Saya sudahpun menggunakan smartphone jenama Xiaomi dari versi Redmi Note 3. Dan setelah setahun menggunakannya, saya secara jujur mengatakan yang smartphone ini antara smartphone yang terbaik dalam kategori smartphone yang sederhana murah harganya berbanding pesaing yang lain dalam kedudukan spesifikasi yang hampir sama. Sekarang di pasaran Malaysia sudahpun memasuki versi terbaru iaitu Xiaomi Redmi Note 4 dengan pemproses jenis snapdragon untuk versi global. Anda berminat untuk memiliki dan membeli Xiaomi Redmi Note 4 ini?
Rakan saya sebenarnya sudah seronok membeli belah di Lazada Malaysia. Beliau sudah berkali kali membeli barang di Lazada. Oleh kerana pengalaman membeli belah yang beliau terima sebelum sebelum ini adalah baik dan berpuas hati. Beliau jadi berani dan yakin untuk membeli Xiaomi Redmi Note 4 secara online melalui internet. Beliau pun mulakan carian dan menemui beberapa penjual yang menjual Xiaomi Redmi Note 4 tersebut. Tetapi malang berlaku apabila smartphone redmi note 4 tersebut sudah kehabisan stok (out of stock). Beliau agak kecewa.
Membeli Xiaomi Redmi Note 4 Murah Online
Sebenarnya smartphone lama beliau iaitu iPhone 4 terjatuh ke lantai dan menyebabkan skrin retak. Dan dalam masa yang sama beliau memang sudah lama berura ura mahu mencari smartphone baharu. Oleh kerana teringin sangat dan tidak sabar menunggu stok Xiaomi Redmi Note 4 ada di Lazada. Beliau mengajak saya ke shopping mall dan singgah ke kedai authorised dealer Xiaomi untuk membeli Xiaomi Redmi Note 4 di sana. Sebenarnya harga jualan di Lazada sedikit lebih murah. Walaupun di kedai Xiaomi sedikit lebih mahal, beliau tetap membelinya kerana tidak sabar ingin membeli smartphone yang baharu.
Website Untuk Membeli Smartphone Xiaomi
- Lazada – website Lazada memang mudah untuk beli produk Xiaomi
- 11Street – salah website yang ramai orang Malaysia gunakan
- Amazon – website luar negara yang terpercaya untuk membeli smartphone
- GearBest – ada sangat banyak smartphone dijual di sini termasuk Xiaomi
Sekarang kalau anda semak semula di Lazada sudahpun ada stok Xiaomi Redmi Note 4 kembali. Cuma kena tunggu sabar sikit kalau kehabisan stok. Jika anda orang Malaysia, sila pastikan smartphone Xiaomi Redmi Note 4 yang anda ingin beli itu mestilah mempunyai spesifikasi yang menggunakan CPU dari jenama Snapdragon. Jangan beli versi import yang menggunakan cpu jenis Mediatek. Ini kerana kedua dua phone ini adalah sama tetapi menggunakan sistem pemproses cpu yang berbeza. Saya tidak mahu anda ditipu membeli Xiaomi Redmi Note 4 yang menggunakan cpu Mediatek tetapi pada harga cpu yang menggunakan Snapdragon. Untuk pengetahuan anda, cpu snapdragon lebih baik dari mediatek. Sila semak dahulu ok. Bye.
Leave a Reply