Kalau anda perasan, sejak 2 tahun kebelakangan ini agak banyak website yang menawarkan “DEALS” untuk penjimatan samada anda membeli barang atau mengambil pakej servis yang anda mahukan. Deal ini macam kupon (coupon) dan baucer (voucher). Anda membuat survey perkara yang anda mahukan dan kemudian pergi mencari tawaran tawaran promosi berbentuk deal yang membolehkan anda menikmati tawaran tersebut dengan harga jauh lebih murah seperti servis kecantikan wanita. Rakan saya pernah membeli 1 harga bungkusan mee segera Mee Magie tetapi terus dapat 2 bungkus. Jimat bukan?
Begini ceritanya, anda pernah mendengar nama nama website eCommerce seperti Milkadeal, EasyDeal, Ensogo, Groupon, StreetDeal dan sebagainya? Pasti pernah bukan? Lagi lagi yang jenama Groupon tersebut. Website sebegini menawarkan promosi terkini dengan memberikan tawaran kepada pelanggan dalam bentuk baucer (voucher) yang boleh di tebus (redeem) untuk mendapatkan harga yang luar biasa lebih murah dari biasa. Saya pasti anda pasti bingung bagaimana promosi sebegini menguntungkan peniaga dan juga anda selaku pelanggan.
Website Deal Voucher Servis Kecantikan Wanita
Mudah cerita begini, saya baru membuka pusat SPA dengan servis facial dan make up sekaligus. Dan untuk mempromosikan kedai saya, saya mendaftar dan mempromosikan bisnes di website “deals” sebegini. Dan saya berikan tawaran kepada pelanggan dalam bentuk deal baucer (voucher) dengan potongan diskaun sebanyak 50%. Sudah pasti akan ada pelanggan datang ke kedai saya untuk menikmati servis kecantikkan yang ditawarkan dengan harga murah. Sebagai pemilik bisnes pasti untung kerana kedai sudah keketahui orang ramai dan pelanggan pula berpuas hati. Anda nampak akan tujuannya?
Senarai 5 Website Deal/Voucher/Coupon/Cashback/Discount Malaysia
- FAVE – Banyak barang ditawarkan harga murah di sini
- EasyDeal – Laman deal diskaun terbaru di Malaysia
- Milkadeal – Anda dapat “cashback” jika membuat pembelian di sini
- Shopback – Laman baucer popular di Malaysia
- Streetdeal – Memberikan deal dan diskaun terbaik
Jika anda seorang wanita. Dan sedang mencari deal deal tawaran yang menarik untuk servis kecantikkan wanita di kawasan berhampiran anda, saya menjemput anda untuk melawat website ini dengan klik link di bawah ini. Website deal ini khas untuk servis kecantikkan wanita sahaja. Mereka menawarkan kupon baucer untuk servis seperti kecantikkan rambut, wajah, badan, kuku, kesihatan termasuk dengan produk sekali. Semua dalam satu. Sangat mudah. Tunggu apa lagi. Jom lawat web tersebut.
Leave a Reply