Posts tagged karenah birokrasi

SAPS - Semak Slip Peperiksaan Pelajar

SAPS – Semak Slip Peperiksaan Pelajar dan Takwim Peperiksaan 2012

26

SAPS – Semak Slip Peperiksaan Pelajar dan Takwim Peperiksaan 2012. Rasanya ramai yang sudah menulis mengenai entry ini. Lambat betul aku untuk menyedari yang entry ni sudah berlalu. Tapi tidak mengapa kerana menyebarkan sesuatu yang berguna itu perlu dan baik untuk orang ramai. Ok. Kepada sesiap yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak yang bersekolah. Disini kementerian ada melaksanakan satu program yang sangat baik bagi memperbaiki sistem pentadbiran sekolah rendah dan menengah.

Apakah program itu, program itu adalah program SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah) yang bertujuan untuk memasukkan data data pelajar iaitu slip peperiksaan pelajar kedalam online sistem. Dengan adanya sistem ini, ibu bapa dengan mudah dapat mengakses dan menyemak slip peperiksaan pelajar iaitu anak mereka dengan mudah. Aku sangat setuju program program peningkatan mutu seperti ini supaya memudahkan dan melancarkan karenah birokrasi yang berlaku sebelum ini

Kepada ibu bapa yang ingin menyemak slip peperiksaan pelajar boleh berbuat demikian disini http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

SAPS - Semak Slip Peperiksaan Pelajar

SAPS - Semak Slip Peperiksaan Pelajar

Disebabkan sistem ini masih baru, hanya slip peperiksaan tahun 2011 dan 2012 sahaja yang boleh dilihat. Tetapi tidak tahulah kalau dimasa akan datang slip peperiksaan yang sebelum sebelum ini dapat dicapai nanti.  (more…)

Kebebasan | Erti dan Fakta

52

Apakah erti kebebasan bagi kita? Apakah kita perlukan kebebasan? Kalau perlu, bentuk kebebasan apakah yang kita perlukan. Kebebasan yang aku ingin coretkan adalah kebebasan dalam episod “negara”. Aku ada buat sedikit kajian dan kajian yang aku dapati didalam wikipedia menunjukkan erti dan fakta bagi kebebasan. Kebebasan yang telah dibahagi kepada beberapa bahagian.

Kebebasan disini diletakkan dalam kebebasan “Freedom House”, “Kebebasan Ekonomi”, “Kebebasan Akhbar” dan “Index Demokrasi”… Freedom House aku tak beberapa faham akan maksud yang sebenar. Apakah ia bermaksud kebebasan dalam membeli rumah atau apa? Siapa faham boleh tolong aku huraikan yer…

CountryFreedom House 2011Economic Freedom 2011Press Freedom 2010Democracy Index 2010
 Cambodianot freemostly not freenoticeable problemshybrid regime
 China, People’s Republic ofnot freemostly not freedifficult situationauthoritarian
 Democratic People’s Republic of Koreanot freerepressedvery serious situationauthoritarian
 Indiafree*mostly not freesatisfactory situationflawed democracy
 Indonesiafree*mostly unfreenoticeable problemsflawed democracy
 Japanfree*mostly freesatisfactory situationfull democracy
 Korea, Southfree*moderately freesatisfactory situationfull democracy
 Malaysiapartly freemoderately freedifficult situationflawed democracy
 Myanmar (Burma)not freerepressedvery serious situationauthoritarian
 Philippinespartly free*mostly not freedifficult situationflawed democracy
 Russianot freemostly not freedifficult situationhybrid regime
 Singaporepartly freefreedifficult situationhybrid regime
 Taiwan (Republic of China)free*mostly freesatisfactory situationflawed democracy
 Thailandpartly freemoderately freedifficult situationflawed democracy
 Turkeypartly free*moderately freedifficult situationhybrid regime
 United Kingdomfree*mostly freesatisfactory situationfull democracy
 United Statesfree*mostly freesatisfactory situationfull democracy
 Vietnamnot freemostly not freevery serious situationauthoritarian

Kebebasan Ekonomi : Disini ada beberapa dari kita yang menyokong kebebasan ekonomi dan ada yang tidak. Gambar rajah diatas menunjukkan secara umum nya kebebasan ekonomi di Malaysia dikira baik. Yep dan aku setuju kebebasan di Malaysia agak baik. Harap kerajaan dapat mengurangkan karenah birokrasi dalam apa segala hal dalam urusan ekonomi. Menarik pelabur luar itu baik tetapi kebergantungan terhadap pelabur asing yang tinggi sangat tidak baik bagi negara..

Kebebasan Akhbar : Gambarajah diatas menunjukkan Malaysia tersenarai dalam negara “situasi sukar”. Menurut pandangan aku akhbar dimalaysia masih lagi tidak bebas sebebasnya. Walaubagaimanapun kebanyakkan akhbar adalah baik. Bagi aku kita tidak boleh menyalahkan keseluruhan akhbar itu jika kita tidak setuju akan beberapa artikel yang dikeluarkan. Mana yang tidak elok kita pulihkan bukan “membakar” kesemuanya..

Index Demokrasi : Gambar rajah diatas menunjukkam index demokrasi di Malaysia adalah “flawed democracy” iaitu tidak sepenuhnya demokrasi. Bagi pendapat aku kita memang tidak sepenuhnya demokrasi kerana demokrasi di Malaysia dibina untuk kesesuaian terhadap budaya timur kita. Kita tidak sebebasnya seperti Amerika kerana kita di Malaysia terpaksa berdepan dengan bermacam macam halangan. Malah kebebasan yang penuh jika diberikan sangat tidak sesuai untuk dipraktikkan di Malaysia.

Kebebasan, erti demokrasi, erti dan fakta kebebasan, erti dan fakta demokrasi, erti kebebasan, Kebebasan Ekonomi, Kebebasan Akhbar, Index Demokrasi, karenah birokrasi, budaya timur, kebebasan yang sebenar

Erti kebebasan bagi aku adalah, kita sebagai manusia mempunyai hak hak yang perlu kita dapat. Hak tempat tinggal, hak untuk berkerja, hak untuk makan, hak untuk membeli dan juga hak hak untuk bersuara. Dalam kita memperjuangkan kebebasan yang kita mahukan, janganlah kita lupa setiap hak hak yang kita inginkan itu tetap ada limit dan batasan. Kebebasan itu ada had nya. Kebebasan yang tiada batas hanya akan mencederakan kita dan menyusahkan kita suatu hari nanti. Kebebasan yang mempunyai batasan itu adalah kebebasan yang bersifat “sederhana” yang mampu mendorong kita dalam membentuk manusia yang baik..

Bagi aku kebebasan yang sebenar adalah apabila aku tidak lagi terikat dengan sesuatu yang bathil yang bersifat menipu dan aku diikat dengan sesuatu yang jelas lagi nyata dan tiada keraguan lagi dalam apa yang aku pegang, itulah erti kebebasan sebenar…… :)

Go to Top