Kalau anda seorang peniaga online dan mahu menjual barang melalui internet, biasanya orang sekarang lebih selesa menggunakan platform eCommerce popular seperti Lazada, 11Street dan juga Shopee untuk pasaran Malaysia. Bagaimana kalau anda mempunyai produk sendiri dan lebih berminat agen membantu anda membuat jualan? Sudah pasti 3 platform yang saya perkenalkan di atas tadi menjadi kurang sesuai. Untuk masalah seperti ini sebenarnya anda perlu beralih dengan membina sendiri website kedai online milik anda sendiri. Faham?
Namun dalam dunia sekarang anda tidak lagi perlu belajar untuk membuat website kedai online sendiri. Sekarang bukan lagi macam tahun tahun sebelum ini. Zaman sekarang anda hanya perlu melanggan dan membayar mana mana penyedia servis membina website kedai online untuk anda terus gunakan tanpa perlu pening memikirkan hal hal perkara yang teknikal. Langgan, bayar dan guna sahaja. Jangan risau soal harga. Saya akan berkongsikan pakej kedai online yang cukup murah kepada anda.
Perkhidmatan Membina Sistem Website Kedai Online Murah Dan Mudah
Sebelum anda pergi lebih lanjut untuk memiliki website kedai online sendiri. Anda kena faham dahulu tentang beberapa teknik dan jenis pemasaran online yang perlu anda kuasai. Ianya bukan wajib tetapi masih perlu dikuasai untuk anda mengembangkan bisnes anda dengan mudah. Ianya perlu bagi membantu anda meningkatkan sales jualan anda ke tahap yang maksimum. Anda berniaga, sudah tentu anda mahu untung. Lagi banyak jualan dilakukan, lagi banyak untung anda akan dapat. Betul?
Mahu tidak kalau saya katakan, sebenarnya ada pakej untuk membuat website kedai online cara mudah dan juga murah dan dalam masa yang sama memberikan fungsi pemasaran online yang sangat berbaloi. Apakah bentuk tawaran pemasaran tersebut?
Kelebihan Website Kedai Online Terkini
- Sangat mudah untuk upload gambar dan uruskan kedai online
- Langganan harga serendah bawah RM50 sebulan
- Theme reka bentuk kedai online yang menarik dan cantik
- Boleh integrasi dengan servis kurier popular di Malaysia
- Boleh integrasi pelbagai sistem payment gateway seperti iPay88 dan juga MolPay
- Boleh integrasi dengan Facebook store, Lazada dan juga 11Street
- Boleh pasang macam macam plugin di website kedai online anda
- Ada fungsi auto-reply Facebook
Apa yang saya list senaraikan kelebihan menggunakan website kedai online ini hanyalah sebahagian sahaja. Ada banyak lagi fungsi yang bakal menarik perhatian anda. Jangan risau kalau anda terfikir dan bimbang jika tidak pandai gunakan website kedai online ini nanti. Prosesnya sangat mudah.
Penyedia Servis Bina Kedai Online
- Easystore – Anda boleh gunakan perkhidmatan bina kedai online murah di sini
- Shopify – Kalau mahukan servis bina online store yang hebat, boleh cuba yang ini
Kenapa perlu guna dan langgan pakej website kedai online store seperti ini? Mudah! Anda tidak perlu belajar dan ambil tahu pun tentang cara mereka sistem website seperti ini. Tidak perlu pening pening. Langgan sahaja pakej website kedai online dengan bayaran langganan yang murah. Contohnya Easystore ketika ini menawarkan pakej langganan serendah RM32.50 sebulan. Kalau anda anda seorang peniaga online, tidak mungkin anda tidak mempunyai modal dan tidak mampu membayar langganan serendah ini betul? Tunggu apa lagi, jom berniaga secara online cara mudah dengan kos yang murah. Bye
Leave a Reply