Kalau anda perasan, sistem tambah nilai simkad prepaid sejak dulu sehingga sekarang melalui beberapa evolusi. Dulu orang beli topup prepaid di kedai kedai. Dan kemudian beli topup dalam bentuk resit seperti di 7 elevan dan juga di stesen minyak yang mempunyai mesin ePay. Dan kemudian boleh beli dengan mana mana personal agen prepaid. Kemudian lagi boleh topup simkad prepaid melalui online banking. Dan yang paling terbaru pula adalah anda kini sudah boleh membuat tambah nilai simkad prepaid anda melalui laman website eCommerce online shopping seperti Lazada Malaysia. Menarik bukan?
Saya sendiri secara peribadi sudah lama sangat tidak membeli kad topup tambah nilai di kedai kedai. Sudah sangat terbiasa melakukannya secara online dari rumah kerana lebih mudah, cepat dan tidak membuang masa. Semua kaedah dan cara topup simkad prepaid samada secara offline ataupun online ini hanyalah kaedah sahaja. Ikut keselesaan anda. Kalau saya selesa topup di internet, mungkin ramai juga yang masih selesa membeli topup prepaid di kedai kedai. Jadi tiada masalah sebenarnya. Ikut keselesaan anda sahaja.
Bagaimana Topup Simkad Prepaid Secara Online
Kita berbalik kepada cerita utama kita iaitu bagaimana cara untuk topup simkad prepaid melalui laman web Lazada Malaysia. Pihak Lazada telah membina satu laman (page) khusus yang dikhaskan untuk anda terus melakukan tambah nilai simkad anda melaluinya. Antara jenis simkad yang disokongnya adalah seperti Maxis, Celcom, Digi, Umobile dan juga Tunetalk setakat ini. Prosesnya adalah sangat mudah. Hanya masukkan nombor telefon, pilih operator rangkaian anda dan buat bayaran secara online menggunakan kad debit atau kad kredit anda. Mudah bukan?
Di website Lazada juga, saya juga perasan yang operator rangkaian seperti Celcom, Umobile dan juga Tunetalk sepertinya memberikan promosi diskain jika anda topup simkad prepaid anda melalui website Lazada. Saya tidak pasti samada ianya promosi atau terus kekal sebegitu di Lazada. Contohnya kalau anda mahu topup simkad Celcom anda, dan jika anda memilih melakukan tambah nilai RM20. Anda akan dapat diskaun 5% dan anda hanya perlu membuat bayaran pembelian tambah nilai Celcom RM20 dengan bayaran RM19 sahaja. Tidak percaya? Sila lihat gambar di atas ini. Menarik? Tunggu apa lagi, jom reload topup simkad prepaid anda sekarang dengan klik link di bawah ini. Selamat mencuba.
Leave a Reply