Tahukah anda yang anda boleh menjana pendapatan dalam USD dengan YouTube? Caranya mudah sahaja iaitu anda upload video ke YouTube sahaja. Itu sahaja. Di dalam penulisan artikel kali ini, saya mahu berkongsi tips buat duit yang orang Malaysia kurang ambil berat iaitu cara buat duit dengan YouTube. Ramai orang Malaysia suka tengok video di YouTube, tetapi sangat sedikit sekali yang berminat atau mengambil peluang menjana usd dengan YouTube. Sebab itu saya mahu berkongsi dengan anda di sini.
Pendapatan Google majoritinya datang dari IKLAN. Kalau anda buka video YouTube, saya pasti anda akan perasan beberapa jenis iklan yang terpapar. Ada iklan di sebelah kanan video, di bawah video, iklan 5 saat, iklan 10 saat yang anda kena tunggu dan kemudiannya “skip”, betul? Itulah dia iklan yang ada pada video. Itulah dia iklan yang memberikan pendapatan kepada Google. Tetapi anda juga boleh dapat duit dari iklan tersebut. Caranya adalah dengan mengupload video ke YouTube.

Income pendapatan hasil dari buat duit dengan YouTube
Buat Duit Dengan YouTube Video
Masalah utama orang ramai adalah tidak tahu hendak upload video apa. Anda fikir begini sahaja. Anda upload video jenis kelakar, bermanfaat, di cari orang atau video aktiviti. Upload sahaja. Dan jika ada yang menonton, anda akan dapat duit. Adakah ianya semudah itu sahaja? Jawapannya YA. Memang semudah itu sahaja. Saya suka suka upload video pun, saya dapat juga duit USD beberapa sen. Walaupun ianya kecil, ianya tetap memberikan income. Kalau banyak video, maka sen sen tadi pun akan jadi banyak juga.
Kalau anda suka memasak, saya sarankan anda membuat rakaman video tentang cara memasak menu menu. Kemudian anda upload ke YouTube. Kalau anda tiada kamera yang berkualiti, saya nasihatkan anda untuk membeli kamera aksi. Anda boleh rakam cara memasak, boleh rakam aktiviti luar, boleh rakam apa apa sahaja. Dengan adanya kamera rakaman yang baik dan murah, dengan modal beberapa ratus sahaja. Anda boleh buat duit dengan YouTube dengan mudah. Yang pasti kena ada kamera dahulu. Berminat dapatkan kamera aksi? Sila klik link di bawah ini untuk membeli kamera aksi secara online. Bye.
Leave a Reply