Posts tagged interview skills

interview temuduga kerja

Tips Temuduga Interview Kerja dan Contoh Resume

36

Mencari peluang kerja selepas tamat pengajian dari peringkat selepas diploma dan juga selepas peringkat ijazah (degree) memang memenatkan. Untuk bahagian pekerjaan sektor swasta (private sector) seperti kilang kilang memang memerlukan satu kombinasi skill yang baik bagi menghadapi temuduga kerja. Persiapan awal adalah satu kunci utama bagi kejayaan mana mana proses mencari peluang pekerjaan. Apakah persediaan awal itu?

Persediaan awal tersebut adalah dari segi mental, fizikal dan juga material. Dari segi mental pula adalah digalakkan para pencari kerja yang ingin mendapatkan interview temuduga kerja haruslah mengetahui paling kurang sedikit sebanyak akan latar belakang syarikat yang dipohon itu. Adalah suatu yang memalukan apabila mendapat tawaran temuduga kerja dan ditanya soalan perihal syarikat tersebut terlibat didalam bisnes apa dan kita tidak mampu menjawab soalan semudah itu. Jangan lah kita gagal hanya kerana benda kecil seperti ini.

Bagi fresh graduate ada sebaiknya mengulangkaji sedikit sebanyak pelajaran “UTAMA” yang kita belajar dahulu. Ada sesetengah syarikat suka membuat soalan peperiksaan dahulu barulah proses interview dimulakan. Senang cerita, study apa yang patut sebelum menghadiri interview temuduga kerja.

interview temuduga kerja

interview temuduga kerja

Persediaan fizikal adalah amat penting selepas mental. Seeloknya duduklah dengan gaya postur badan yang tegak, kelihatan cergas dengan tidur awal dan juga berpakaian kemas. Jangan malu untuk berpakaian baju kemeja, bertali leher dan juga berseluar slack hitam. Gaya ala ala korporat. Ingatlah, proses interview kerja hanya sekali dan dengan berpenampilan menarik dan kemas mampu membuat para penemuduga aitu interviewer berpendapat positif terhadap pemohon kerja. (more…)

Contoh Resume - Page 1 and Page 2

Contoh Resume dan Pengalaman Interview Kerja

93

Salam sejahtera kepada semua pelawat wanwidget.com. Kali ini aku ingin bercerita mengenai contoh resume atau panduan menulis resume atau cara cara membuat resume kerja dan yang sama waktu dengannya dan juga Pengalaman Interview Kerja. Pengalaman interview kerja pula akan aku kongsikan soalan soalan temuduga kerja dan tips tips berjaya dalam interview kerja. Apa yang aku ingin kongsikana bukan lah kaedah dan tips yang terbaik yang aku pelajari dan ingin dikongsikan kepada semua akan tetapi sejarah dan pengalaman aku sebagai perkerja swasta yang banyak kali berpengalaman dalam membuat Resume dan menghadapi Interview Kerja.

Aku adalah perkerja swasta disyarikat besar elektronik di Penang. Sangat sayang untuk aku tinggalkan syarikat ini sekarang disebabkan suasana kerja yang flexible dan sangat selesa. Kenapa aku katakan flexible, ini adalah kerana aku berkerja hanya 15 hari sahaja dalam sebulan dan 15 hari yang lain aku boleh tidak hadir atau hadir dengan claim OT (overtime). Dan kenapa aku katakan selesa, ini adalah kerana aku kerja duduk 24jam dibawah aircond dan seorang perkerja satu PC dan capaian internet 24jam. Sambil kerja sambil berinternet, hehehe. Kalau kerja malam pula, sambil buat kerja sambil layan movie dan lagu di youtube. Tak ker heaven tuh, hehehehe. Kepada yang tercari cari kerja pasti mahukan contoh resume lagi lagi Contoh Resume Bahasa Melayu yang sangat dicari sekarang.

interview - image is taken from google

interview – image is taken from google

Eh apa aku melalut nih. Ok. Sebenarnya pertama kali untuk aku mulakan kerja dan ingin membuat resume aku memang zero la masa tuh. Aku mencari cari panduan Contoh Resume Terbaru di internet dan meminta bantuan kawan yang sudah berkerja untuk diambil cara dan teknik teknik membuat resume. Setelah kaji dan buat sana sini, apa yang aku lihat adalah, cara cara untuk membuat Contoh Resume Lengkap ada sangat banyak dan sebenarnya sangatlah mudah.

(more…)

Go to Top