Posts tagged soo wincci
5 Finalis MasterChef Selebriti Malaysia Final
225 Finalis MasterChef Selebriti Malaysia Final. Walaupun aku seorang lelaki yang kacak, aku tetap minat didalam rancangan masak memasak walaupun aku sangat sangat jarang memasak. Didalam masak memasak memang aku ringan tulang bukan sebab memuji diri sendiri akan tetapi memang aku rasa best, tiada masalah dan tidak terbeban dengan masakkan. Sesetengah lelaki bila bab masakkan dia akan menjauhkan diri seolah olah hilang kacak bila sentuh alat alatan memasak, hehehe.
Sejak aku menonton rancangan MasterChef Selebriti Malaysia, aku hampir tidak pernah ketinggalan menonton rancangan ini. Boleh dikatakan aku mula merubah tanggapan aku terhadap selebriti yang memasak. Ada dikalanya kita akan merasakan yang selebriti lelaki mempunyai kretiviti yang baik didalam masakkan. Secara jujurnya antara yang mempunyai bakat memasak didalam rancangan ini adalah Jehan Miskin, Dato Fazley, Angah, Farouk Hussain dan juga Karl Shafeq.

Keputusan Undi MasterChef Selebriti Malaysia Final
Antara 5 Finalis MasterChef Selebriti Malaysia yang akan berentap bagi merebut gelaran juara MasterChef Selebriti Malaysia pada Ahad dan Isnin ini adalah Angah, Farouk Hussain, Dato’ Fazley, Juliza Adlizan dan Soo Wincci. Kelima lima finalis ini akan berentap sesama sendiri dan korang boleh saksikan MasterChef Selebriti Malaysia Final ini pada Ahad dan Isnin, 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134). (more…)
