Salah satu masalah orang yang baru berkahwin adalah pertanyaan dari saudara, adik beradik, rakan dan juga ibu bapa tentang bilakah mahu menimang cahaya mata. Kalau baru beberapa bulan itu tidak mengapa. Tetapi apabila sudah lebih dari 1 tahun, orang akan mula bertanya lebih lebih lagi saudara mara apabila pulang ke kampung untuk berhari raya. Pertanyaan sebegini akan memberikan kesan tekanan dan stress kepada pasangan. Apakah masalah pasangan ini sehingga masih juga belum dikuarniakan anak pertama? Sudahkah anda mencuba membeli alat atau produk yang bernama ovulation test kit ini?
Kalau kedua dua pasangan iaitu suami isteri sihat dan tiada apa apa masalah kesihatan. Maka ianya selalunya lebih kepada masalah kekerapan melakukan hubungan badan suami isteri dan masalah ketepatan masa ketika melakukannya. Mudah cerita, pasangan kenalah faham dan ambil tahu berkenaan bagaimana proses anak itu berlaku menurut sains. Jika sudah ambil tahu dan faham, maka semakin mudahkah untuk merangka bilakah masa yang sesuai untuk mendapat dan berhasil mendapatkan anak. Dan kes ini kita mahu gunakan alat ovulation test kit untuk membantu anda.
Beli Ovulation Test Kit Online
Saya berikan basic info dahulu. Dalam kitaran haid yang normal. Seorang perempuan akan menghadapi kitaran haid yang normal dalam masa 30 hari. Dan mereka akan berada dalam tempoh “period” mungkin selama 5 hari atau seminggu. Katakan datang haid pada 1 hari bulan. Dan haid datang lagi pada 1 hari bulan berikutnya. Ini bermakna kitaran haid adalah normal. Kebiasaanya, seseorang perempuan itu dianggap subur pada hari ke 14, 15, 16, 17, 18 iaitu lebih kurang pada pertengahan bulan setiap kitaran haid itu.
Pada HARI KESUBURAN INILAH adalah masanya tubuh badan wanita akan mengeluarkan telur yang bernama “OVUM” yang perlu disenyawakan segera dengan benih telur si suami iaitu “SPERMA” dalam masa 24 jam. Kenapa 24 jam? Tahukah anda yang ovum wanita hanya bertahan hidup dalam tempoh 24 jam sahaja. Ketika waktu subur itu, kita tidak pasti bilakah telur ovum dikeluarkan. Jadi untuk mencapai kejayaan maksimum, kalau boleh pasangan haruslah melakukan hubungan intim setiap hari selama waktu kesuburan wanita itu seperti 5 – 7 hari berturut turut.
Website Yang Menjual Kit Ovulation/Pregnancy Test
- Pregancy TestKit – check samada anda mengandung atau tidak dengan alat ini
- Ovulation TestKit – untuk mengesan bilakan hari anda menghasilkan ovum
TETAPi bukan semua pasangan mampu untuk melakukannya hari hari. Cara yang dikira paling menghampiri ketepatan dan ideal adalah dengan menggunakan alat seperti ovulation test kit ini. Alat ini akan menguji sample air kencing wanita dan akan memberikan keputusan samada hari itu beliau dalam keadaan subur dan ovum telah dikeluarkan atau tidak. Jika result keputusan menunjukkan “positif”, maka padangan haruslah melakukan hubungan intim suami isteri secepat mungkin untuk mensenyawakan dua telur tadi iaitu ovum dan juga sperma. Dengan kaedah ini, kejayaan untuk mendapat anak dan hamil secepat mungkin adalah dalam peratusan yang tinggi. Alat ini adalah berbeza dengan alat pregnancy test. Jangan terkeliru pula. Dapatkan ovulation test kit ini dengan klik link di atas ini. Selamat mencuba.
Leave a Reply