Salam kepada pembaca. Pernah tidak anda terfikir bagaimanakah caranya untuk mencari bengkel kenderaan yang dipercayai dari segi harga dan kualiti servis. Takut sebenarnya apabila terdengar pengalaman pemilik kenderaan yang berasa ditipu seperti mendapat barang second hand atau recond tetapi perlu membayar harga seperti original. Tiada warranty dan lepas tangan setelah melakukan kesilapan. Ini yang kita tidak mahu sebenarnya. Sebentar lagi saya akan kongsikan dengan anda website mencari workshop kereta terbaik secara online.
Saya tulis kisah ini untuk perkongsian pengalaman dengan anda akan kisah ditipu bengkel kereta. Kereta viva rosak cuma ECU. Tetapi kos baik pulih sampai melibatkan pertukaran keseluruhan wiring, sensor engin, spark plug yang menyebabkan saya terpaksa berhabis RM1500. Dan kes yang kedua pasal aircond. Bawa ke kedai aircond blower masih ok. Setelah mekanik buat sesuatu, blower aircond menjadi tidak betul dan menyalahkan saya. Dan saya terpaksa berhabis RM250 untuk selesaikan masalah itu.
Website Review Carama – Mencari Workshop Kereta Online
Saya tidak katakan ke semua bengkel kenderaan menipu. Hanya sebilangan dari mereka sahaja. Kalau tidak menipu pun pasti ramai yang suka mengenakan cas servis dengan kadar yang tinggi. Kita sebagai pengguna yang tidak biasa memang akan TERPAKSA bersetuju dengan kadar cas yang keterlaluan tersebut kerana berpendapat ianya memang sebegitu. Cara yang paling baik adalah dengan mendapatkan REVIEW orang ramai berkenaan workshop kereta tersebut.
Sekarang kita ada website yang bernama Carama, yang berfungsi mendaftarkan bengkel workshop kereta seluruh negeri di Malaysia. Dan setiap bengkel akan terdapat review penguna yang telah ke workshop berkenaan. Hasil dari review tersebut akan membuatkan kita tahu samada workshop kereta terbabit bagus untuk anda ataupun tidak. Anda check kadar harga servis, boleh booking dan buat temujanji untuk perbaiki masalah kenderaan anda melalui website ini. Berminat untuk mencari workshop kereta yang terpercaya? Silakan lawat web tersebut dengan klik link di bawah ini. Selamat mencuba.
Leave a Reply