Kematian Gaddafi telah memenuhi ruang akhbar tempatan mahupun luar negara. Kematian sang “diktator” yang dijaja disana sini untuk menggambarkan bahawa gaddafi seorang yang jahat. Kadangkala aku keliru, bahawa kita mudah sangat mengingati kejahatan seseorang berbanding kebaikkan yang dibawa oleh seseorang.

Pernahkah kita terfikir, perbuatan “seseorang” kadangkala disebabkan sesuatu. Mudah bagi kita untuk mengutuk sesuatu berbanding memberikan jawapan penyelesaian sesuatu masalah. Tidaklah mulia perbuatan kita untuk menghentam seseorang tatkala kita tidak mengetahui dahulu akan sebab perbuatan mereka.

Gaddafi before his death video

Cukup menyayat hati tatkala tawanan perang diperlakuan sebegitu. Mangsa telah pun meninggal dunia. Sejahat mana pun seseorang itu dimata kita, tidak sepatutnya mengambil nyawa seseorang tanpa kita berikan dahulu keadilan dan pengadilan yang baik bagi mangsa.

Kadangkala aku terfikir, apakah kita menghukum seseorang itu membuktikan kita lebih baik dari orang yang dihukum. Kemungkinan besar orang yang dihukum telah insaf berbanding kita yang menghukum. Revolusi kadangkala mendatangkan kebaikkan, kadangkala memberi impak yang buruk seperti berlakunya perang saudara. Berbunuhan sesama sendiri.

Masyarakat “luar” bertepuk tangan secara “tersirat” menyaksikan “program” yang mereka inginkan telah dijalankan oleh tangan rakyat revolusi itu sendiri dan menangis berpura pura seakan tidak menyetujui apa yang berlaku, Sedarlah musuh kita yang sebenar ialah kita sendiri.

Apa yang aku ingin sampaikan adalah, kita sepatutnya berfikir diluar kotak keselesaan kita. Bacalah dengan mata hati bukan kanta mata