Posts tagged Malaysia

Street Dawah

Street Dakwah di Malaysia

29

Sesetengah dari korang yang jenis layan islamic video kat youtube pasti menemui beberapa video islamic dinegara barat yang aktif menjalankan dakwah dengan kaedah dijalan jalan mahupun ditempat tumpuan orang ramai. Bila lihat dan tonton video sebegitu, aku merasakan pertama kali aku lihat jenis dakwah yang sebegini tetapi sangat baik dan praktikal. Manakan tidak, dengan menjelaskan serba ringkas tanpa menekan mana mana individu mampu mendorong orang awam yang berlainan agama untuk mengetahui lebih lanjut tentang agama tanpa malu dan segan. Bak kata pepatah “orang tidur disorongkan bantal”, begitulah yang terjadi pada orang ramai yang memang mencari dan tertanya tanya tentang agama.

Kita kat Malaysia ni susah nak tengok orang sembahyang kat mana mana seperti ditempat awam mahupun dibahu bahu jalan. Kalau time hari raya seperti di mesir, mereka mengadakan sembahyang secara berjemaah dengan melakukannya di tempat tempat terbuka dan tempat awam yang mempunyai sebuah kawasan lapang yang luas. Aku sendiri pernah mengalami pengalaman seperti itu dengan sembahyang berjemaah dipadang sekolah secara beramai ramai. Serius dapat rasa satu kelainan yang tak pernah digambarkan. Dengan berbumbungkan langit, persekiratan terbuka, udara sejuk dan keheningan malam memang terasa khusuk dan fokus bila bersembahyang.

Street Dawah

Street Dawah – image credit to https://www.facebook.com/StreetDawahAustralia

Tak sangka rupanya di Malaysia pin dah ada program sebegini seperti yang dilakukan dinegara negara barat. Mungkin sebelum ini sudah ada tetapi pendedahan kepada orang ramai sangat minimum hinggakan aku tidak tahu ianya sudah dijalankan sebelum ini. Buka “booth” dilaluan utama orang ramai. Menyediakan buku buku percuma dan mambawa ahli dakwah yang mampu menyampaikan penerangan dengan jelas, ringkas dan padat dan juga mampu melawan hujah dengan kaedah yang betul dan sederhana. Mungkin Ahmad Deedat Book salah sebuah buku yang sesuai untuk dibaca. (more…)

Malaysian Arcade Games

Arcade Games Malaysia

22

Selamat petang. Kali ni aku nak ber-story berkenaan games. Korang pernah bermain games? Games PC? Game Laptop? Games Handphone? Atau game Tablet? Bagaimana dengan game Arked iaitu yang dikenali dengan Arcade Games? Aku kenal mesin arked games ni sejak dizaman bangku sekolah lagi. Siapa yang lahir pada tahun 80′an pasti mengimbau zaman ini kan. Waktu inilah Malaysia dilanda demam zaman mesin permainan arked ini.

Ingat lagi aku pada waktu zaman persekolahan masa dulu. Semasa puncak popular waktu dulu, kes kes mesin permainan arked ini agak panas dan sensitif. Kenapa aku katakan begitu? Pada waktu itu pusat pusat sebegini dipandang agak “negatif”. Aku pun tak salahkan masyarakat akan pandangan sebegitu pada waktu itu. Memang patut pun. Manakan tidak, budak budak sekolah berpeleseran dipusat ini, dengan baju sekolah compang camping, hisap rokok, gang beramai ramai, gejala gangster, gejala ponteng sekolah memang salah satunya berasal dari tempat ini.

Malaysian Arcade Games

Malaysian Arcade Games

Kini zaman berubah, kini tempat permainan sebegini tidak lagi memberi kesan besar penyumbang gejala negatif walaupun masih berlaku. Tempat sebegini sekarang ianya hanyalah tempat berhibur sekali sekala bagi menghabiskan masa terluang, membuang masa seketika tatkala menunggu menonton movie pawagam dan juga untuk anak kecil bermain seketika ketika ibu bapa sibuk berbelanja dipasaraya. Aku lihat sekarang tidak lagi dipenuhi orang ramai mahupun warga warga muda. Tiada lagi wajah wajah yang “fanatik” bermain games disana.

Memang betullah, apabila masa berlalu, zaman berubah, teknologi berubah, maka sikap masyarakat pon berubah. dengan lambakkan gadget phone terbaru, tablet disana sini, maka minat terhadap pusat sebegini menjadi kurang dan hasilnya ia seperti melepas batuk ditangga untuk sesekali membuang masa seketika ketika berjalan jalan dipasaraya. Kadang kadang perubahan masa ada yang bawa kebaikkan dan kadang kadang ada yang bawa keburukkan. Terpulang pada individu untuk menilai dan melaluinya kemana mereka ingin membawa diri mereka. Apa apa pun jangan leka dengan dunia dan jadilah insan yang berguna untuk agama, masyarakat dan negara. Peace…..

Najwa Latif – Cinta Muka Buku (muzik-muzik 2011)

35

Sejak fenomena youtube melanda dunia, aku lihat banyak betul video video yang diupload ker youtube. Tak kurang kepada yang cuba menonjolkan bakat dalam apa sahaja bidang dan kemudian diupload kepada youtube. Ada yang buat secara serius dan ada yang juga buat secara suka suka, paksa rela tak der, hehe.

Aper yang aku nak cerita kali ni adalah membabitkan industri nyanyian dinegara kita. Mungkin ader yang sedar atau tidak negara kita mula mengorak langkah dengan pengambilan bakat baru dari program realiti tv. Macam macam pertandingan. Tetapi yang terbaru adalah pengambilan bakat nyanyian yang diambil dari youtube. Ya youtube!. Video diatas adalah Najwa Latif yang berjaya masuk ker pertandingan musik musik dan dia adalah bakat yang diambil dari youtube. Mungkin hanya suka suka atau hobi malah jadi rezeki apabila ada syarikat rakaman yang inginkan dia menyanyi di pentas yang lebih ternama. Dan Yuna juga salah seorang bakat yang diambil dari youtube. Kalau nak jadi penyanyi aku tengok dah senang sekarang, janji nyanyi sedap dan ada bakat. Akhir dari ini, korang layan la lagu tu ok….

Go to Top