Kenapa Kena Beli Hardware Wallet Crypto

Kalau anda berada lama dalam dunia cryptocurrency, anda akan dapati banyak website exchange yang gulung tikar kerana scam, penipuan, tekanan undang undang, masalah kecairan wang tunai (liquidity) dan sebagainya. Di Malaysia, salah satu platform yang sah dan berlesen untuk orang Malaysia beli Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Litcoin (LTC), Bitcoin Cash (BCH), Avalanche (Ava), Uniswap (Uni), Chainlink (Link), Cardano (ADA) dan juga Ripple (XRP) adalah melalui website LUNO. Kalau platform Luno terpaksa tutup? Memang hangus ke semua crypto yang telah kita beli. Sebab itulah kita kena ada hardware wallet crypto. Apa itu hardware wallet?

Hardware wallet adalah alat perantara iaitu dalam bentuk device fizikal yang membolehkan kita menyimpan aset digital (crypto) terus ke sistem blockchain tanpa perlu pihak ketiga. Platform seperti Luno adalah platform pihak ketiga. Selepas kita beli, aset crypto kita itu sebenarnya dipegang oleh mereka. Kalau mereka menahan aset crypto kita dari dijual, maka kita tidak boleh berbuat apa apa. Tetapi dengan menggunakan hardware wallet, kita yang bertindak sendiri menyimpan aset tersebut. Jadi tidak ada halangan untuk kita hantar transfer ke mana mana wallet yang tanpa masalah. Masih kurang jelas?

Guna Hardware Wallet Crypto LEDGER

Begini, SEBENARNYA apabila kita membuka akaun wallet crypto, kita akan diberikan 24 frasa keselamatan. Ianya semacam password tetapi ada 24 kata kunci. Ianya supaya sukar di akses iaitu di hack oleh orang lain. Tetapi semasa anda membuka wallet di Luno misalnya, anda tidak dapat pun 24 frasa kata kunci keselamatan tersebut. Sebab apa? Sebab 24 frasa keselamatan tersebut disimpan oleh pihak Luno sendiri. Jadi dengan kata lain, mereka sendiri yang boleh mengakses crypto anda bila bila masa dan bukannya anda. Hanya kerana mereka bertanggungjawab dan jujur dari dulu sehingga kini, maka anda tidak merasakan pun simpanan aset krypto anda terdedah dengan kebarangkalian ketidak jujuran tersebut.

Saya adalah penguna hardware wallet crypto dari brand LEDGER. Selepas membuka akaun, saya dapat dipaparkan dengan 24 frasa keselamatan dan PERLU dan WAJIB saya simpan sendiri. Risikonya adalah, kalau saya hilang maklumat ini, saya sendiri tidak boleh akses ke crypto saya sendiri. Kelebihannya adalah, saya sendiri mengawal bagaimana saya hendak uruskan crypto saya sendiri tanpa campur tangan orang lain. Jelas ya. Masing masing ada pro dan con lah.

Jadi wajib ke kena beli hardware wallet crypto? Jawapannya tidak wajib. Pandangan saya, seeloknya jangan letakkan ke semua aset digital (token crypto) anda di dalam satu tempat yang sama. Macam saya, sebahagian saya simpan di Luno dan sebahagian yang lain saya simpan ke hardware wallet Ledger. Berapa harga hardware wallet Ledger? Ketika artikel ini ditulis, hardware wallet crypto dari jenama Ledger yang paling murah adalah dari model Ledger Nano S Plus yang berharga RM399. Saya gunakan yang ini. Tujuan saya beli kerana hendak simpan Ripple XRP dan Stellar Lumens XLM.

Beli Coin/Crypto/Token

  • Luno ] – beli crypto secara sah di Malaysia di sini
  • Binance ] – anda boleh beli lain lain crypto di sini
  • LedgerLive ] – anda boleh dapatkan hardware wallet crypto Ledger di sini
  • TradingView ] – boleh lihat chart graf harga saham/crypto di sini

Setelah saya gunakan hardware wallet Ledger lebih dari setahun, apa pro dan con gunakan Ledger? Buat masa ini saya sudah terbiasa menggunakan Ledger dan semuanya ok tanpa masalah. Bukan sebab saya beli dan gunakan Ledger dan saya mahu promote hardware wallet crypto dari Ledger ini. Tetapi memang tidak ada rasa apa apa yang menyusahkan ketika saya guna dan kendalikan hardware wallet ini. Boleh katakan saya berpuas hati dan saya berikan skor 8.5/10. Tetapi mungkin jawapan saya akan berbeza samada Ledger lebih baik atau kurang bagus berbanding hardware wallet crypto dari jenama lain jika saya ada beli dan gunakan hardware wallet dari brand yang lain. Itu sahaja. BYE!!!.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.