Beberapa hari lepas, saya melihat rakan sekerja memakai smartphone iPhone baru. Wow teruja saya lihat beliau. Terus terfikir yang beliau ada banyak duit kerana mampu membeli sebuah smartphone berjenama yang sangat mahal. Ini kerana sebelum ini beliau ada ura ura mahu membeli Xiaomi Redmi Note 3 seperti saya. Tetapi last last beliau beli iPhone 5S pula. Salah satu sebab kenapa beliau akhirnya memilih produk iPhone kerana tubuh badan beliau yang kecil, tangan yang kecil dan poket seluar yang kecil bakal menyukarkan beliau menggunakan smartphone yang mempunyai skrin yang besar. Jadi memilih untuk membeli iPhone dengan skrin 4.7 inchi adalah pilihan terbaik buat beliau.
Jadi berapakah harga sebuah iPhone 5s yang beliau beli? Ianya cuma berharga RM750 sahaja. Terkejut saya. Macam mana beliau boleh mendapatkan sebuah smartphone iPhone baru yang murah. Setelah di tanya, barulah saya faham yang iPhone 5 yang beliau baru beli adalah sebuah set dari kategori “refurbished”. Kategori sebegini memang dijual dengan harga jauh lebih murah. Ianya bukan sebuah smartphone cetak rompak atau tiruan (clone). Ianya sebuah smartphone sah original tetapi di atas sebab tertentu, dijual dengan harga murah. Jadi mahukah anda beli iPhone dengan harga murah sebegini?
Beli iPhone Set Refurbished Berharga Murah Tetapi Original
Masih tidak jelas tentang “refurbished”? Begini, setiap smartphone yang dikeluarkan dari kilang adalah original. Tetapi ada sesetengah smartphone sebelum dijual atau telah dijual menjadi rosak dalam tempoh warranty. Dan smartphone ini dikembalikan kepada kilang untuk dibaik pulih. Dan smartphone iPhone yang dibaik pulih ini tidak dijual sebagai barang “second hand” tetapi tetap sebagai baru cuma sebagai “refurbished” dengan harga lebih murah. Murah banyak sebenarnya kalau anda hendak banding dengan harga sebenar.
Website Yang Menjual Refurbished iPhone
- Lazada – ada banyak pilihan iPhone second hand murah di sini
- 11Street – ada banyak pilihan iPhone berkualiti di sini
- Amazon – ada banyak pilihan iPhone refurbished ori di sini
Jadi adakah berbaloi untuk anda beli iPhone dengan set refurbished? Bagi saya ianya berbaloi. Kalau anda ada duit banyak, silakan beli dengan harga RM2500 dan ke atas. Kalau anda ada bajet terhad RM1000 ke bawah, anda boleh dapatkan set iPhone refurbished ini. Saya harap anda tidak terkeliru antara barangan tiruan dengan barangan yang dibaik pulih kembali ini. Kalau anda beli iPhone set refurbished ini mana ada orang tahu. Ianya sama sahaja 100% dengan yang baru. Berminat? Klik link di atas ini untuk membeli iPhone dengan harga murah di internet secara online. Selamat membeli..
Leave a Reply