Kenapa Kena Beli XLM Stellar Lumens

Mungkin ramai yang kenal dengan Bitcoin. Dan ramai juga yang kenal dengan Ripple XRP. Tetapi rasanya masih tidak ramai yang tahu dan kenal dengan apa itu XLM. XLM adalah native token dari Stellar Lumens. Syarikat ini diasaskan oleh Jed McCaleb. Jed McCaleb sendiri adalah salah seorang founder kepada syarikat Ripple pada awalnya dan kemudian keluar dari syarikat tersebut kerana beberapa sebab. Dan selepas keluar dari Ripple, Jed McCaleb menubuhkan syarikat Stellar Lumens yang mana terhasillah token crypto yang bernama XLM. Jadi apa beza beli XRP dengan beli XLM?

XRP pada umumnya adalah sebuah syarikat berasaskan teknologi blockchain yang menawarkan servis perkhidmatan seperti real-time settlement system, currency exchange dan remittance network. Bahasa mudahnya membantu mempercepat transaksi kewangan dengan pantas dalam masa nyata dengan cas transaksi yang tersangat rendah dan murah. Sebenarnya transaksi kewangan global berlaku dengan lambat, mengambil masa untuk sampai dan cas transaksi adalah mahal. Dan Ripple menawarkan penyelesaian kepada masalah ini. Cumanya teknologi Ripple ini lebih kepada pelanggan mereka yang besar seperti perbankan dan institusi kewangan.

Cara Beli XLM Di Malaysia

XLM pula adalah sama sahaja penawaran mereka. Maklumlah bekas founder Ripple sendiri adalah founder kepada Stellar Lumens juga. Yang berbeza adalah customer mereka. Kalau Ripple lebih kepada institusi kewangan dan bank, sedangkan Stellar Lumens lebih kepada orang awam dan individu yang tidak ada akaun bank. Ingat ya, di dunia ini masih banyak negara yang miskin dan ramai dari rakyat mereka tidak ada kerja tetap atau ada akaun bank untuk terima gaji. Jadi bagaimana mereka ini mahu mengakses wang dalam dunia moden? Caranya adalah dengan adanya XLM. Masih kurang jelas?

XLM boleh dibeli dan diakses menggunakan smartphone sahaja. Yang penting kena ada internet. Dia akan jadi macam mobile wallet lah. Janji anda boleh beli XLM dan simpan XLM melalui smartphone anda. Jadi dalam dunia moden, asalkan ada internet, anda boleh sahaja buat bayaran dengan menggunakan handphone anda. Dengan kata lain, XLM berikan penyelesaian kepada orang awam biasa untuk mengakses kewangan dan tidak terikat dengan bank. Sedangkan XRP memang tujuannya untuk bisnes besar. Ini pandangan saya lah. Kalau saya silap, sila betulkan saya ya.

Token Lumens iaitu XLM ini buat masa ini (July 2023) belum boleh dibeli di Malaysia. Saya tidak pasti kenapa. Mungkin founder Stellar sendiri belum ke Malaysia untuk mempromosikan produk mereka, jadi Bank Negara Malaysia pun tidak tahu tentang produk ini. Mungkinlah. Hanya tekaan saya sahaja. Dan kenapa XRP ada di Malaysia, kerana CEO Ripple sendiri memang telah bertemu dengan Tengku Zafrul dari CIMB bank ketika itu, jadi tidak hairan kalau token XRP ada dijual di exchange Malaysia.

Jadi macam mana hendak beli XLM? Anda kena beli token XLM melalui exchange luar. Dan kalau berjaya beli, sila simpan dahulu buat masa ke depan. Ini pendapat sayalah.

Beli Coin/Crypto/Token

  • Luno ] – buat masa ini, hanya XRP boleh dibeli secara sah di Malaysia di sini
  • Binance ] – anda boleh beli XLM di sini
  • Coinbase ] – anda boleh beli XLM di sini
  • LedgerLive ] – kalau anda ada ledger, boleh swap XRP kepada XLM di sini
  • TradingView ] – boleh lihat chart graf harga saham/crypto di sini

Kenapa saya beli token lumens XLM? Jawapannya saya beli XRP dan XLM sekali. Saya beli dua dua token crypto sekaligus. Pada pandangan saya, di masa depan dunia transaksi kewangan dunia akan berubah kepada teknologi berasaskan blockchain. Dan 2 syarikat ini benar benar serius dengan projek penyelesaian kepada masalah transaksi kewangan dunia dalam dunia moden ini. Ianya akan jadi satu fenomena yang besar. Dan “kalau” ianya benar benar ter realisasi, kedua dua syarikat ini akan menjadi syarikat terpenting dunia. Jadi tidak salah kalau saya beli XRP dan juga XLM sekaligus. Kedua dua token ini menyokong satu sama lain menurut saya. Saya sendiri beli XLM di mana? Saya beli di Binance dan Ledger. BYE!!!.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.