Posts tagged Hari Raya
First Post in Syawal
40Seminggu lamanya aku tak online. rangking alexa bukan memburuk malah makin baik. Pelik oh pelik. Berita baik tuh. Dan seminggu lamanya laptop aku ni tak online. Cuti seminggu dan menyambut bulan syawal. Hari raya aidil fitri kembali lagi.

Penulis
Walau cuti seminggu, hari tetap terasa begitu cepat dan pantas. Aku kembali lagi ker penang dari johor untuk sambung kerjaya sebagai pekerja dan blogger. Alhamdulillah raya kali ini aman damai dan penuh kegembiraan. Walau banyak duit dihabiskan tetapi puas hati tatkala duit disalurkan ketempat yang betul. Aku tak nak bercerita panjang, hanya ingin menggamit sedikit memori semasa raya pertama.

Institut Latihan TUDM Ipoh Perak
Diatas adalah gambar famili aku semasa raya pertama. Kami sekeluarga bergerak pagi dan sampai pada pukul 11 pagi di Institut Latihan TUDM Ipoh Perak. Adik aku yang ketiga berjaya memasuki akademi TUDM. Tahniah buat beliau. Kasihan kepada dia tidak dapat berhari raya dikampung, maka kami sekeluarga berkunjung ker sana. Training TUDM dalam masa 6 bulan. Maybe bulan 11 @ 12 tamat latihan di dibenarkan pulang untuk bercuti selama dua minggu. Satu kebanggaan bagi kami sekeluarga. Sepanjang hari cuti sempena raya aku ader beberapa misi nak dijalankan. Nantikan post a.k.a entry yang akan datang… ok bye…. ![]()

