Sebelum saya bercerita lanjut berkenaan GCA Quantum Metal, sila baca terlebih dahulu berkenaan Apa Itu Quantum Metal. Selepas anda faham, barulah kita beralih kepada tajuk utama di dalam artikel ini. GCA adalah singkatan kepada Gold Convert Account. Ianya adalah akaun iaitu fasiliti yang disediakan oleh syarikat Quantum Metal Sdn Bhd bagi memberikan kemudahan PAJAK EMAS ONLINE kepaada pengguna Quantum Metal sendiri. Dan akaun GCA ini adalah termasuk di dalam program pelaburan emas yang disediakan oleh Quantum Metal. Harap maklum ya.
Saya tidak mahu pusing pusing cerita berkenaan apa sebenarnya maksud dari fasiliti GCA Quantum Metal ini. Sebab itu saya ringkaskan yang ianya adalah sistem pajak online. Akan tetapi ianya tidak sama 100% dengan kaedah pajak emas yang biasa anda lakukan di kedai kedai pajak emas. Quantum Metal hanya gunakan konsep dan kaedah sahaja tetapi masih sedikit berbeza. Sebab itulah akaun GCA ini tidak dinamakan sebagai akaun pajak emas melainkan dinamakan sebagai gold convert account. Mari saya ceritakan apa perbezaan tersebut.
Apa Itu GCA Quantum Metal
Kaedah pajak emas yang biasa adalah, anda berikan iaitu pajak emas di kedai emas atau kedai pajak gadai. Kemudian anda dapat pinjaman wang sebanyak 60-80% dari nilai semasa emas yang anda pajak tersebut. Dan wang pinjaman anda kena bayar dalam masa yang ditetapkan termasuk wang upah simpan. Kalau anda gagal bayar atau tebus semula emas anda dalam tempoh ditetapkan, maka emas yang anda pajak akan dilelong oleh kedai emas atau kedai pajak gadai tersebut. Ini adalah praktis amalan yang biasa dilakukan dan semua orang tahu dan faham.
Jadi apa perbezaan pajak emas cara biasa dengan pajak emas cara Quantum Metal? Di bawah ini saya kongsikan kelebihan anda lakukan pajak emas online melalui Quantum Metal.
Kelebihan GCA Quantum Metal
- Proses pajak emas dilakukan secara online 100%
- Boleh tukarkan/pajak 91% emas kepada cash berdasarkan simpanan emas di akaun GSA Quantum Metal.
- Dikenakan cas 3.5% setahun oleh management fee (upah simpan) dari nilai emas yang dipajak/dapatkan cash tunai.
- Tidak ada emas anda yang akan dilelong di QM. Anda boleh simpan emas selama mana anda mahu.
- Boleh tebus emas pada bila bila masa samada secara sikit sikit atau secara penuh.
Kenapa boleh pajak emas secara online? Sebab emas yang dijual adalah dalam bentuk emas digital. Setakat ini Quantum Metal antara syarikat pengedar/pembekal emas yang mampu berikan pembiayaan nilai pajak setinggi 91% di pasaran Malaysia. Kos upah simpan disebut sebagai management fee cumalah bernilai 3.5% setahun sahaja. Emas tidak akan dilelong walau anda tidak tebus emas anda kerana tidak ada tarikh wajib untuk anda tebus emas anda. Malah anda boleh tebus emas bila bila masa samada secara penuh atau sedikit demi sedikit. Menarik bukan?
Cara Pajak Emas Untuk Dapat Cash Tunai Quantum Metal
- Sila klik pada menu GCA dan klik pada “Request GC”.
- Gold Storage Account No: – sila pilih akaun emas yang anda mahu tukar kepada cash.
- Gold Convert (MYR): – sila masukkan jumlah dalam RM yang anda mahukan berdasarkan jumlah Available Gold Convert (MYR) yang anda ada.
- Klik pada “Submit” untuk hantar.
- Semak sekali lagi, tandakan tick pada “i hereby agree to…” dan klik “Confirm”.
- Jika berjaya, proses untuk wang ditransfer ke dalam akaun bank anda dalam masa 2-5 hari bekerja.
Saya sudah lakukan proses GCA ini banyak kali. Dan kalau ikut pengalaman peribadi, selepas saya melakukan pajak emas melalui akaun GCA, wang tunai akan masuk ke akaun bank dalam masa 2 hari bekerja sahaja. Tujuan buat GCA Quantum Metal? Mudah, sebab ingin beli emas dengan kos dan modal yang rendah. Contoh, anda ada modal RM1000. Anda buat pajak GCA dan dapat semula wang pinjaman/pembiayaan sebanyak RM850. Sebenarnya modal beli emas bernilai RM1000 cumalah RM150 sahaja. Betul? Wang sebanyak RM850 hanya perlu dipulangkan bila anda duit untuk tebus kembali emas anda.
Register Quantum Metal
- [ QuantumMetal ] – sila klik link ini untuk mendaftar.
- [ WhatsappQuantumMetal ] – jom masuk Whatsapp group kendalian kami di sini jika ada apa apa yang kurang faham berkenaan proses pendaftaran dan apa apa tentang melabur emas dalam Quantum Metal ya.
Katakan selepas 2 tahun harga emas naik. Emas yang anda beli dengan nilai RM1000 sebelum ini telah menjadi RM1500 (contoh). Anda minta Quantum Metal jualkan dengan harga pasaran iaitu dapat RM1500. Quantum Metal ambil semula wang pinjaman/pembiayaan yang dahulu iaitu sebanyak RM850. Maka baki bersih adalah RM1500 – RM850 = RM650. Wang RM650 ini dipulangkan kepada anda semula. Jadi untung atau tidak? Berbaloi bukan? Berminat, jom daftar GCA Quantum Metal sekarang melalui link di atas ini ya. BYE!!!.