yang berlainan dan postitif dan saya boleh katakan yang saya sangat bersetuju apa yang dikatakan dan apa yang dicoretkan dalam buku ini. Kalau nak lebih tahu apa yang diceritakan dalam buku ini korang boleh la pergi ker kedai “Popular” di pasaraya berdekatan dengan harga RM15 sahaja dan mempunyai 130 muka surat. Membaca buku mampu menambah ilmu pengetahuan lebih lebih lagi pada yang dah tak sekolah, otak dah karat, apa kata baca buku macam nih daripada baca majalah hiburan jer, hehehehe.
Antara buku-buku yang telah saya kempenkan sebelum ini…
1. Nota Jutawan Nota Motivasi – Irfan Khairi
2. Yakjuj & Makjuj – Bencana Disebalik Gunung
Perodua Tweckbot
16Sempena Nuffnang sedang memberikan hadiah raya a.k.a “buffer earning” – Perodua Tweckbot SS kepada aku, hari ni aku nak buat sedikit post berkenaan Perodua Tweckbot. Apa itu Perodua Tweckbot. Aku pon tak tau, hehe. Sempena pembacaan aku Perodua Tweckbot ni adalah program servis pemeriksaan 15 poin poin keselamatan terhadap kereta perodua dan ini adalah percuma dengan hanya follow tweeter @MyPerodua.
Tak jelas, meh sini abg wan jelaskan, cara Tweckbot ni berfungsi adalah dengan men tweetkan posisi diorang (perodua) dan korang akan retweet kembali dengan cara beritahu posisi korang jika berdekatan dengan pihak perodua dan mereka akan datang kepada korang untuk melakukan servis pemeriksaan 15 poin itu tadi. Program ni sangat baik terutama pada bulan bulan nak raya ni kan. Ape pon korang follow la dulu tweeter @MyPerodua nih. Bagus untuk mengurangkan kemalangan sempena Rayaaa..



