Kenapa Kena Beli Bitcoin

Apa itu Bitcoin? Bitcoin adalah matawang digital crypto yang dicipta oleh Satoshi Nakamoto pada tahun 2009. Di Malaysia popular di sebut sebagai matawang krypto. Namun secara undang undang, ke semua aset krypto atau token ini disebut sebagai DIGITAL ASSET sahaja. Jadi fahamlah kita yang ianya adalah produk yang boleh didagangkan iaitu jual beli secara online. Tetapi sejak dari dulu Bitcoin memang terpalit dengan kontroversi seperti ianya tidak sah, scam, haram, penipuan online dan sebagainya. Jadi tidak hairan kalau ramai juga orang tidak akan beli Bitcoin atas sebab tidak jelas ianya dicipta untuk apa dan tidak nampak Bitcoin gunanya untuk apa.

Siapa Satoshi Nakamoto? Tidak ada siapa yang kenal dan tahu pun siapa beliau disebalik terciptanya Bitcoin. Tetapi yang kita yakin, ianya memang dicipta oleh seseorang. Nama Satoshi itupun hanya samaran. Saya bukan pakar hendak bercerita panjang lebar tentang sejarah Bitcoin ini. Cukup sekarang tahu asas sahaja. Saya pun sama seperti anda yang tidak tahu apa apa. Entah entah anda lebih faham dari saya. Cuma apa yang ingin saya jelas di dalam artikel ini adalah berkenaan salah faham kita semua terhadap BITCOIN!!!.

Apa Itu Bitcoin

Bitcoin scam! Bitcoin tipu! Dah lama orang tinggalkan Bitcoin. Buat apa hendak promosikan Bitcoin yang jelas tidak ada arah atau hala tuju. Ini adalah persepsi yang biasa kita dengar. Saya sendiri pun dulunya begitu. Beli Bitcoin pun sebab ingin buat duit. Tidak faham pun pasal Bitcoin. Rasanya majoriti dari kita pun hanya tahu cara untuk beli dan jual Bitcoin sahaja. Bila tanya apa gunanya Bitcoin dalam kehidupan kita, jawapannya pasti tidak tahu. Saya percaya, 90% pasti tidak boleh menjawab dengan tepat.

Sebenarnya bila kita bercakap tentang Bitcoin kita sebenarnya sedang bercakap tentang TEKNOLOGI!!!. Teknologi yang dimaksudkan adalah teknologi yang berasaskan BLOCKCHAIN!!!. Wahai pembaca sekalian, sejak dari dulu kehidupan dunia kita bergerak atas sebab perubahan teknologi. Dulu keretapi pakai arang batu, kemudian bergerak menggunakan gas dan elektrik. Dulu handphone pakai tekan tekan button, sekarang pakai touchscreen. Dulu komputer besar gedabak, sekarang semuanya kecil dan ringan sahaja. Semuanya adalah tentang teknologi ya.

Amerika Syarikat (US/United States) adalah kuasa ekonomi zaman moden. Dulu bermula dengan Microsoft, kemudian Google, kemudian Amazon, kemudian Facebook, kemudian Tesla, kemudian NVIDIA dan berpuluh puluh lagi yang lain yang anda pasti kenal dan tahu. Setiap zaman akan ada syarikat besar yang baru yang akan muncul dan menjadi syarikat gergasi. Soalannya, selepas ini syarikat apa yang akan jadi syarikat yang seterusnya yang akan menjadi penyumbang kepada perubahan teknologi dunia dari US? Pernah anda terfikir?

Selepas ini salah satu syarikat teknologi yang bakal membawa perubahan besar terhadap cara hidup kita adalah syarikat yang berasaskan BLOCKCHAIN. Siapa syarikat yang berasaskan teknologi blockchain ini? Saya tidak katakan ianya 100% Bitcoin ya. Saya hanya cakap syarikat yang terlibat dalam industri blockchain. Dan sudah tentu Bitcoin adalah salah satu yang termasuk dalam ekosistem blockchain tersebut. Teknologi blockchain sekarang sudah pakai dalam kehidupan kita kah? Jawapannya adalah YA. Dan ini yang majoriti dari kita langsung tidak sedar sama sekali.

Pembaca sekalian, salah satu syarikat yang terlibat secara penuh dalam dunia teknologi blockchain adalah syarikat yang bernama RIPPLE. Dan syarikat Ripple ini adalah syarikat yang mencipta token crypto yang bernama XRP. Dan syarikat Ripple sendiri adalah syarikat yang sangat aktif memperkenalkan teknologi CROSS-BORDER PAYMENT yang menawarkan kelajuan transaksi kewangan yang sangat pantas dan dalam masa yang sama mengenakan cas transaksi yang tersangat murah. Dan teknologi ini adalah teknologi berasaskan blockchain.

Sekali lagi saya juga tidak mengatakan anda patut untuk beli Bitcoin, Ripple XRP atau aset digital crypto yang lain. Saya cuma ceritakan persoalan anda berkenaan apa gunanya Bitcoin ini. Dan kenapa Bitcoin ini penting untuk anda tahu cerita sebenar supaya anda tidak lagi menganggap yang Bitcoin itu scam, tidak benar atau tipu. Saya cerita tentang Ripple itu pun adalah salah satu contoh sahaja. Dan sebenanya ada tersangat banyak lagi syarikat berasaskan blockchain ini tumbuh bagaikan cendawan. Jadi adakah anda masih rasa yang Bitcoin ini scam?

Cara Beli Bitcoin Di LUNO Malaysia

  • LUNO ] – sila masuk aplikasi LUNO dan login.
  • Pastikan yang anda sudah topup duit dalam wallet RM (local currency).
  • Sila pastikan anda pada menu “Home”.
  • Sila klik pada 3 titik (mobile) pada menu paling atas dan kanan dan pilih “Exchange”.
  • Sila pilih coin asset digital yang anda ingin beli. Sebagai contoh, saya klik pada “XRP/MYR”.
  • Klik butang “BUY”.
  • Nasihat saya, hendak mudah, sila set pada “Market” dan bukannya “Limit” atau “Stop Limit”.
  • Pada ruangan “Amount”, sila masukkan jumlah RM yang anda mahu beli.
  • Akhir sekali sila klik “BUY XRP”.

Di atas ini saya kongsikan step by step cara untuk anda membeli Bitcoin, Ethereum, Bitcoin Cash, Litecoin atau XRP melalui aplikasi Luno pada smartphone anda. Proses membeli mudah sahaja sebenarnya kalau anda sudah tahu. Hanya ambil masa 1 minit sahaja kalau anda ingin membeli mana mana crypto atau digital asset di luno exchange. Mudah dan cepat sebenarnya.

LUNO adalah salah satu exchanger cryptocurrency yang sah beroperasi di Malasyia. Bank negara yang beri lesen ya. Kalau anda hendak beli Bitcoin dan lain lain aset digital ada di dalam Luno. Video di atas ini adalah panduan untuk anda yang masih tidak tahu cara untuk guna Luno ya. Sekali lagi, saya bukan pakar dalam dunia crypto. Saya cuma sharing sedikit info ringkas kepada anda yang masih tidak tahu berkenaan apa itu Bitcoin. BYE!!!.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.