Sebenarnya memang dari dulu lagi kebanyakkan dari kita akan mengambil mudah dengan mengisi air yang baru kepada botol plastik dari botol air minuman mineral betul? Dan saya sendiri pun begitu. Saya mempunyai tabiat untuk meminum air di dalam kereta. Saya pasti akan menyediakan atau memastikan ada botol air yang di dalamnya ada air di dalam kereta saya. Dan ada rakan yang menegur akan tindakkan tersebut kerana menurut beliau air yang diminum adalah kurang selamat diminum dan mempunyai masalah terhadap kesihatan. Katanya, botol mineral yang sama tidak digalakkan untuk diulang pakai.
Rupa rupanya, botol mineral yang dijual memang dicipta untuk sekali pemakaian sahaja. Ianya seperti sebuah minuman “pakai buang”. Selepas habis minum, botolnya akan dibuang. Ianya tidak dicipta untuk digunakan berulang kali kerana kandungan plastik botol mineral tersebut mempunyai kandungan bahan kimia yang bahaya kepada kesihatan lagi lagi jika ianya diletakkan di dalam kereta yang suhunya akan panas ketika waktu tengah hari. Air minuman dalam botol mineral yang panas akan bercampur dengan sedikit kandungan kimia dari botol tersebut yang kemudiannya akan menyebabkan air tersebut tidak selamat untuk diminum.
Sebab Kenapa Perlu Guna Botol Air Minuman (ECO)
Berbalik kepada isu utama. Pasti anda akan bertanya, kalau botol air minuman mineral tidak boleh digunakan berulang kali, apakah ada botol air minuman yang lain yang selamat digunakan berulang kali. Jawapannya YA ADA! Di pasaran sebenarya ada dijual banyak botol minuman yang selamat digunakan. Masalah kebanyakkan dari kita tidak tahu kerana kita tiada kesedaran terhadap kesihatan. Kalau kita ada kesedaran kesihatan, maka kita akan ambil tahu akan perkara, benda dan aktiviti yang dapat membantu tubuh badan kita sihat dan mengambil tahu apakah benda yang masuk ke dalam tubuh badan kita.
Salah satu cara mudah untuk mengenali jenis jenis botol air minuman yang selamat digunakan adalah dengan lambang ECO. Rasanya anda pun tahu, mana mana produk atau bekas makanan yang bertanda dengan tanda “eco” ini biasanya ianya bermaksud yang bekas atau barangan tersebut adalah selamat dari bahan kimia. Ini adalah kaedah paling mudah untuk anda kesan dan mencari mana mana produk yang selamat untuk anda gunakan. Tidak gunalah kalau di rumah anda mempunyai penapis air yang bagus tetapi anda simpan air tersebut pada bekas botol plastik yang tidak selamat.
Website Yang Ada Menjual Botol Minuman Jenis ECO
- Lazada – ada sangat banyak botol air minuman yang selamat dijual di sini
- 11Street – ada banyak pilihan botol minuman jenis eco dijual di sini
- Amazon – anda juga boleh dapatkan botol air yang bagus bebas kimia di sini
Dan selepas saya berkahwin, tabiat saya meminum air menggunakan botol air minuman dari botol mineral telah dihentikan serta merta. Bukan tidak boleh minum air mineral. Anda jangan salah faham. Yang salah adalah menggunakan semula botol mineral tersebut dan diisi dengan air masak di rumah. Ini yang salah. Jika tujuan anda untuk mengisi air berulang kali, maka cadangan saya adalah anda perlu mendapatkan mana mana botol air minuman yang sesuai contohnya seperti yang saya sebutkan di atas tadi. Gambar di atas adalah contoh sebenar rupa bentuk produk botol minuman yang selamat digunakan berulang kali yang ada di pasaran sekarang. Dapatkan botol air minuman ini melalui link website di atas ini. Jaga kesihatan anda. Bye.
Leave a Reply