Posts tagged SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

Pejabat Pos Bukit Mertajam Pulau Pinang

Cara Cara Untuk Mendaftar Sebagai Pengundi Untuk Pilihan Raya Umum

92

Cara Cara Untuk Mendaftar Sebagai Pengundi Untuk Pilihan Raya Umum. Korang dah daftar sebagai pengundi ke belum. Kalau belum bolehlah berbuat demikian sekarang kerana masa sudah semakin hampir untuk menemui Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). Untuk membuat semakan daftar pemilih bolehlah berbuat demikian disini http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBM.aspx.

Untuk mendaftar sebagai pengundi korang bolehlah mendaftar di PEJABAT POS. Proses mendaftar di pejabat pos selesai tidak sampai 10 min pun. Korang masuk ke pejabat pos kemudian ambil nombor giliran sebagai “Pelbagai” dan bukannya  ”Bayar Bil”. Bila nombor giliran dipanggil korang serahkan Kad Pengenalan dan mengatakan bahawa korang ingin mendaftar sebagai pengundi. Korang hanya perlu tunggu dan kemudian hanya perlu menurunkan tanda tangan pada Borang A – Pendaftaran Pemilih. Kemudian siap dan korang akan mendapat salinan Borang A – Pendaftaran Pemilih. Siap! Senang saja…

Pejabat Pos Bukit Mertajam Pulau Pinang

Pejabat Pos Bukit Mertajam Pulau Pinang

Secara ringkasnya untuk mendaftar sebagai pengundi di pejabat pos adalah begini:

  • Pergi Pejabat Pos dan ambil no giliran “Pelbagai”
  • Bila no giliran dipanggil dan serahkan Kad Pengenalan, Pegawai Pos akan isikan maklumat kita
  • Jika maklumat yang diisi oleh pegawai pos tepat, anda turunkan tanda tangan
  • Apabila sudah menurunkan tanda tangan, anda akan diberi salinan borang A yang anda tanda tangan tadi
  • Proses selesai, mudah bukan… :) (more…)
pilihanraya umum malaysia ke 13

Jom Mengundi Untuk Pilihan Raya Umum ke-13

47

Jujur aku katakan sejak aku membesar di Malaysia ni dan sudah mencapai cukup umur dan layak untuk mengundi. Aku tidak lagi pernah mengundi walaupon sekali. Khas untuk Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan datang ni aku bertekad untuk melaksanakan tangungjawab aku sebagai pengundi. Jom mengundi..

Mengikut persekitaran semasa, aku berpendapat yang pilihan raya Umum ke-13 (PRU-13) bakal diadakan tahun depan. Hujung tahun ini tidak mungkin berlakulah. Senario politik semasa malaysia untuk kali ini memang diluar jangkaan dan sangat berbeza dengan PRU yang sebelum ini.

pilihanraya umum malaysia ke 13

pilihanraya umum malaysia ke 13

Korang dah buat pilihan ker belum pasal mengundi yang akan datang ni. Sama ada korang pilih Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat. Korang mestilah membuat pilihan dengan betul kalau mengikut apa yang korang faham akan politik diMalaysia.

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPR

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPR

Untuk sesiapa yang belum membuat semakan daftar pemilih/Cara Semak Daftar Pemilih (Pengundi), korang bolehlah membuat semakan diri korang disini http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBM.aspx. Dengan semakan tersebut korang akan tahu akan kedudukkan tempat dan lokasi bagi korang untuk mengundi.

Setelah menganalisa politik semasa, aku berpendapat adalah baik untuk aku memilih “undi adalah rahsia” hehe. Kalau tersilap pilih dan langkah pasti membawa bencana. Aku mengharapkan perubahan besar yang boleh dibawa kedalam negara Malaysia yang kita cintai ini. Walau apa pun yang kita pilih, adalah lebih baik jika aku dapat nasihatkan kawan kawan agar melihat jauh kehadapan terhadap apa yang bakal terjadi keatas negara kita jika kita terlalu obses dan percaya 100% “taksub” dengan parti yang kita pilih. Kenapa aku katakan begitu sebab aku nakkan semua diri kita melihat kehadapan dan melihat natijah jika kita hanya nampak parti kita daripada nampak “apa yang bakal berlaku” dimasa hadapan nanti. Selamat mengundi tahun depan…..

SEBELAH SIDEBAR KANAN ADA GOOGLE PAGE +, JOM ADD SAYA

Go to Top