Saya kerap mendapat pertanyaan tentang bagaimana untuk membuat belian dan pembayaran di Lazada Malaysia ini. Dan pertanyaan sebegini agak sudah untuk dijawab secara ringkas. Sejujurnya proses pembelian secara online di website online shopping mana pun samada dari Malaysia atau luar negara adalah sama sahaja. Dan kepada yang pernah membeli belah secara online pasti bersetuju dengan saya yang ianya sangat mudah. Cumanya, kepada anda yang tidak pernah, saya juga memahami yang anda baru pertama kali, takut takut dan sebagainya. Di artikel ini, saya cuba secara ringkas untuk membantu memahamkan anda berkenaan soal pembayaran di website Lazada ini.
Apabila anda berada di website online shopping dan kita ambil contoh website eCommerce Lazada ini. Sistem pembayaran yang ditawarkan kepada para pembeli dari Malaysia ada 2 iaitu pembayaran secara online dan juga offline. Pembayaran secara online memerlukan anda untuk terus membuat bayaran melalui kad debit, kad kredit, online banking, PayPal dan Maybank Installments.
Beli Barang Di Lazada Bayar Pakai Cash Tunai
Untuk pembayaran secara offline pula adalah seperti Cash On Delivery dan juga Cash at 7-Elevan. Anda lihat gambar di atas ini. Itulah dia pilihan kaedah pembayaran yang ada di Lazada Malaysia. Kepada anda yang tidak pandai membuat bayaran secara online. Mungkin kerana tiada kad debit, kad kredit atau tiada online banking, anda boleh buat bayaran secara cash tunai. Dan di sini ada 2 kaedah sahaja iaitu Cash On Delivery dan juga Cash at 7-Elevan. Saya jelaskan di bawah ini.
Kaedah Pembayaran Cash Tunai Lazada
- Cash On Delivery (cod) – Anda buat pembelian barang di Lazada. Kemudian ketika di minta buat pilihan bayaran, sila pilih Cash on Delivery. Barang sampai ke rumah anda. Anda perlu terus membuat bayaran kepada pekerja yang hantar barang kepada anda itu. Untuk maklumat anda, tidak semua produk yang dijual ada memberikan servis “cash on delivery”
- Cash at 7-Elevan – Anda buat pembelian barang di Lazada. Kemudian ketika di minta buat pilihan bayaran, sila pilih Cash at 7-Elevan. Anda diberikan masa 48 jam untuk pergi membuat bayaran di kaunter kedai 7-Elevan. Sila berikan info pembelian anda yang anda terima melalui email. Selepas membuat bayaran, anda akan terima sms pengesahan dan barang akan mula di hantar ke rumah anda
Sistem pembayaran Cash On Delivery adalah untuk anda yang senantiasa ada di rumah kerana anda perlu ada di rumah ketika penghantaran untuk membuat bayaran. Dan sistem pembayaran Cash at 7-Elevan adalah untuk anda yang senantiasa tidak ada di rumah. Kalau anda tiada di rumah pun, anda boleh mengambil barang di pejabat pos yang mengendalikan produk barangan anda. Saya harap, perkongsian saya ini sedikit sebanyak membantu anda. Selamat mencuba.
Leave a Reply