Skip to content

Wanwidget

Panduan Cara Jual & Beli Rumah Mudah Online

Menu
  • Home
  • Beli Rumah
  • Jual Rumah
  • Agensi Hartanah
  • Ejen Hartanah
  • Peguam Hartanah
  • Investor Hartanah
Menu

Aqil Homestay Permatang Pauh Seberang Perai Pulau Pinang

Posted on August 14, 2025August 14, 2025 by admin

Salam kepada pembaca. Homestay adalah rumah tumpangan atau rumah rehat atau rumah bermalam atau penginapan ala ala hotel tetapi versi rumah. Dalam keadaan tertentu, tidur di bilik hotel adalah menyelesakan. Tetapi dalam banyak keadaan juga, rumah homestay adalah pilihan terbaik untuk seisi keluarga atau pekerja. Kenapa ada untuk “keluarga” atau “pekerja” pula. Ya memang ada. Kalau nanti ada jalankan bisnes homestay, anda pasti akan menemui kedua dua kategori penyewa homestay anda. Ianya adalah normal sebenarnya.

Pemilik kepada “Aqil Homestay” ini adalah seorang melayu dan muslim. Dengan kata lain sudah tentulah rumah ini adalah muslim friendly. Ya, bangsa lain pun boleh menginap asalkan muslim. Maklumlah, Malaysia adalah negara majmuk. Dan memahami perbezaan setiap bangsa yang ada di Malaysia dan faham bagaimana untuk bekerjasama dengan baik, maka ke semua urusan dapat berjalan dengan lancar dan aman sentosa. Disebabkan pemilik adalah seorang muslim, diharap bakal penginap faham akan isu ini. Jelas ya.

Aqil Homestay Penang – Bandar Sunway | Bandar Perda | Permatang Pauh | Seberang Jaya | Seberang Perai | Bukit Mertajam

Kenapa kena pilih homestay Aqil? Selain pemiliknya adalah seorang melayu dan Islam, pemiliknya juga adalah seorang yang peduli tentang penginap. Pernah dulu ada penginap yang mengidap asma, jadi beliau bertanya samada rumah ada disediakan air filter atau tidak. Ya, memang tidak ada pun. Tetapi pemilik homestay terus membeli sebuah air filter keesokkan harinya. Lagi pula, selepas ini jika ada penginap yang ada asma bolehlah booking rumah homestay beliau kerana sudah ada disediakan penapis udara iaitu air filter.

Pemilik Aqil juga seorang yang teliti. Teliti dari segi apa? Beliau teliti dari segi kepuasan pelanggan. Cadar dan sarung bantal memang selalu ditukar yang barulah. Beliau tidak mengupah tukang cuci atau kemas rumah homestay beliau. Beliau buat dan lakukan sendiri 100% ke semuanya akan kebersihan dan kepuasan di dalam menjalankan perniagaan bisnes homestay beliau. Bak kata beliau, setiap kali kemas rumah homestay, kalau tidak 4 jam memang tidak sah katanya. Hahahaha. Terbaiklah.

Baru baru ini, customer beliau complaint mengatakan yang sistem penghawa dingin malam tersebut rosak. Keesokkan harinya beliau terus beli aircond baru. Dan customer yang tidur tanpa aircond semalam diberikan rebate pengurangan harga kerana merasakan yang customer berhak mendapatkan pengalaman yang baik. Kalau pengalaman kurang baik sekalipun, paling tidak dapat sedikit diskaun kerana mahu memastikan wang yang customer bayar berbaloi dengan harga dan servis yang dijanjikan. Terbaik.

Kelebihan Aqil Homestay

  • WiFi Internet
  • Penapis air Coway
  • Smart LED TV (Boleh tengok Youtube @ Movie Netflix)
  • Water heater
  • Iron Board
  • Air Purifier
  • Mesin Basuh
  • Peti Ais
  • Towel Disediakan
  • Terdapat 2 bilik (Semua bilik ada Aircond dan kipas syiling)
  • Bilik Master katil Queen beserta Aircond, kipas syiling
  • Bilik kedua 2 katil single beserta Aircond dan kipas syiling
  • Boleh memasak (Barang Memasak Lengkap)
  • Harga: Rm180 Sehari
  • Check in : 3 petang
  • Check out : 12 tengahari
  • Untuk Muslim sahaja

Biasanya kalau customer adalah dari keluarga, mereka hendak selesa dan boleh memasak atau panaskan lauk sahaja. Jadi di Aqil Homestay memang selesalah sebab ada penghawa dingin aircond setiap bilik, ada penapis air Coway, anda hiburan Netflix dan boleh memasak kalau mahu sebab dapur memasak disediakan. Kalau untuk pekerja pula yang biasanya akan booking 2 minggu atau sebulan lebih, mereka hanya mahu selesa selepas balik dari tempat kerja sahaja. Katil bujang jenis single bed pun ada.

Aqil Homestay Berdekatan Dengan?

  • UiTM Permatang Pauh
  • Politeknik Seberang Perai
  • KTM Bukit Tengah
  • Mydin Mall Jalan Baru
  • Masjid Seberang Jaya
  • Tesco Extra, Pacific Megamall, Sunway Carnival
  • Taman Burung Seberang Jaya
  • Hospital Seberang Jaya, Hospital Pakar KPJ, Bagan Specialist Centre
  • LHDN Perda, MPSP, Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB, TNB
  • Bandar Perda, SIRIM, Pusat Urus Zakat P.Pinang (PUZ)
  • McD, KFC, klinik, farmasi, minimarket dll.

Kalau anda seorang pekerja yang dihantar oleh syarikat untuk urusan projek yang berdekatan dengan Bandar Sunway, bandar Perda, Permatang Pauh, sekitar Seberang Jaya atau Seberang Perai, maka Aqil Homestay adalah salah satu pilihan yang boleh anda cuba. Kalau anda dari kalangan keluarga pula, biasanya orang ke Pulau Pinang sebab hantar anak ke UiTM, Politeknik, atau melawat orang sakit di Hospital atau atas tujuan bercuti berjalan jalan di Pulau Pinang. Maka Aqil Homestay juga adalah salah satu pilihan yang boleh anda cuba.

Rate Harga Semalam

  • RM200 SEHARI
  • RM180 sehari kalau booking lebih dari sehari

Hendak murah, sila langgan Aqil Homestay lebih dari sehari. Kalau anda tempah booking homestay ini 2 minggu, sebulan atau lebih akan dapat lebih diskaun berdasarkan persetujuan bersama. Jangan risau, resit juga akan diberikan sesuai permintaan.

Aqil Homestay Penang mendapat Google Review sebanyak 4.6/5 untuk indeks kepuasan pelanggan
Aqil Homestay Penang mendapat Google Review sebanyak 4.6/5 untuk indeks kepuasan pelanggan

Booking Aqil Homestay

  • [ Whatsapp ] – hubungi saya jika anda berminat tempah rumah Homestay Aqil sekarang juga di sini

Aqil Homestay adalah rumah dari jenis teres landed yang berada di kawasan persekitaran ala ala kampung namun sangat berdekatan dengan Masjid jalan baru Penang. Dari segi review kepuasan pengalaman pelanggan yang lalu, majoritinya memberikan skor markah paling kurang adalah 4/5. Jadi tidak hairan kalau Aqil Homestay mendapat rating sebanyak 4.6 di Google Review. Terbaik. Kalau anda ke Pulau Pinang, sedang mencari penginapan homestay yang sesuai dan kena dengan kriteria anda, sila pilih Aqil Homestay ya. BYE!!!

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Panduan Hias Rumah

Panduan Ejen Hartanah

Panduan Homestay

Panduan Hartanah

Panduan Rumah Lelong

© 2025 Wanwidget | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme