Sebelum ini saya ada menceritakan akan kegunaan dan kepentingan memiliki paling tidak satu pengecas mobile phone mudah alih iaitu powerbank untuk smartphone. Dan pada kali ini saya hendak berkongsikan dengan anda tentang keperluan dan kenapa anda perlu memiliki satu set car charger untuk setiap kenderaan seperti kereta anda. Apakah alat ini sangat diperlukan dalam zaman serba moden dan serba sibuk ini? Jawapannya adalah YA. Ianya tidak wajib tetapi sangat diperlukan lagi lagi kepada anda yang suka travel jalan jalan jauh ini dengan memandu sendiri.
Saya pasti anda sendiri sudah beberapa kali pernah dalam keadaan memandu kenderaan dan bateri smartphone anda pula tinggal sedikit. Dan dalam masa yang sama anda sangat sangat memerlukan alat pengecas untuk bateri mobile phone anda betul tidak? Di sinilah kenapa alat seperti car charger ini penting kepada anda, saya dan juga orang lain. Mudah cerita, kalau anda memiliki kereta, maka rasanya ini adalah salah satu produk barangan yang perlu anda beli sekiranya anda jenis yang suka menghabiskan masa dengan telefon bimbit anda.
Beli Car Charger Berjenama Tetapi Murah Secara Online
Saya sendiri sebenarnya banyak kali ditanya tentang samada ada atau tidak pengecas bateri telefon ketika memandu kereta. Saya katakan “tiada”. Dan dalam masa yang sama pula powerbank yang ada pun memang tiada power atau rosak. Dalam keadaan ini memang akan jadi susah sekiranya mahu menelefon ke mana mana. Lagi lagi kalau dalam keadaan kecemasan. Saya sudah pernah membeli 2 car charger dan kedua duanya sudah rosak. Itu sebab saya beli produk pengecas kenderaan yang terlalu murah dan tiada jenama. Kalau boleh anda belilah yang mahal sedikit asalkan berkualiti dan tahan lama.
Setakat ini, brand jenama car charger yang agak baik adalah seperti Pineng, Aukey, Samsung, Mi car charger (Xiaomi) dan juga Qualcomm. Nasihat saya kalau boleh anda dapatkan pengecas mobile ini yang mempunyai banyak port USB supaya mudah untuk anda mengecas banyak smartphone sekaligus. Kalau boleh ada 2 port usb pengecas pun sudah bagus. Hasil carian saya mendapati kebanyakkan car charger ini berkualiti ini dijual dengan harga di bawah RM50 sahaja. Ingat! Sila dapatkan yang berjenama ok.
Website Yang Menjual Car Charger
- Lazada – hendak mudah dan senang, beli sahaja car charger di sini
- Ezbuy – di sini pun ada banyak produk pengecas berharga murah ada dijual
- 11Street – ada sangat banyak pilihan pengecas smartphone untuk kenderaan di sini
- Amazon – kalau kualiti yang anda cari dan mahukan, sila dapatkan car charger di sini
- Aliexpress – terlalu banyak pilihan pengecas mobile phone yang murah murah harganya
Saya sekarang menggunakan smartphone dengan jenama Xiaomi Redmi Note 3. Dan saya baru sahaja memesan powerbank jenama Xiaomi iaitu dengan kapasiti 10,000mAH yang berharga RM67. Dan selepas ini saya akan dapatkan pengecas smartphone untuk kenderaan iaitu car charger jenama Xiaomi juga supaya senang dan tiada masalah kalau bateri sudah tinggal sedikit dalam apa keadaan pun. Kalau anda berminat, beli dan dapatkan sahaja pengecas car charger ini melalui website yang saya kongsikan di atas ini. Bye
Leave a Reply