Posts tagged Personal

Tip Menabung Cara Malas

Tip Menabung

93

Tip Menabung? Sebenarnya aku tiada pon tip tip menabung hebat atau masterpiece dalam bidang nih mahupun konsaltan sebagai cara cara menabung yang baik. Apa yang ingin aku kongsikan adalah pengalaman aku menjadikan menabung sebagai hobi.

Tip Menabung Secara Malas

Tip Menabung Cara Malas

Tip Menabung Cara Malas

Gambar diatas adalah gambar sebenar duit syiling kepunyaan aku. Korang rasa agak agak berapa jumlah duit syiling aku tuh. Setakat ni aku dah dua kali aku berjaya tukar duit syiling dengan wang kertas di bank. Duit syiling diatas adalah duit syiling yang ketiga akan aku tukarkan dengan wang kertas dibank. Ikut pengalaman aku duit syiling diatas mungkin berharga RM300 nett.

Cara aku mengimpan mudah. Mesti korang susah kan nak mulakan menabung. Korang boleh ikut menabung cara malas macam aku ni. Caranya adalah, setiap kali korang berbelanja, korang mestilah menggunakan wang kertas 100%. Tak kira berapa ringgit pon, korang mesti guna wang kertas 100%. Duit baki yang syiling yang korang dapat tu korang jangan guna langsung, korang letakkan duit syiling baki itu di satu tempat yang korang suka campak. Kira tempat yang korang mudah nak campak duit syiling. Maybe korang campak jer duit syiling kat atas meja dibilik korang. Setiap kali belanja ja guna wang kertas, dan setiap kali dapat duit syiling korang campakkan jer terus atas meja tu. Bila dah selalu buat macam tu korang akan perasan duit syiling korang secara tidak sengaja bertambah banyak. dan biarkan ia terus macam tu. Bila dah semak dan penuh a.k.a berat, korang kumpulkan duit syiling tu da kemudian tukar dengan wang kertas. Ni la cara aku menabung duit syiling dengan cara malas. Sekarang aku ader hobi baru iaitu mencampakkan duit kertas RM1 keatas tempat yang sama….. eheheh … :)

girls

Nak Satu Bang

72

Selamat tengah hari. Korang baca tajuk korang rasa apa? Sebenarnya entry ni berkenaan bulan mulia syawal yang belum habis lagi. Berapa ramai dari kita yang suka bersedekah atau memberi sesuatu kepada yang lain. Yer memang benar kita ada buat masa berzakat masa ramadhan tuh, tetapi itu diwajibkan, bagaimana dengan bersedekah semasa waktu lain lain?

girls

girls

Semalam aku beli cucur udang, pisang goreng dan kuih lempung. Dalam masa nak balik rumah (rumah apartment), naik tangga, ader seorang budak perempuan dalam lingkungan 10-14 tahun melihat pada aku. Dia melirik kearah tiga bungkusan plastik yang sedang dalam genggaman tanganku. Kemudian perempuan kecil itu bertanya pada aku “bang, nak satu bang!”. Muka perempuan kecil itu seakan akan mengharap agar aku mengabulkan permintaannya. Aku pun tanpa berfikir panjang memberi satu plastik bungkusan makanan goreng pisang semua kepadanya. Perempuan kecil itu pon mengucap terima kasih dan terus berlalu pergi dengan wajah yang gembira. Korang tahu tak apa yang aku rasakan? Aku rasakan suatu kegembiraan, ketenangan dan damai tatkala aku melakukan perbuatan “sedekah”.

Aku bukan ingin menunjuk yang aku baik ker aper, apa yang aku ingin sampaikan adalah “perasaan apakah yang korang alami tatkala seseorang minta bantuan atau permintaan dan korang berjaya tunaikan?“. Itulah perasaan yang aku alami semalam. Dan ini menunjukkan Allah menggalakkan kita bersedekah kerana ia dapat mendidik hati dan jiwa ini dari sifat tamak dan membentuk sahsiah keikhlasan dalam hati. Sempena bulan syawal ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Dan Batin…. ;)

Song by Me

57

Pernah berkaraoke? Dirumah atau dipusat karaoke atau dibilik air? Dah lama sebenarnya aku dah tak karaoke. Ntah kenapa aku rasa nak berkaraoke hehe. Sebenarnya aku tak der bakat menyanyi pun, hanya sekadar bergembira sekali sekala. Dibawah ni aku letakkan antara dua lagu yang aku nyanyi semasa di karaoke. Satu lagu agak rock kapak jiwang dan satu lagi agak jiwang leleh gitu. Kedua-dua video dibawah adalah suara aku.

Rock Kapak Jiwang –  Kriss – Lagu Cenderawasih – Dinyanyikan oleh aku aka Wanwidget.Com

Jiwang karat Leleh – Samudera – Sudah Takdir Begitu - Dinyanyikan juga oleh aku aka Wanwidget.Com

Kedua-dua lagu diatas adalah lagu lama. Korang boleh dengar dan kemudian komen samada baik, amat baik, teruk, amat teruk, menyampah, boleh lah, atau apa apa yang terkeluar dari benak fikiran korang. X kisah janji setiap komen ader positif dan negatif. Kalau korang nak download buat mp3 untuk dimainkan di phone pon boleh, har har har ……. :)

Go to Top