Salah satu daya tarikkan yang ada di negeri Pulau Pinang adalah Bukit Bendera (Penang Hill). Rasanya tidak sah kalau anda tidak bercuti ke bukit bendera kalau anda melancong ke negeri Pulau Pinang. Dan orang tempatan pun majoritinya pasti sudah berpengalaman menaiki bukit bendera tersebut berkali kali. Sebenarnya apakah daya tarikan utama yang ada pada bukit bendera ini. Orang pergi ke sini untuk apa. Dan apakah tujuan Penang Hill ini dibina.
Untuk pengetahuan anda, Penang Hill adalah sebuah bukit yang ada kena mengena dengan sejarah Malaysia. Ianya adalah tempat di mana Askar British berkampung di Penang dahulu sebagai tempat yang strategik. Dan kini, ianya menjadi salah satu daya tarikan pelancongan yang penting bagi negeri Pulau Pinang. Dan sepanjang 8 tahun tinggal di Penang, saya sudahpun berpengalaman untuk menaiki bukit bendera sebanyak 2 kali. Sangat banyak perubahan yang dilakukan di situ untuk menarik pelancong.

Welcome to Penang Hill
Bercuti Ke Bukit Bendera Malaysia
Jadi berbalik kepada pertanyaan awal tadi, kenapa dan apakah daya tarikkan sebenar jika anda bercuti ke bukit bendera? Jawapannya adalah sudah tentu untuk melihat permandangan seluruh dataran negeri Pulau Pinang dari puncak bukit bendera. Rupanya, bukit bendera Malaysia itu sendiri adalah sebuah bukit yang paling tinggi di Penang. Jadi memang itulah tujuan utama kenapa anda mahu menaiki Penang Hill. Seronok dapat melihat permandangan seluruh penang dari atas puncak bukit.

Watch overview Penang from Bukit Bendera
Selain dari itu, bukit bendera itu sendiri sudah di naik taraf untuk membuatkan ianya lebih seronok untuk dilawati. Dan ketika saya dan keluarga bercuti ke bukit bendera tahun lalu, yang seronok adalah kereta api bukit bendera itu sendiri. Itulah pengalaman pertama kali saya dan keluarga merasai bagaimana menaiki kereta api yang sedang memanjat bukit. Memang seronok. Dan kemudian ada ladang strawberry, pelbagai ladang lagi, ada tempat makan, ada kawasan seakan akan mini stadium yang selalu diadakan apa apa pertunjukkan, pelbagai kraftangan dan banyak lagi.

Astaka Bukit Bendera Malaysia
Website Booking/Ticket Untuk Melawat Bukit Bendera Malaysia
- Booking Penang Hill Ticket Online – anda boleh beli tiket bukit bendera online
- Agoda – Website carian perbandingan hotel paling popular
- Hotels – Website carian perbandingan hotel paling popular selepas Agoda
- Airbnb – Website carian bilik untuk di sewa seluruh dunia
- Bus Online Ticket – Website carian tiket bas express, ferry dan juga keretapi
- Airpaz – Website carian perbandingan tiket kapal terbang penerbangan

Bercuti ke bukit bendera Penang Hill
Kepada anda yang ingin bercuti ke bukit bendera dan datang dari jauh dan ingin menyewa hotel/motel selama beberapa hari berdekatan dengan bukit bendera Malaysia, di atas ini saya kongsikan dengan anda akan beberapa laman website untuk anda beli tiket Penang Hill dan juga boleh booking penginapan anda secara online. Bagaimana dengan waktu operasi bukit bendera? Bukit bendera hanya mula dibuka pada 6.30 pagi dan ditutup pada jam 10.30 malam. Saya harap website tersebut boleh membantu anda membuat persediaan awal yang sewajarnya bagi memastikan perjalanan anda ingin bercuti ke bukit bendera bersama yang tercinta lancar dan menggembirakan. Bye
Belum pernah lagi ke penang hill..tapi nampak menarik untuk dilawati 🙂