Saya memang sukakan buah buahan. Selalu jugalah beli buah yang sudah siap dipotong potong kecil di kedai buah buahan. Dan saya juga suka minum air jus buah buahan. Antara air jus yang selalu saya beli adalah air jus buah oren, apple dan juga tembikai. 3 inilah minuman jus buah yang paling saya suka. Kadang terfikir juga, kenapa saya tidak membeli sahaja mesin jus buah untuk digunakan di rumah. Saya boleh minum jus buah bila bila masa dan sudah tentu lebih murah. Jadi berapakah sebenarnya harga mesin jus pengekstrak buah ini?
Selepas saya survey, rupa rupanya harga mesin jus buah buahan tidak lah semahal mana. Anda boleh dapatkannya dengan harga serendah RM40 dan ke atas. Tetapi anda kena beli secara online lah. Saya tidak pasti akan ada mesin jus buah yang dijual semurah itu di kedai kedai biasa. Dan mesin pengekstrak jus buah ini selalunya ada 2 jenis. Jenis yang pertama ianya memerah buah tersebut dan kemudian menapis. Kita akan dapat air jus yang tiada hampas. Jenis kedua yang akan terus blender ke seluruhan buah. Jadi anda akan minum jus dengan hampasnya sekali.
Beli Mesin Jus Buah Buahan
Terpulang kepada anda sukakan mesin jus dari jenis yang bagaimana. Kenapa ada orang suka minum air jus buah buahan ini? Sudah tentu kerana mahu membina corak kehidupan yang lebih sihat. Air buah buahan mengandungi banyak vitamin yang diperlukan badan. Air jus buah yang dijual di kedai selalunya agak mahal. Kita boleh jimatkan kos dengan membuat sendiri air jus buah buahan di rumah sahaja. Yang penting, dapur rumah anda kena ada mesin jus buah buahan lah.
Website Yang Menjual Mesin Juicers & Fruit Extractors
- Lazada – anda boleh dapatkan banyak mesin juicer yang bagus di sini
- 11Street – Anda juga boleh dapatkan banyak mesin jus buahan yang terbaik di sini
- Amazon – anda boleh dapatkan banyak mesin jus buah yang berkualiti di sini
- Aliexpress – anda boleh dapatkan banyak mesin pengekstrak buahan murah di sini
Terpulang kepada bajet wang anda. Kalau anda mempunyai wang, anda boleh beli dan dapatkan mesin jus yang mahal dan berkualiti. Dan kalau bajet wang anda rendah, anda beli mesin jus buah yang murah sahaja di internet. Lagi pun mesin pengektrak jus buah buahan ini anda gunakan untuk anda mendapatkan air buah buahan sahaja. Jadi menggunakan mesin jus buahan yang biasa biasa pun sudah memadai. Anda memang berminat untuk minum air jus buahan di rumah? Jika ya, sila lawati website di atas ini untuk anda cari dan beli mesin jus buah yang berharga murah tidak mahal secara online. Bye.
Leave a Reply