GAE Quantum Metal adalah singkatan kepada Gold Asset Enhance. Ianya adalah sebuah program pelaburan menggandakan simpanan emas dari syarikat Quantum Metal Sdn Bhd. Anda pernah dengar atau faham maksud “LEVERAGE”. Kalau anda faham, jadi akaun GAE adalah akaun untuk leverage pelaburan emas. Tetapi jangan bimbang, ke semua produk di bawah Quantum Metal adalah halal dan patuh syariah termasuk akaun GAE ini. Harap maklum ya.
Kepada yang tidak faham maksud leverage, mari saya ringkaskan begini. Leverage dalam erti kata lain adalah menggandakan. Kebanyakkan pelaburan yang berasaskan leverage ini adalah haram dan tidak patuh syariah. Tetapi kenapa pula leverage emas dalam Quantum Metal boleh jadi halal dan shariah compliant pula. Jawapannya adalah kerana PEMBIAYAAN!!!. Syarikat Quantum Metal melalui pihak ketiga memberikan pinjaman dalam bentuk pembiayaan halal patuh syariah untuk menambahkan modal pelaburan asal anda. Ketika artikel ini ditulis, hanya ada 2 sahaja akaun menggandakan pelaburan emas iaitu GAE 5X dan GAE10X.
GAE 5X
- Modal untuk 1 unit adalah sebanyak USD25
- Syarikat akan berikan 4 unit tambahan
- Total unit yang anda laburkan adalah sebanyak 5 unit
- Jadi jumlah keseluruhan pelaburan anda adalah sebanyak USD125
- Spread perbezaan harga jual beli emas adalah sebanyak 4%
- Dan kos management fee adalah sebanyak 3.5% setahun
GAE 10X
- Modal untuk 1 unit adalah sebanyak USD250
- Syarikat akan berikan 9 unit tambahan
- Total unit yang anda laburkan adalah sebanyak 10 unit
- Jadi jumlah keseluruhan pelaburan anda adalah sebanyak USD2500
- Spread perbezaan harga jual beli emas adalah sebanyak 3%
- Dan kos management fee adalah sebanyak 3.5% setahun
Gold Asset Enhance (GAE) Quantum Metal
GAE 5X kali bermaksud pelaburan anda menjadi 5 kali ganda dari modal asal. Dan GAE 10X kali bermaksud pelaburan anda menjadi 10 kali ganda dari modal asal. Kepada anda yang cuma ada modal yang kecil, bolehlah melabur untuk pakej GAE5X. Dan kepada anda yang ada modal yang besar bolehlah melabur dalam pakej GAE10X.
GAE ini cerita mudahnya begini. Anda hendak beli rumah berharga RM100K. Tetapi anda tidak mampu. Maka bank arahkan anda sediakan modal 10% dari harga rumah iaitu RM10K. Baki lagi RM90K datangnya dari pihak bank dengan pinjaman setinggi 90%. Jika di satukan ke semua modal ini, maka dapatlah anda beli rumah yang berharga RM100K. Cuma dari pinjaman 90K ini anda kenalah bayar semula nanti termasuk cas interest yang dikenakan. Jelas? Faham?
Sama juga halnya kalau anda hendak beli pakej GAE Quantum Metal dari GAE10X. Modalnya adalah USD250 untuk 1 unit. Tetapi Quantum Metal menawarkan pembiayaan sebanyak 9 lagi unit yang berharga USD2250. Maka keseluruhan modal pelaburan anda menjadi 10 unit yang bernilai USD2500. Cuba faham balik. Modal anda cuma USD250. Tetapi modal pelaburan akhir telah menjadi USD2500 iaitu meningkat menjadi 10 kali ganda. Jadi apa keuntungan bagi pihak Quantum Metal? Mereka cuma ambil keuntungan dari cas management fee sebanyak 3.5% setahun dari pembiayaan yang diberikan dan cas keuntungan 3% dari spread pembelian emas.
TETAPI melabur dalam GAE Quantum Metal BUKAN UNTUK SEMUA ORANG YA!!!. Ini nasihat saya. Jujur dan ikhlas dari saya secara peribadi.
Kepada anda yang faham tentang leverage pasti faham akan risiko melabur menggunakan teknik leverage ini. Ketika dengan modal USD250, harga emas naik dan anda untung USD10, sebenarnya dengan GAE10X, anda sedang untung USD100 sebab 10 kali ganda. Dan ketika harga emas turun dan anda sedang rugi USD10 dari modal USD250, dala, GAE10X anda akan rugi sebesar USD100 kerana 10 kali ganda tersebut. Jadi pelaburan gandaan seperti ini ada peluang dan risiko.
Jadi anda kena buat apa kalau anda telah melabur dalam GAE Quantum Metal dan sedang rugi? Jawapannya adalah JANGAN JUAL!!!! Sila tunggu harga emas naik kembali melebihi harga emas ketika anda beli sebelum ini. Dan pelaburan Gold Asset Enhance (GAE) ini memang lebih kepada anda yang ada modal dan ada masa untuk menunggu harga emas naik. Kalau anda tidak ada 2 ciri ciri ini, sila jangan join GAE. Untuk risiko yang lebih selamat sila anda boleh cuba beli emas di Gold Storage Account (GSA) dan pajak emas di Gold Convert Account (GCA).
Register Quantum Metal
- [ QuantumMetal ] – sila klik link ini untuk mendaftar.
- [ WhatsappQuantumMetal ] – jom masuk Whatsapp group kendalian kami di sini jika ada apa apa yang kurang faham berkenaan proses pendaftaran dan apa apa tentang melabur emas dalam Quantum Metal ya.
Sekali lagi saya ingatkan, akaun pelaburan gandaan emas dari GAE Quantum Metal bukan untuk semua orang. Kalau anda tahu baca berita semasa berkenaan emas, anda tahu baca chart pergerakkan harga emas di pasaran, maka anda boleh mengambil peluang untuk melabur dalam akaun GAE ini setelah anda tahu cara biasa masa yang sesuai hendak beli dan apa yang anda kena buat ketika harga emas jatuh atau turun di pasaran. Jika anda berminat, sila klik pendaftaran di atas ini dan masuk ke Whatsapp group kendalian saya untuk pertanyaan apa apa soalan. Jom join Quantum Metal. BYE!!!.