Posts tagged Google Adsense Earnings Hari ini 2012
Google Adsense Earnings – September 2012
57Ini adalah post aku yang ketiga untuk melampirkan laporan hasil dan pendapatan dari Google Adsense sejak aku mula aktif dan serius menggunakannya pada bulan 3 iaitu March tahun ini 2012. Masa aku mula mula pakai serius aku sebenarnya agak hampa, sebab, dah la tidak faham macam mana aku ingin meningkatkan earning google adsense dan ditambah lagi dengan statistik harian google adsense yang macam segan segan nak naik. Manakan tidak, boleh dikatakan pendapatan harian google adsense masa mula mula pakai bernilai “SEN” sahaja secara harian.
Korang kalau lihat setiap hari hanya naik “SEN” sahaja mesti rasa tension kan. Akan tetapi secara jujur aku katakan, walaupun nilai harian hanya sen, akan tetapi ada nilailah jugak daripada menggunakan Nuffnang yang hanya menunggu buffered earning dan juga klik. Tanpa klik dan juga tanpa BE apalah yang Nuffnang mampu beri.

Google Adsense Earnings – September 2012
Tetapi sejak memasuki bulan ketiga dan seterusnya, aku dapati pendapatan earning dari google adsense naik dengan ketara dan significant dari bulan ke bulan. Sejak memakai google adsense pada bulan march, baru dua kali sahaja aku membuat post mengenai earning google adsense iaitu earning June dan juga earning August. Korang boleh baca entry aku sebelum ini untuk melihat earning 2 bulan yang aku dapat sebelum ini dan bandingkan dengan bulan ini.
Untuk akhir bulan ini, earning google adsense september 2012 kali ini meningkat lagi. Ianya sesuatu yang baik bagi aku. Serius aku gembira dengan perkembangan ini. Manakan tidak, aku rasakan seperti tidak mustahil yang suatu hari nanti target aku untuk mencapai earning google adsense sebanyak USD100 sebulan akan tercapai. Buat masa sekarang masih lagi belum mencapai target itu. Akan tetapi aku akan cuba usahakan.
Jika korang lihat berdasarkan gambar diatas, untuk earning google adsense september 2012 akhir bulan ini adalah sebanyak USD70 bersamaan Ringgit Malaysia RM210. Alhamdulilah bulan ni dapat RM210 dari hasil blogging. Terima kasih google. Dua minggu lepas dapat tawaran RM150 dari google untuk menggunakan google adword secara percuma. Tapi malang sebab aku jarang buka gmail untuk melihat apa apa email dari pihak google. Pada sesiapa yang menggunakan google adsense gunalah dengan sebaiknya. Untuk menambah sedikit ilmu tentang adsense boleh lah membaca disini Ad Review Center Google Adsense dan disini Cara Tunaikan Google Adsense Melalui Western Union. #**PSSSSTTTT – Sapa nak bagi sebulan RM210 oiiiiii….


